Untuk pengetahuan anda semua... baru-baru ini krole baru memenangi sebuah tender projek mega yang dikeluarkan oleh Mrs. krole sendiri, iaitu projek mega buaian untuk baby zahrah. Hahaha! projek megalah sangat, so disebabkan diri ini terlampau sangat free hari ini maka projek tersebut krole jalankan seawal pagi tadi. Dengan berbekalkan peralatan seperti "bob the builder" krole mulakan kerja... hm... rasanya nak sejam krole buat tadi pergh! waktu tu sangkaan krole meleset tentang menguruskan projek ini seorang diri... pergh! susah beb! kalau nak diikutkan pasang benda ni memang senang cuma... bila difikirkan yang nak berbuai nanti baby zahrah pergh! kena buat cermat-cermat dan teliti oh!. Nasib baiklah abang krole datang ke rumah tadi memberi bantuan kecemasan, kalau tak...? confirm tak siap projek mega ni hahaha! (itu pun kena paksa baru datang), eh? siapa kata tu? hahaha!.
Terima kasih ya bang sebab sudi tolong tadi... tanpa anda siapalah saya (eh? ini ayat raih undi ni...). Ok! cuba korang tengok gambar kat atas tu... ya! buat pertama kalinya baby zahrah baring didalam buaian yeah!. Tapi tak tahu kenapa? selalunya baby ni kalau dibuai akan terus lena diulit mimpi, tapi... baby zahrah makin kuat menangis pula? kata mak tadi mungkin baby zahrah takut... sebab benda baru kan? so benda-benda begini kena perlukan masa. Ohya! baru kejap tadi krole upload gambar diatas kat laman muka buku hm... banyak juga respond dan yang penting banyak yang beri tips macam mana nak bagi baby cepat biasa dengan buaian ni, antara individu yang memberi tips itu adalah blogger MayaMaswany... huhuhu! terima kasih ya awak, insyallah krole akan cuba praktik semua tu. Oklah krole nak lepak dengan baby zahrah ni so happy blogging semua.
p/s : buai...buai...buaiku laju...
24 Komen:
anak buah sy xpernah tido dalam buaian cmnih pon..huhu!
ehe lame xbuai baby.sbb bb dh xmau dok dlm buai
jgn lupa nyanyi lagu dodoikan anak..lebih afdal...Laa ilaa haillallah... :)
projek mega ye...laju-laju buaiku laju~ ;)
dunia baru bb ni..dunia buaian la..sambil ayun buaian..sambil zikir..wah lena bb tu..
seronok tidur dalam buai ni... didodoi..
amboiiii projek mega gitu hehe
terujanya CP tgk , hehehe ~
baru2 memang camtu, baby gayat lagi..
projek mega buai laju laju...hehe
masih baru tu bro..sebab tu baby zahrah masih belum biasa lagi :)
lepas ni boleh tender pasang buai kat taman permainan pulak...hehehe
seronok tengok baby Zahrah tidur dalam buai..
aah dia x biasa lg ngan buai tu take time..take time tu mmg mcm meroyan skit hahaha yelah ngan ngis xmo tido..kita letih wooooo
el beli buai letrik sng doh xyah nak buai sndiri kehkehkehhh tu kalau bb dah biasalahhh...sng skit dia tido kita pun tido lagi lama hahaha
Tp bila dh biasa susah jgk..nk pergi mana2 kena bawak buai..kalau xder nangis..xnak tido..
x bca tjuk entry.. trus bca isi..
ingtkan tender ape la tdi..
rpa2nya tender utk buaian baby zahrah rpa2nya.. hihi
die lagi suka mama die hug2 ni.he
baru npk muka krole secara dekat
haiyo.. kenapa ajar dia tidur dalam buaian.. kalo mak zizie, pantang ngan dua perkara.. 1, tidur dalam buaian.. 2, sumbat puting dalam mulut baby..
kirim salam dengan baby tu ye ? :3
deqja penah tido dalam buai ke tidok ?? hahah :)
tolong kiss pp baby zahrah naahh ~
buai laju laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina... hehehe
yeayyy dah boleh tido buai..
:)
so sekarang macam ne krole,nangis lagi ke?
hehe..tahniah2...brulah mithali :)
hehehehe.. memang dia perlukan masa tu bro.. mungkin juga gayat.. hehehe
Post a Comment