Friday, July 19, 2013

Rugi Kalau Tertinggal Sehari

Assalamualaikum... malam ni krole nak kongsi satu cerita yang menarik dengan korang semua, cerita ni baru juga krole alami kejap tadi... seperti biasa, lepas berbuka dan solat maghrib... pergi masjidlah jawapannya untuk berjemaah menunaikan solat sunat tarawih. Alhamdulillah krole tengok, saf solat masih lagi melebihi daripada 3 barisan. Dipendekkan cerita... "ala... krole ni asyik nak pendekkan cerita saja" hah! siapa cakap tu! hahaha!. Krole ternampak seorang sahabat krole ni tengah duduk berseorangan diruang penjuru masjid?. So krole pun pergilah mendekati beliau dan bertanya "kenapa bro?".

Rupanya sahabat krole tadi sakit (demam), namun begitu dia bersemangat datang ke masjid untuk solat berjemaah pergh! tabik spring laju-laju kat dia. Ayat ni yang buat krole terharu tadi "rugi bro kalau tertinggal solat tarawih ni walaupun sehari". Huh! moga Allah mengurniakan semangat seperti ini kepada kita semua, amin. Betul juga kata sahabat krole tadi... ramadan ni hanya sekali setahun dan banyak kelebihannya... lagipun kita pun tak tahu adakah kita akan dapat lagi merasa ramadan tahun depan... hm... renungan untuk kita bersama ya. So happy blogging semua.


p/s : nak tolong Mrs. krole buat popia malam ni~

20 Komen:

Bunda_nora said...

semoga Allah berkati apa saja ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas...

InsyaAllah...

PCL said...

buat popia nk jual ke nak mkn sendiri..bagus la krole ni..

alahmdulillah, kalu x terawih jemaah..xsempat, kita blh buat kat rumah dgn family..asal jgn tinggal suda..mmg rugi sangat, sudah maklum ttg fadhilatnya setiap malam berbeza.

pasal header pcl tu, ..hanya guna app photowonder pd tablet samsung. edit kat situ je.

Akupenghibur.com said...

betul tu :) ,sangat rugi kalau kita tertinggal terawih :) alhamdulilah tahun nie , terawih masih ramai lagi orang berbanding tahun lepas

Syazana Zainn said...

betul tu mmg rugi kalau tgl terawih

tp kalau girls susah sikit nak full kan solat terawih

p/s: BW dtg sini :)

Mizz Aiza said...

betul tu krole.. bersama memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan.. dan istiqamah di bulan-bulan lain juga, insya-Allah..

K.A. said...

Hurmmm..saya pon dah tertinggal 2 3 hari :'(

Shaiful Zaidi said...

mesti sedap popia hasil tangan krole...

Unknown said...

tu la kan ..tahun depan kita tak tahu adakah kita akan berjumpa ramdhan lgi..

Unknown said...

zara follow sini..=D

boni kacak said...

wah..terbaiklah kawna bro tu.. semoga Allah beri ganjaran yang setimpal kepada dia. Amin..

norhasnizakhalid said...

hebatlah bro tu, walaupun dia tak sihat tapi tetap gagahkan diri ke masjid...

Fais-SKA said...

hmm btol 2..tersangat la rugi kalau tertinggal 1hr

Sura Mohd said...

sejak menjadi ibu dah lama x solat tarawih kat masjid..rinduu sangat..apakan daya ada si kecik kat umah..mintak dipanjangkan umur tahun depan nak merasa solat kat masjid..(jangan beranak lagi sudah..hehehe)
*hantar popia kat sini sikit boleh?:)*

el said...

lau sakit nak solat memudaratkan diri tp lau nak jugak solatlah dengan cara lain..duduk pun boleh kan..

popia?hantar 2 pinggan sini krole
el balas ketiau kerang kat lu hahaha

azman said...

tahniah kerana berlumba-lumba membuat amal bulan puasa nih.. semoga di terima Allah

ASSOYFINGER67 said...

Assalam sahabat....
rajin tolong mem yea..agar krole sentiasa menghayati Ramadhan ini
deng
an gembira dan bahagia sekeluarga

krole said...

to all : mmg btul solat tarawih ni kta bule bat dirumah...cuma pendapat krole...ibadah ini adalah jihad kepada Allah so tak salah rasanya kita paksa diri ini ke masjid utk berjemaah...kerna sememangnya kta tahu solat berjemaah ni besar pahalanya (27 darjat), inikan pula dibulan ramadan...renungan untuk bersama.

p/s : knp kalo nak jmpe awek..biar patah kaki..snggup p tak kira jam brapa...so knp nak berkira sgt bla ke rumah Allah~

p/s : huhuhu popia tu kitaorang buat utk sahur la~huhu

Unknown said...

Kt Dungun pun sama.. itulah dia org2 yg ada kesedaran.. bagusnya..

Wahh bagusnya Krole tolong isteri buat popia..

Anonymous said...

bagusnya dia..smga dia cpt smbuh n de kekuatan ..

alolo rajinnya tlong akak ye wat popia..so sweet

Lieza Nordin said...

aahh..mmg rasa rugi sbb thn dpn belum tntu kita dpt merasainya >.<