Huh! serius beb! letih sangat hari ini... boleh kata sepanjang hari krole berniaga kat tapak pasar mingguan hari ini, ok! nak cerita ni... korang nak tahu? seawal jam 6:30 pagi krole dah pun bertolak ke pekan... nampak macam rajin kan hahaha! bukan apa... krole bertolak awal kerana dari kampung nak ke pekan ambil masa juga... tolak panaskan kereta, jarak, jem... boleh kata waktu tu memang paling sesuailah. Bila sampai sahaja terus krole dan big brother (abang) membuka kem dan menyediakan barang jualan... rasanya tak sampai 15 minit kitaorang dah selesai. Seronok beb! berjual waktu cuti-cuti ni... orang ramai... dan alhamdulillah ada jugalah barang-barang kitaorang yang dibeli. Tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut... hujan turun dengan lebatnya... Ramai berlari bertempiaran ala-ala doremon waktu tu, takut basah katakan hahaha. Waktu tu krole tengok ramai peniaga-peniaga pakaian dan kain seperti krole ni berkemas hm... kira tutup awalah diaorang-diaorang ni, hinggakan ada seorang makcik peniaga kat sana tu menjerit kat krole "nak..!!! tak tutupkah? basah barang-barang kau tu nanti" sambil beliau berlari ala-ala pelari marathon.
Krole pun bertanya kepada big brother "macam mana bro? tutupkah?". "sabar dulu role... hujan ni rahmat... manalah tahu ada rezeki yang Allah mahu berikan" so... kitaorang bertahan sambil itu juga sentiasa memastikan barang-barang jualan tak kena air hujan. Waktu tu peniaga di kiri dan kanan kem krole dah pun berkemas dan balik. Tapi itulah, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia Allah saja yang tahu, waktu hujan mulai renyai... ramai pula tiba-tiba datang menyerbu ke tempat kitaorang berniaga dan alhamdulillah boleh kata laris juga jualan hari ini. Kira pengalaman indah bagi kitaorang kerana hari ini merupakan hari kedua kitaorang berniaga macam ni. Syukur sangat ke hadrat illahi kerana memurahkan rezeki kitaorang hari ini. Kesimpulannya rezeki ni Allah dah aturkan untuk kita semua, hanya kita perlu mencari, berusaha dan sabar saja insyaAllah semua usaha kita akan dipermudahkan olehNya. Gara-gara jualan laris tadi big brother pun semakin bersemangat nak temankan krole berniaga minggu depan. Oklah sorry ya kalau entri kebelakangan ni tunggang langgang sikit, bukan apa kena cepat-cepat taip, nak jaga baby zahrah pula kejap lagi. So happy blogging semua.
p/s : berkat bersabar~ alhamdulillah Ya Allah~
7 Komen:
banyakkan sabar ya... kalau hujan.. ;)
alhamdulillah.. mmg hujan rahmat tu :)
Alhamdulillah...hujan rahmat. Saya pun pernah ada pengalaman berniaga di pasar malam semasa cuti sem. ketika belajar di 'U' dulu. hujan tu dah kira perkara biasa masa berniaga.
dalam apa pun situasinya kena kuat semangat dan bersabar..insyaAllah penghujungnya pasti kegembiraan..
berkat kesabaran
setiap kejadian ada rahmatnya
Dia lebih mengetahui :)
orang bersabar akan dapat yang terbaik
p/s: nak belajar buat vector potrait boleh tgk tutorial dekat youtube sebab fiza pun belajar dari situ je :) kalau nak fiza ajar memang susah nak buat tutorial video ni..tak berapa nak pandai..sorry ye..ape2 pun selamat mencuba :)
wahhh saya pun minat jugak meniaga kat pasar malam ni..tp xpernah lagi.. rasa macam nak buka gerai kek..
Post a Comment