Sunday, June 30, 2013

Majlis Pertunangan Adikku

Akhirnya...! (sambil melompat tinggi-tinggi) dapat juga krole update blog ni hahaha! gembiranya rasa hati ini. Mesti ramai yang tercari-cari krole kan? (mode perasan). Kitaorang sibuk sikit kat sini... tengok tajuk pun korang mesti dah tahu kan? yes! akhirnya my younger brother a.k.a along telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Disebabkan diri ini terlampaulah sangat-sangat letih... jom layan gambar ni.

Ok... yang bersongkok kat tepi sebelah kiri tu... hah! itulah adik krole yang bertunang ni. Kat pelamin tu pula adalah intan payungnya hihihi...

Ok! waktu ni pula... wakil pihak perempuan tengah mengira duit hantaran... huhuhu... sampi tiga kali diaorang kira, sebab asyik-asyik tersilap kira da.

Ini pula waktu mak krole tengah menyarungkan cincin kat pujaan hati adik krole tu huhuhu...

Waktu ni acara dah rasmi dah selesai... yang kat sebelah kanan sekali tu... itulah adik krole (tahniah wahai adikku). Kat tengah tu pula adalah ayah krole... sedondon dengan mak huhuhu romantis begitu. Kat sebelah kiri tu pula adalah watak tambahan hahaha!... ok! gurau saja... pakcik tu dari pihak sebelah perempuan... so krole tak berapa nak kenal. Oklah... serius beb! letih sangat... so happy blogging semua.



p/s : tahniah wahai adikku~

Thursday, June 27, 2013

Jika Baby Zahrah Update Blog

Assalamualaikum semua... hari ini zahrah bangun awal hm... sekitar jam 3 pagi begitu... hm... mungkin kot? sebab zahrah tak pandai lagi tengok jam ni hihihi. Zahrah pun tak tahu kenapa... bila zahrah  bangun saja, confirm ayah dan ummi pun turut bangun, macam diaorang tahu pula zahrah tak tidur. Selalunya bila zahrah bangun awal ni... kasihan juga tengok kat ayah dan ummi tapi... nak buat macam mana kan? dah terjaga hihihi. Tak kira jam berapa... asal zahrah bangun mesti ayah dan ummi temankan, selalunya bila zahrah bangun dari tidur... zahrah nak menangis saja, tapi selalunya tak jadi nak menangis sebab tergelak tengok lawak dari ayah dan ummi. Zahrah pelik sangat? walaupun nampak muka ayah dan ummi keletihan... senyuman di wajah diaorang tak pernah hilang. Mesti ayah dan ummi sayang sangat kat zahrah, sukanya!. Teringat zahrah... satu ketika tu... zahrah sakit perut, so ayah cepat-cepat mengangkat zahrah... nampak muka ayah risau sangat... tapi... nak buat macam mana zahrah tak pandai bertutur lagi hihihi.

Tapi tak tahu macam mana? ayah sentiasa faham kehendak zahrah... terima kasih ayah (i love u). Ummi pula sentiasa ada disamping zahrah, selalu cium dan dakap zahrah hihihi... seronok sangat! (i love u). Ohya! sekarangni zahrah dah pandai menyusu botol, mula-mula tu susah juga nak biasakan diri tapi sekarangni hm... bolehlah. Teringat  hari tu... tangan ayah melecur gara-gara terkena air panas untuk memanaskan botol susu zahrah, kasihan kat ayah... zahrah tahu mesti ayah kesakitan sangat waktu tu, tapi depan zahrah... ayah sentiasa senyum. Begitu juga dengan ummi, ada sekali tu gara-gara terkejar-kejar menjaga zahrah ummi terlanggar pintu bilik, tapi... ummi pun macam ayah... sentiasa senyum. Terima kasih ayah dan ummi... InsyaAllah zahrah akan jadi anak yang baik dan akan menjaga ayah dan ummi bila zahrah besar nanti... Oklah! rasanya sampai disini saja buat masa ini ya, zahrah nak tidur dulu... ayah dan ummi dah stanby kat buaian tu hihihi. Happy blogging semua (tiru trademark ayah).




p/s : rasanya... macam ni kot zahrah update blog nanti huhuhu~

Wednesday, June 26, 2013

Doa Sewaktu Hujan Turun

Alhamdulillah... rasanya kat kampung krole ni dah 2 minggu lebih tak hujan. Kalau nak diikutkan pun hari ini tak ada sebarang tanda pun nak hujan. Tapi kalau dah kehendak Allah maka "jadilah ia". Syukur sangat... al-maklumlah sekarangni kan udara kita bermasalah dengan virus yang bergelar jerebu (sampai naik sesak nafak kalau duduk luar lama-lama). Lepas hujan petang tadi... krole tengok ruang angkasa seperti dah berseri semula, dan udara pun alhamdulillah semakin segar berbanding sebelum ni. So hari ini nak kongsi dengan korang semua doa sewaktu hujan turun. Nak tak?.

Sememangnya kita tahu kan... waktu hujan ini adalah diantara waktu mustajabnya berdoakan?. So apa lagi... ikut krole ya... "Allahuma Soyyiban Naafi'aa" Amin. Maksudnya adalah "ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, binatang dan tumbuhan). Harap perkongsian yang sedikit ini dapat menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Kerana sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh berdoa kepadaNya. Oklah krole nak terbang-terbang kejap so happy blogging semua.



p/s : sejuknya dunia selepas hujan turun~

Tuesday, June 25, 2013

Final Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2

Teringat krole kejap tadi... Mrs. krole ada bertanya kat krole "abang rasa siapalah kan... siapa yang menang masterchef selebriti malam ini?". Dengan berbekalkan riak wajah yang slumber terus krole jawap "entah yang... the rock kot" hahaha!. Percuma krole dapat cubitan manja dari Mrs. krole huhuhu. Kalau nak diikutkan, krole tak berapa layan sangat program ni... kurang minat sikit. Mrs. krole minat sangat tengok program ni, boleh kata tak pernah terlepas satu episod pun huh!.

Rasanya kalau ditanya... dari A sampai Z... Mrs. krole boleh jawap kalau bab program ni. Menurutnya malam ini final dah. Malam ini yang berentap adalah syura (nazam berkasih) dan celina (3R). Huh! macam menarik pula kan? hm... tadi krole ada skodeng sekejap kat facebook dan... yes! rata-ratanya semua orang update pasal final masterchef selebriti malam ini. Hm... oklah krole nak lepak-lepak dengan Mrs. krole dan baby Zahrah ni so happy blogging semua.



p/s :  aku sokong syura~

Tips Tenangkan Hati

Assalamualaikum, rasanya dalam dunia ni kalau ditanya... mesti semua orang nak hati yang tenangkan?. Hm... biasalahkan dalam hidup seharian kita mesti akan ada tekanan yang membuatkan hati kita tak tenteram. Huhuhu... bila hati tak tenang ni manusia memang kreatif sangat bab nak mengurangkan tekanan perasaan ni contohnya seperti melancong, shopping, makan, berkelah kat tepi pantai (lepas tu menjerit sekuat hati kat pantai tu huhuhu) aik krole? macam pernah cuba saja ni? hahaha!. Walhal sebenarnya untuk menenangkan hati ni amat mudah sekali. Tak perlu nak berjalan jauh... tak perlu nak mengeluarkan modal. Nak tahu tak?

Ok! yang pertama senang saja, jagalah solat 5 waktu dan perbanyakkan berdoa. InsyaAllah dengan berbuat demikian hati kita akan sentiasa tenang. Kedua adalah amalkan zikrullah dan selawat ke atas Nabi S.A.W dalam hidup seharian, mudahkan? disampaing menghapuskan dosa dan memurahkan rezeki... InsyaAllah akan dikurniakan ketenangan hati yang teguh. Ketiga pula adalah dengan membaca Al-Quran dan sentiasa mengekalkan wuduk, selain dapat menguatkan kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya... InsyaAllah kita juga secara tidak langsung dapat mencuci dan menenangkan hati yang tengah berduka. Oklah! senang saja kan nak tenangkan hati? sebenarnya ada banyak lagi tips ni cuma buat masa ini krole dapat kongsi 3 tips ni saja ya. Happy blogging semua.



p/s : ilmu yang krole dapat dari ceramah agama semalam~

Monday, June 24, 2013

Program Di Masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, sebenarnya hari ini kat masjid kampung krole ada mengadakan program menyambut nisfu syaaban. Walaupun lewat sehari alhamdulillah... sambutan amat meriah. Ramai yang hadir tadi. Banyak acara yang diadakan tadi... contohnya seperti membaca yasin sebanyak 3 kali, doa selamat, dan ceramah agama. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tadi, pihak masjid menjemput seorang penceramah dari Kota Kinabalu tapi... krole tak ingat namanya aduh! ternyata krole kena banyak makan kismis lepas ni hahaha! seronok beb! penyampaiannya santai dan mudah nak faham. Topik yang paling krole suka adalah keindahan bulan ramadhan, ya Allah... tak sabar rasanya diri ini nak menyambut bulan ramadhan,

Apabila semua aktiviti dah selesai tentulah beralih ke aktiviti makan kan? hahaha!. Berlaku pula peristiwa lawak tahap gaban tadi, dimana makanan yang telah dihidangkan oleh AJK masjid untuk para tetamu kurang? aik? macam mana boleh kurang ni?. Akhirnya ketua AJK bahagian makanan tadi dilantik menjadi detektif conan untuk menyiasat kes ini hahaha!. Rupa-rupanya ada dua tiga orang kanak-kanak melantak dulu sewaktu ceramah agama berlangsung tadi hahaha! yang menambahkan lawak ini sampai ke tahap dewa-dewa. Seorang daripada kanak-kanak yang terlibat tadi adalah anak kepada penceramah jemputan tadi hahaha!. Oklah... krole nak lepak dengan Mrs. krole dan baby Zahrah dulu so happy blogging semua.



p/s : Ramadhan dah dekat~

Mencari Topeng Mulut

Dua tiga hari ini krole tengok kat kampung ni dah semakin tebal dengan jerebu yang melanda... Pagi tadi krole pergi ke klinik, hah! kenapa?. Ok-ok... relaks brother and sister ( bajet cool) hahaha!. Biasalah kan... sekali-sekala kena sakit juga kan? mungkin disebabkan jerebu ni... antibody krole yang kuat sebelum ini telah tewas dengan virus selsema, aduh! dah macam air sungai mengalir hingus ni. Kepada rakan-rakan blogger yang tengah makan... cuba korang bayangkan hahaha!. Lagipun encik doktor ada kata tadi, kemungkinan besar selsema ni berpunca gara-gara jerebu yang semakin pekat diudara ni.

Encik doktor juga menasihatkan kalau buat aktiviti luar sebaik-baiknya pakai topeng mulut untuk perlindungan diri. Lepas dari klinik tu terus krole memecut mengembara ke pekan Beaufort untuk mencari topeng mulut hikmat tu. Tapi pencarian krole menghampakan sebab... tak tahu kenapa? rata-rata semua kedai yang krole pergi taukeynya kata "sold out". Aduh! nasib baiklah ada topeng mulut yang disedekahkan encik doktor tadi (3 keping) kalau tak... confirm krole mengembara ke pekan Membakut atau Bongawan lagi untuk mencari benda tu.

Nasihat krole... waktu jerebu-jerebu macam ni... elakkan pakai topeng macam ni ya hahaha!. Nanti tak pasal-pasal kena tahan polis kerana di suspek pembunuh bersiri hihihi. Happy blogging semua.



p/s : sesak nafas gara-gara jerebu ni~

Sunday, June 23, 2013

Manusia Perlu Menangis

Bohonglah kalau ada sesiapa kata dia tak pernah menangis dalam hidup ni? (kontrol macho) hahaha!. Sedangkan apabila kita lahir saja didunia ini benda pertama yang kita buat adalah menangis, siap pitching tinggi lagi tu! uwah!. Menangis ni kita boleh kategorikan kepada beberapa kumpulan (wuah! macam lagu pula siap ada kategori lagi), seperti menangis dalam kegembiraan, kesedihan, keterharuan, dan banyak lagilah. Kadang-kadang tu tengok cerita-cerita contohnya hindustan pun boleh buat menangis... dimana sang hero dibelasah oleh penyangak cerita tu hahaha! selalunya krole nampak situasi ni kat dalam panggung wayang, aik? krole tengok cerita hindustan? aduh! kantoi!.

Lagipun sememangnya kita tahu... melalui kajian manusia, menangis ni banyak kebaikkan sebenarnya. Contohnya seperti dapat mengurangkan stress, membantu memperbaiki penglihatan mata, mengeluarkan toksik dan banyak lagilah. Dalam agama islam juga ada menyebut perihal menangis ni. Tapi... bukannya seperti kategori menangis yang tadi ya, ia lebih kepada menangis disebabkan takut kepada Allah S.W.T dan dosa-dosa yang telah dia lakukan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda "sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka". Oklah! rasanya sampai disini saja buat hari ini, so happy blogging semua.



p/s : Menangis kerana Allah S.W.T

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, June 22, 2013

Kenapa Perlu Undi Krole

Huh! rasa macam sekejap saja... Pejam celik rupanya hari ini merupakan hari terakhir untuk mengundi kategori-kategori dalam DiGi wwwow award tu. Kenapa perlu undi krole? pergh! soalan cepu emas tahap gaban dah ni. Sebenarnya krole pun tak tahu nak kata macam mana? hm... Kalau nak kata krole ni popular, huh! jauh lagi kot nak sampai tahap tu. Kalau nak dikatakan krole ni berpengaruh dalam persada blogging ni huh! rasanya tak sampai lagi kot. Kalau nak kata krole ni blogger tegar huh! rasanya... Adalah sikit-sikit hahaha!.

Krole tak pernah sertai sebarang aktiviti berkaitan blogger ni... Kalau nak diikutkan hati ni rasanya macam nak saja turut serta asal ada aktiviti blogger tapi... Jarak jauh beb! (tak mampu). Bagi orang seperti krole ni.... Dapat berblog adalah satu perkara yang luarbiasa sangat. Walaupun kadang-kadang tu asyik dipersenda rakan taulan kat kampung ni "aduh! krole... untuk apalah berblog ni... buang masa saja". Hahaha! tapi krole tak pernah ambil hati pun, biasalah bersahabat... Kita berbaik sangka saja kan?. So krole harap platform DiGi wwwow award ni dapat merubah persepsi sahabat-sahabat krole ni.

Sebab... semenjak krole berblog ni taklah kenapa? terasa luas saja ilmu ni. Sebelum ni... kalau bersembang dengan rakan taulan selalunya krolelah yang duduk tepi mendengar dan berkata "oh... macam tu". Sekarangni syukur sangat... apa yang krole dapat pelajari dari dunia blog contohnya berkaitan agama pasti akan krole kongsi dengan mereka semua. Hinggakan ada seorang sahabat kata yang krole ni kuat membaca sekarangni, walhal krole hanya berblog hm... banyak kebaikkan berblog ni sekiranya kita mengunakannya dengan sebaik-sebaiknya. Oklah! kalau nak undi krole sebagai "blogger of the year" sila klik sini ya. Undi dari anda amat krole hargai, kalau boleh pakat-pakatlah satu kampung undi krole ya (amboi). Happy blogging semua.



p/s : tak ada perkara mustahil didunia ini, asalkan kita berusaha... rezeki itu Allah yang tentukan~

Friday, June 21, 2013

Buaian Ajaib Popo

Hari ini merata krole mengembara bersama Mrs. krole dan baby Zahrah (mengembaralah sangat). Disebabkan diri ini terlampau kasihan kat isteri tersayang dan teringin untuk meringakan kerja beliau sedikit so hari ini kitaorang mengembara untuk mencari satu benda ajaib yang dinamakan buaian popo?. Apakah sebenarnya benda yang berbunyi seperti senjata hikmat ini? (amboi) hahaha!. Ok-ok! sebenarnya hari ini krole sekeluarga keluar mencari buaian popo untuk baby Zahrah, hah! tak tahu apa itu buaian popo?. Ala... tu yang buaian automatik tu. Bukan apa kadang-kadang tu kasihan krole tengok Mrs. krole, dek gara-gara aktiviti membuai ni sampai lenguh-lenguh tangan.

So krole cadanglah untuk membeli buaian popo ni, alhamdulillah Mrs. krole setuju... tapi... susah beb!. Dari pekan Beaufort ke pekan Membakut pergh! tak jumpa kedai yang jual benda ni, hampir putus asa juga kitaorang mencari benda ni tadi tapi... kalau dah rezeki tak akan ke mana kan?. Kitaorang jumpa juga buaian popo ni kat pekan Bongawan tadi, huh! 3 pekan kitaorang terjah baru jumpa benda ni, dan syukur sangat harganya kitaorang mampu. So lepas cuba, try, test tadi terus krole beli dan setting kat rumah. Pergh! memang best guna benda ni dan syukur baby Zahrah dapat terima... Lena tidur anak ayah hihihi. Seronok rasanya bila dapat mengembirakan keluarga, lagipun krole tengok tadi muka Mrs. krole dah bercahaya-cahaya kegembiraan hihihi. Oklah nak sambung kerja sikit so happy blogging semua.


Iklan : Sila klik sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : ajaibnya buaian itu~

Thursday, June 20, 2013

Hadiah Dah Sampai

Alhamdulillah... tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak bila dia berkaki ayam?. Amboi! macam pelik saja bunyinya kan?. Ok-ok! pembetulan... tuah manusia hanya Allah saja yang tahu. Awal pagi ni krole dapat panggilan dari pejabat pos kat pekan krole ni. "Encik... pihak kami ingin maklumkan, bungkusan pos laju untuk encik dah ada kat pejabat pos ni so datanglah ambil!!!". Hm... beginilah kalau popularkan? ini mesti surat dari peminat krole, kalau tak layan nanti diaorang kata sombong pula (aduh! perasan betul budak ni). 

Bila dah ambil bungkusan tu.... krole pun terus balik ke rumah dan mengoyakkan bungkusan tadi dengan bersungguh-sungguh... aik? ini bukan surat dari peminatlah?. Wuah! ini hadiah dari segmen Blogger Mak Dara haritu, untuk pengetahuan semua... krole menang ya hahaha! (ketawa jahat). Syukur sangat... krole menang "buku 101 doa mohon makbul" tajaan Blogger Zamani Abe.

Terima kasih bro Zamani Abe... krole suka sangat hadiah ni... bro pun tahu kan yang krole memang dah lama cari buku ni. Seronok beb! dahlah buku ni dipenuhi dengan doa-doa terbaik. Siap ada gambar kartun pula tu huhuhu. Alhamdulillah setelah membaca buku ni tadi krole dah dapat hafal satu doa berguna iaitu "doa semasa meletakkan anak di atas riba". Oklah! krole ada kerja sikit ni so until next time, happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : jom kenal-kenal dengan dua orang blogger supporting ni~

Wednesday, June 19, 2013

Header Pertamaku

Cuba korang tengok gambar kat atas tu... hahaha! ok tak?. Ok! sebenarnya gambar tu merupakan header pertama sekali yang krole gunakan dalam blog. Disebabkan diri ini terlampau rajin hari ini... sewaktu krole tengah membuang gambar-gambar lama kat dalam laptop tiba-tiba terjumpa benda berharga ni huhuhu... tergelak seorang krole waktu tu. Header ni kalau nak cerita pasal kualiti memang hancur hahaha! disebabkan diri ini terlampau fanatik dengan adiwira yang bersayap tu (tak ingat dah nama hero tu), maka terciptalah header macam kat atas ni hahaha! lepas tu buat hitam-hitam sikit kononnya nak bagi aura gothic sikit. Hm... rindu pula waktu mula berblog dahulu, ramai dah blogger yang seangkatan dengan krole dah menyepi seribu bahasa.

Ok! lepas dah bosan dengan header tu... krole gantikan pula dengan header kat atas ni hahaha! seperti biasa... sayap kena ada. Kali ini krole buat berkonsepkan kanak-kanak ribena hm... maksud krole ceria-ceria selalu. Sebab waktu tu ramai sahabat blogger bagi teguran, kata mereka blog krole terlampau gelap dan suram... So berpandukan komen membina dari mereka, maka terhasilah header ni. Tengok! ceria tak? hahaha! ada pelangi, awan comel, ultraman, domo dan yang penting adalah diriku... huh! rindu sangat waktu ni. Sebenarnya ada banyak lagi header krole, tapi... 2 ni saja yang krole jumpa. Hm... lepas ni tak tahu nak buat header macam mana? any suggestion? happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : header pertamaku...? macam copy dari tajuk ibu mertuaku je ni? hihihi~

Tuesday, June 18, 2013

Melancong Ke 3 Buah Negara Dalam Masa Sehari

Awal pagi tadi tak tahu kenapa... kebosanan melanda bertalu-talu, line internet pula buat hal untuk ke 150 juta kali (amboi). So krole pun bawalah Mrs. krole dan baby zahrah melancong...? destinasi pertama kitaorang adalah negara china, bukan apa... mula-mula tu kitaorang rancang nak jogging kat tembok besar china tu... tapi setelah 10 minit berlalu pergh! memang tak larat beb! panjang betul tembok tu!. Rasa macam nak tercabut kaki, tangan, dan yang sewaktu dengannya kat tubuh kitaorang ni.

Disebabkan terlampau letih berjogging di tembok besar china tu, krole sekeluarga pun sepakat nak lepak kat india lepas tu... Tapi... tak tahu kenapa? sekejap saja kitaorang sampai... destinasi yang dituju adalah taj mahal yang mahal kat sana tu, seronok juga lepak kat sana... udaranya nyaman dan roti canainya memang terbaik dari ladang punya! hahaha!.

Bila dah puas round-round india tadi... baru krole sekeluarga perasan, yang kitaorang belum makan lagi sejak dari tadi... hm... mungkin terlampau seronok berjalan sampai makan pun tak ingat... So destinasi untuk makan malam adalah paris... yes! paris beb! kitaorang makan kat warung sebelah menara eiffel tu, hm... tak ingat krole namanya. Cuma... terasa susah sikit nak order makan kat situ, sebab bahasa diaorang krole tak faham. Akhirnya kitaorang order maggie kari special hahaha!. Setelah puas pusing-pusing satu kota paris tu krole sekeluarga terus balik ke tanah air tercinta dan sekarangni baru sampai rumah hm... letih yang teramat hari ini hahaha! macam betul saja cerita ni hahaha! to all reader... tolong jangan percaya dengan entri merapu ni hihihi. Apa-apa pun... happy blogging semua.

Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : senyum-senyum selalu~

Monday, June 17, 2013

Kesihatan Itu Penting

Malam ni terkenang pula kat mak mertua krole, alhamdulillah pada bulan april tu mak mertua selamat dibedah. Kalau korang ingat, kan krole pernah buat entri berkenaan mak mertua krole yang sakit hempedu, hah! ingat pun... mesti korang banyak makan kismis ni kan? hahaha!. Waktu krole melawat mak mertua krole kat wad, banyak krole nampak kakak-kakak, makcik-makcik, dan nenek-nenek yang senasib dengan mak mertua krole hm... maksud krole sakit. Waktu tu krole sempat bertegur sapa dengan pesakit sebilik dengan mak mertua krole. Tak sangka... ada seorang akak ni, umurnya krole rasa dalam lingkungan 29 begitu. Dalam usia sebegitu beliau dah menghidap sakit barah otak.

Ya Allah! terkejut krole waktu tu, dengan slumber sahaja beliau memberitahu tentang sakit yang dialaminya (siap senyum lagi). Panjang lebar krole, mrs. krole dan  mak mertua krole sendiri bersembang dengan beliau. Alhamdulillah akak tu seorang yang kuat semangat, dalam keadaannya seperti itu krole tengok beliau masih menjaga solatnya. Waktu tu terus terdetik dihati krole, alangkah bertuahnya kita yang dianugerahkan kesihatan yang baik olehNya, kalau sakit pun setakat demam dan selsema... itupun ada sesetengah insan, baru demam dah malas nak solat... konon tak larat katanya. Hm... begitulah manusia kan? diuji sedikit dah lupa... dah malas... dah leka... Walhal seberat-berat ujian daripadaNya adalah kesenangan. Hm... oklah! happy blogging semua.

Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".


p/s : jaga kesihatan ya~

Sunday, June 16, 2013

Kenduri Akikah Baby Zahrah

Amaran! entri ini mengandungi terlampau banyak gambar, so krole nak minta maaf kat semua terutamanya blogger yang mempunyai masalah line internet yang tak berapa nak kuat hihihi. Alhamdulillah syukur... majlis kenduri akikah untuk baby zahrah dah selesai semalam, gembira sangat hati ini bila dapat buat kenduri akikah untuk baby zahrah. Ohya! kenduri akikah ni krole buat berduet dengan abang sulung krole... kebetulan beliau pun nak buat kenduri akikah untuk anaknya iaitu baby noorfatihah. Pendek cerita memang meriahlah kenduri akikah semalam.

 Ya! yang berbaju hitam ni adalah ayah krole, bergegar juga tangan beliau semalam... hahaha! sebab baby zahrah susah nak duduk diam hihihi, al-maklumlah... kalau nak diikutkan waktu tu baby zahrah dah lena diulit mimpi dah. Baby noorfatihah pula tak ada hal punya hihihi... sebab baby noorfatihah 9 bulan umurnya, so macam faham sedikit-sedikit dah.

Ok! yang handsome berbaju oren ni pula adalah mertua krole a.k.a ayah Mrs.krole... waktu ni beliau sempat bertanya kat Mrs. krole... "nak gunting fesyen apa ni?" hahaha! tu yang Mrs. krole tergelak waktu ni.

Dan yang ini pula adalah datuk krole... merangkap moyang baby zahrah hihihi... datuk suka sangat cium pipi cicitnya ni... katanya comel hihihi...

Inilah wajah kesayangan hamba, suka sangat bila nampak wajah gembira Mrs. krole dan babby zahrah, eh? baby zahrah siap buat gaya tu hihihi... comelnya anak ayah!.

Amboi! waktu ni terasa macam bersanding pula... jenuh melayan karenah keluarga yang nak ambil gambar hahaha! 

Waktu ni majlis dah nak selesai... so apa lagi... krole dan big brother pun ambilah peluang bergambar sama-sama. Tema diaorang malam tu hitam... manakala krole sekeluarga kelabu silver (betulkah?). Oklah sebenarnya krole nak rehat-rehat dulu ni so happy blogging semua.



p/s : terima kasih~

Thursday, June 13, 2013

Jadilah Diri Sendiri

Huh! akhirnya! dapat juga nak update blog tersayang ni. A busy day for me today... Hari ini awal pagi lagi krole sekeluarga dah keluar rumah. Nak bawa baby zahrah pergi berjarum, pergh! memang krole berterima kasih kepada cik nurse kat klinik ibu dan anak tadi... memang tangkas beliau menjarum baby zahrah tadi. Hingga baby zahrah tak sempat nak menangis dah siap... cuba korang bayangkan anak kecil nak menangis kena jarum tup... tup... dah siap, huh! cik nurse kau memang hebat! hihihi. Rasanya kalau baby zahrah pandai bercakap mesti dia kata macam ni "eh? dah selesaikah? ala... baru nak nangis" hahaha!. Ok! itu gurau saja. Sebenarnya baby zahrah ada menangis sedikit tadi, tapi... itu pun sekejap saja. Ok! perasan tak gambar kat atas tu, alhamdulillah syukur... murah sedikit rezeki kala ini. Tapi... yang seronoknya iklan "Pee Mak Campaign" tu! dah sepuluh hari melekat kat blog buruk krole ni. Terima kasih Nuffnang, kaulah yang terbaik (yes! ayat bodek dah keluar). 

Serius! krole nak ucapkan jutaan lemon terima kasih kat korang semua yang sudi singgah, baca, dan komen kat blog krole ni, tanpa korang rasanya hm... tak merasa krole benda-benda BE dari Nuffnang ni. Ohya! tadi krole sempat bermesej dengan seorang rakan blogger yang tak dapat krole nak dedahkan identitinya (biarlah rahsia). Sebenarnya beliau yang mula mesej krole... sembang punya sembang oh... rupa-rupanya mahu minta tips macam mana nak popularkan blog? pergh! biar betul? macam tak percaya soalan itu diajukan kat krole. "Macam mana nak jadi macam krole ni ya?" aduh! kembang kempis saja hidung ni bila kena tanya macam tu hahaha!. Dipendekkan cerita krole kata kat beliau "senang saja bro, just be yourself", dalam berblog ni antara yang paling penting adalah identiti blog, so carilah identiti masing-masing. InsyaAllah dengan kelainan itulah pembaca pasti berminat nak datang blog kita, tapi ini pendapat krole saja ya. Krole pun masih setahun jagung dalam berblog ni... banyak lagi kena belajar so jom kita belajar sama-sama ya. Happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : jom vote krole tiap hari...nanti krole belanja megi~

Wednesday, June 12, 2013

Untuk Baby Zahrah

Alhamdulillah hari ini seawal subuh krole dan mrs. krole dah bangkit dari tidur...  All thanks to my lovely daughter, the one and only...! baby zahrah! hahaha! semangat tak?. Hari ini syukur sangat dari subuh sampai sekarangni mood baby zahrah baik saja, asyik tersenyum dan gelak sakan, hahaha! jangan terperanjat ya? baby zahrah dah pandai ketawa sekarangni. Cuba tengok gambar kat atas tu... hahaha! pandainya anak ayah bergaya bila kena ambil gambar. Walau letih macam mana pun... mengantok macam mana pun... bila terlihat wajah baby zahrah gembira macam tu pergh! memang berbaloi beb!. Syuh...! syuh...! letih dan mengantok pergi kau jauh-jauh.

Syukur sangat... bulan ni... hasil krole berniaga ada lebih sikit, mula-mula krole terfikir nak beli kamera DSLR dengan duit lebih tu (teringin sangat). Tapi rasanya buat masa ini krole tangguhkan sementara sebab mrs. krole cadang nak buat majlis kenduri akikah untuk baby zahrah. Wuah! memang idea yang baik, syukur sangat dapat isteri macam mrs. krole, sebab lelaki ni kalau bab pengurusan duit memang kurang bijak sikit hahaha...! i know because i'am a man. Begitulah pasangan kan? pelengkap antara satu sama lain. So hari nak pergi cari kambing dahulu untuk dijadikan korban akikah baby zahrah, harap-harap jumpa yang krole mampu beli. Moga Allah permudahkan urusan krole sekeluarga, oklah happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".


p/s : first time nak beli kambing ni~ 

Tuesday, June 11, 2013

Hari Ini Aku Dapat Tahu

Banyak ilmu yang aku dapat hari ini... hari ini aku dapat tahu bahawa terdapat bukti dari NASA menunjukkan bulan pernah terbelah dua dari blogger Daxx, siap ada gambar tu!. Hari ini aku juga dapat tahu berkenaan isu design pelamin versi last minit dari blogger MizzTina, hahaha! tergelak sangat bila baca entri dari dia ni. Hari ini aku juga dapat tahu jawapan "kenapa susah nak jumpa lelaki baik dan kenapa lelaki suka mempermainkan perasaan wanita?". Krole dapat tahu pun all thanks kepada blogger acik, huh! syukur sangat berpeluang baca artikel macam tu. Ohya! hari ini aku juga dapat tahu tentang karnival usahawan industri asas bumiputra pulau pinang yang diadakan di Wangsa Maju dari blogger sop. Huh! memang happening program tu. Tak lupa juga hari ini aku dapat tahu yang blogger el sekeluarga bercuti kat melaka dan siap mandi kolam lagi hahaha! cuti sakan kau el.

Aku juga dapat tahu yang blogger mak dara dah publish sebanyak 2 ribu entri hari ini, wah! terbaik!. Hm... tak lupa juga, hari ini aku dapat tahu tentang sindrom tica dari blogger bunda, pergh! memang dahsyat sindrom ni. Lepas tu hari ini aku juga dapat tahu tentang ciri-ciri kejayaan sesebuah blog dari blogger puteri kasih, info yang amat berguna sekali. Huhuhu... hari ini juga aku dapat tahu tentang perkembangan adik sadiq iaitu anak ketiga blogger KM7, krole yang juga merupakan seorang ayah terasa sangat keseronokkan beliau. Krole juga dapat tahu hari ini sebuah kata motivasi yang menarik dari blogger mia liana,confirm lepas ini akan sentiasa tenang menghadapi ujian daripadaNya. Akhir sekali hari ini aku juga dapat tahu yang blogger boni kacak baru pasang line streamyx setelah 2 bulan tekanan gara-gara benda tu. Hahaha! lepas ini bolehlah beliau mengaum puas-puas kat blog. Oklah sampai disini saja entri mengarut krole ya, harap anda semua faham hihihi... sibuk sangat hari ini, happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".


p/s : menarik tak entri ni?