Friday, May 31, 2013

Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, mesti ramai yang cari krole semalam kan? (ayat perasan popular), ok! sebenarnya semalam, seharian krole tak dapat nak online... atas dua faktor sahaja. Pertama kat kampung krole hujan lebah, guruh... petir... semua ada semalam so disebabkan diri ini masih lagi trauma akan kes modem wifi yang hangus dek disabar petir huh! terus krole matikan (belajar dari pengalaman kan?). Kedua adalah disebabkan diri ini yang terlampaulah sibuk membantu gotong-royong kenduri kahwin abang sepupu krole (majlis malam ini dan esok, tahniah bro). Ok! rasanya lama dah krole tak buat entri perkongsiankan? so hari ini krole nak kongsi sikit tentang "golongan yang mendapat doa daripada para malaikat". Moga entri ini dapat membimbing dan memberi petunjuk kepada diri krole dan anda semua ya.

Golongan yang mendapat doa para malaikat :
 1) orang yang bersedekah di awal hari.
 - setiap pagi dua malaikat akan turun. malaikat yang perkama berdoa : "ya Allah, gantikanlah harta orang yang bersedekah" dan malaikat yang satu lagi berdoa "ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut" (hadis riwayat muslim)

 2) Orang yang menanti-nanti waktu solat.
 - seseorang yang duduk menanti waktu solat, selama mana dia tidak berhadas, maka malaikat terus mendoakannya: "ya Allah, ampunkan dosanya, Ya Allah, rahmatilah dia." 
(riwayat al-bukhari) 

 3) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa dia ketahui.
 - "doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaaan dia tidak mengetahui adalah mustajab."
 - "setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat disisinya akan berkata: "amin, semoga Allah memperkenankan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti yang engkau pinta untuk saudaramu."
 (Riwayat Muslim) 

 4) Orang yang berwuduk sebelum tidur. - " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat disisinya akan berdoa; "ya allah, ampunilah hambamu si polan ini, kerana dia tidur dalam keadaan suci."
 (Riwayat Ibn Hibban) 

 5)Orang Yang Menziarahi Orang Sakit - "mana-mana muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka allah mengutus 70 ribu malaikat mendoakan nya daripada siang hingga ke senja, dan daripada awal malam sehingga ke subuh"
 (Riwayat Ibn Hibban)


p/s : hujan adalah diantara waktu mustajabnya berdoa~

8 Komen:

PeRdU cINta said...

moga kita menjadi insan yang sentiasa mendapat doa daripada para malaikat..tidak sukar namun dugaannya tetap ada..

el said...

thx for sharing krole

eh krole hang dok tang mn ea
srwk ke sabah
mn tau nak bercuti kt sn leh la mtk ang bw pusing2 ekekeke

Model Rumah said...

Semoga kita termasuk dalam salah satu atau semua dari golongan tersebut amin ya rabb.

puteri kasih said...

perkongsian yang menarik ni bro...semoga kita turut tergolong dalam golongan yang didoakan

Abang Menaip said...

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian yer :D

Dzafirah Zain said...

dtg sni juga... tinjau2 apa y patut~~~

Bunda_nora said...

semoga kita mendapat keberkatan dari Nya...dan semoga kita akan menjadi insan yg lebih baik dari biasa...terima kasih berkongsi ilmu berguna ini..

krole said...

berdoalah kta moga kta tergolongan dalam golongan yang didoakan oleh malaikat ini~ amin Ya Rabb