Assalamualaikum... ok! hari ini krole nak kongsi sedikit tentang "perkara-perkara yang membatalkan puasa". Manalah tahu kalau boleh jadi panduan kita bersama untuk memperbaiki lagi kualiti puasa kita kan?. Ohya! sebelum itu nak tanya ni...? macam mana semalam ok tak puasa? hah... kalau ok alhamdulillah... kalau tak ok pula... kita cuba okkan hari ini ya. Ok! perkara-perkara yang membatalkan puasa ini ada 8 iaitu :
1. Makan atau minum dengan sengaja (jika terlupa tak batal puasa tapi kena segera berhenti bila teringat tu).
2. Memasukkkan sesuatu benda dengan segaja ke dalam rongga yang terbuka (boleh faham kan).
3. Muntah dengan segaja (adakah muntah tak segaja?).
4. Keluar haid dan nifas (untuk wanita sahaja, yang lelaki jangan nak mengada-gada hahaha!).
5. Gila (kalau baca komik gila-gila tak batal puasa ya).
6. Murtad (keluar dari islam).
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
8. Bersetubuh pada siang hari (untuk pasangan yang dah berkahwin).
Ok! itu saja yang krole dapat kongsi buat masa ini, so elak-elakkanlah perkara-perkara diatas ya. so salam ramadan dan happy blogging semua.
p/s : har kedua berpuasa...mood semangat tahap gaban~
14 Komen:
okeh set!! trima kasih atas peringatan =)
Kalau ter... dimaafkan yer..hehe
peringatan untuk fyna juga. hehehehe...
hihi, bagus perkongsian ni, kadang-kadang korek hidung slamber jer.. terlupa katakan.. hihi
Trima kasih Krole atas perkongsian.. Ramadhan Kareem buat Krole.
assalam,
peringatan untuk semua juga..
habit dah suka korek idung
smpi kdg2 ter korek dlm bln pose adoyaiiii...xpelah lau ter kan..bukan sengaja ye dop
perkongsian yang baik.. kena beringat supaya tak buat..
Bln puasa kena haha, time Ni la Kita nak latih diri ^___^
Assalammualaikum...krole,
perkongsian yang menarik ... insaallah... akan ingat... perkongsian yang menarik...
krole...
pls: thanks of lot because visit me...
Bro Krole kena ingat tu, puasa tahun ni mesti penuh, hehehe
Assalammualaikum mr and mrs krole..oopss aunty tak lupa baby zahrah..selamat berpuasa ye..nice sharing la..jadi panduan dah ada..ilmu telah dikongsi maka kita perlu laksanakan..kadangkala ilmu itu simple tapi sangat bermakna :)
alhamdulilah thanks ingatkan
Krole,...camna posa hari ni...ok ke?
Post a Comment