Wednesday, July 31, 2013

Ingatlah Mereka Yang Berjuang

Perajurit tanah air! pergh! tabik spring laju-laju kat diaorang semua ini. Cuba korang bayangkan sejam lagi nak sahur, kalau orang biasa macam kita... mesti tengah ronda-ronda bazaar ramadan mencari juadah berbuka... takpun berada dirumah tengah siap-siapkan lauk-pauk sebagai santapan berbuka. Tapi mereka... walau puasa sekalipun, mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan amanah bagi menjamin keamanan negara. "Ya Allah pemudahkanlah perajurit kami dan berikanlah mereka kekuatan agar sentiasa dapat mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang, amin".

Ok! nak story sikit ni... sebenarnya tengahari tadi sahabat Mrs. krole datang ke rumah (perbincangan resepi biskut raya) hahaha!. Waktu tu krole lepak dengan baby zahrah kat depan rumah... tiba-tiba terdengar suara menangis pergh! apa lagi... sepantas kilatlah krole pergi tengok. Waktu sampai kat Mrs. krole tu... krole ternampak sahabatnya tengah mengesat air mata, belum sempat krole bertanya Mrs. krole dah beri isyarat dari jauh (isyarat supaya tak perlu tanya).

Dipendekkan cerita lepas sahabat Mrs. krole tu balik... barulah Mrs. krole dapat bercerita tentang hal tadi. Rupanya sahabat Mrs. krole tu bersuamikan seorang tentera, menurutnya dah 2 tahun dia beraya seorang diri kerana suami bertugas kat sempadan. Aduh! kasihan pula bila dengar cerita macam tu... sedangkan krole baru 5 jam tak nampak wajah Mrs. krole dan baby zahrah dah naik rindu sangat-sangat. Besarnya pengorbanan mereka... so krole menyeru kepada semua, ingatilah mereka yang berjuang... tadahkan tangan anda doakanlah perajurit negara kita. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih perajurit negara... kerana melindungi kami selama ini~

23 Komen:

Farah Waheda Wahid said...

jangan pernah lupakan jasa mereka pada negara dan jangan pernah perlekehkan apa juga pengorbanan mereka kan? selamat hari pahlawan kepada mereka...

Akupenghibur.com said...

betul tu :) jasa mereka besar , pengorbanan mereka harus di hargai... kita syok dapat sambut gn family . mereka ??? tak dapat merasa

Unknown said...

Nak buat mcm mana demi tanah air tercinta..terpaksa berkorban..insyaALLAH adalah keberkataannya disetiap pengorbanan mereka...=)

Unknown said...

sedihnya..kalau beraya tanpa insan-insan tersayang..Kena banyak-banyak tabah ni..

Unknown said...

terima kasih pada mereka..
sentiasa berjaga2 untk kita hidup aman.

Sura Mohd said...

terasa sayu bila meletakkan diri disituasi kawan Mrs Krole tu...pengorbanan isteri tentera2 juga sangat besar....hrap mereka semua sabar dan tabah..

Mizz Aiza said...

tanpa mereka pasti kita takkan tidur lena setiap malam.. terima aksih kepada mereka semua.. :D

PCL said...

wah ..siap ada meeting biskut raya npk Krole!..

"Ya Allah pemudahkanlah perajurit kami dan berikanlah mereka kekuatan agar sentiasa dapat mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang, amin". amin ya Allah.

Fais-SKA said...

Amin..salute kt diorg semua ni..sggup pertahankn nyawa..smoga Allah memberkati mereka semua..

boni kacak said...

mesti isteri dia rindu yang teramat.. 5 tahun tak dapat berjumpa.. mak aih..

Unknown said...

jasa mereka melindungi negara amat dihargai :)

Tetamu Istimewa said...

Jasa mereka tetap tak akan dapat dilupakan. Terima kasih. Kita pula haruslah menghargai dan menjaga keamanan yang telah dikecapi.

PeRdU cINta said...

amin..Al fatihah kepada yang telah gugur di medan juang dan kepada anggota ATM yang sedang bertugas juga berjuangan menjaga keamanan negara..moga segala pengorbanan mereka Allah beri ganjaran berlipat ganda..bekerja itu satu ibadah..andai bersungguh dilaksanakan maka sempurnalah ia..selamat hari pahlawan :)

norhasnizakhalid said...

selamat hari pahlawan, jasamu dikenang,, gugur dimedan perang kerana membela kedaulatan negara...

selamat hari raya!

Sop said...

hargai mereka yg menjaga keselamatan negara.. terpaksa tinggal keluarga.. tinggal raya.. :)

Bunda_nora said...

terutama mangsa2 Lahad Datu baru2 ni...Alfatihah untuk arwah2 mereka..

Unknown said...

Mujur saya tak berjodoh dengan kapten dulu..hahaa

Unknown said...

Ishh sibuk je Krole ni masuk tgk orang menangis..hahaha

el said...

mmg dugaan n kena strong kalau dijodohkan dengan perajurit or mereka yg kerja dalam bidang beruniform ni..smoga diorg selamat menjalankan tugas

Annamariana1989 said...

terima kasih buat mereka yang sanggup bergadai nyawa demi kita.. moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah..

azman said...

terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..

Addasyuhadadisini said...

mereka sangt brjsa..kalau xda pda xkn kita aman mcm skrg..tabib :)

krole said...

to all : ingatilah mereka selalu...dimana kta bule begmbira ngan kuarga waktu raya..dorang sebaliknya...brtugas tanpa henti...respek kat dorang semua...selamat hari pahlawan~