Wednesday, July 3, 2013

Dosa Mengumpat

Mengumpat... mengumpat ni senang dilakukan sama ada kita sedar ataupun tak sedar. Maksud paling mudah... mengumpat ni adalah menceritakan atau menyebut keburukkan seseorang kepada orang lain. Menurut agama islam, mengumpat ni disamakan seperti memakan daging saudara seagamanya aduh! sedangkan dalam keadaan kita waras huh!... nak makan daging manusia ni memang jauh sangat, inikan pula nak makan daging saudara sendiri. Dosa mengumpat lebih besar daripada zina, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan olehNya... walaupun si pelakunya bertaubat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Nampakkan? betapa bahayanya dosa mengumpat ni... tapi zaman sekarangni mengumpat terlalu biasa dilakukan, hinggakan ia tidak lagi dirasa sebagai satu perbuatan dosa, entri ini bertujuan untuk renungan kita bersama ya, happy blogging semua.



p/s : katakan tidak kepada umpat~

16 Komen:

Mizz Aiza said...

terima kasih di atas peringatan tu krole.. betul tu.. dosa dengan Allah kita boleh minta ampun dari-Nya.. tapi jika dosa dengan manusia hanya manusia itu yang dapat ampunkan kita..

el said...

mmg pun mengumpat ni kdg2 kita x sedar..tp cepat2lah bermuhasabahkan diri sendiri

tarmizi said...

lepas ini tak nak mengumpat dah hehe

Lieza Nordin said...

jgn beckp kalau x de benda pntg...kekekekkeke :)

Akupenghibur.com said...

terima kasih saling ingat mengigatkan

Mime MF said...

mengumpat kira dosa sesama manusia la kan..kn mntak maap kat org yg kta umpat tu ye...waaa jauhi mengumpat...dosa²...

Mia Liana said...

uiiii.. tak baik tau.. mengumpat... dosa...

Fais-SKA said...

nauzubillah..mgumpat ni dosa besar, sama2lah kta jauhinya..hm betol la 2 bro krole..hya org yg kta umpat je yg boleh ampunkn kita..

boni kacak said...

tu lah.. aku pun banyak dah lakukan banyak dosa mengumpat ni..nak kena hentikan tabiat tak elok ni

puteri kasih said...

sama-sama kita jauhkan dari dari umpat mengumpat ni. Thanks bro krole sebab mengingatkan :)

Tomato Ceri said...

terima kasih atas peringatan itu.. saya pun kadang2 tak sedar diri dah mengumpat orang.. huuu.. apa2 pun sama2 la kita muhasabah diri.. katakan tidak kepada mengumpat :D

Unknown said...

Kebetulan tengah kebengangan jgk ni.. hmm apakan daya kita..mulut orang, hati orang.. tak sempat kita jaga kesemuaannya.

norhasnizakhalid said...

kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita termengumpat...
astagfirullah..

Zaza Iman said...

terfikir sejenak..

hana hadi said...

alahai.. di luar sedar la kalau mengumpat2 ni.. kadang2 kita xmengumpat pun tapi perkara tu dikategorikan mengumpat. faham x faham x? hehe

Shaiful Zaidi said...

perkongsian yg sgt baik drp krole...
moga kita dihindarkan dari dosa mengumpat.