Pergh! lama tak jenguk blog, sekali buka wuah! dah bersawang blog kesayangan ni hihihi... ok hari ini krole nak update sikit tentang kemenangan krole dalam GA yang dianjurkan oleh blogger mak dara yang famous amos tu ya. Hah! cerita pasal baby zahrah? ok... ok... nanti krole update ya (adakah nak tahu?). Hm... rasanya dalam hidup krole ni tak pernah pun menang walau sekali dalam apa-apa jua anjuran yang berkaitan cabutan bertuah ni, mungkin bukan rezeki kan? tapi buat julung-julung kalinya, pertama kali dalam hidup krole... krole menang! ok jom jerit sama-sama... krole menang! hahaha! ok yang sakit tekak tu sila pergi belakang minta air kat mak jemah hihihi... dan yang bestnya krole dapat hadiah yang disponsorkan oleh blogger zamani abe (seperti gambar diatas), bangga beb! dapat hadiah dari blogger otai dan popular macam blogger zamani abe ni... mesti krole cemburu kan? hahaha!.
Jutaan terima kasih krole ucapkan kepada blogger mak dara dan berjuta-juta lemon pula kepada blogger zamani abe diatas hadiah yang best sangat tu... nak tahu hadiah apa krole dapat? hah! tu kat atas tu! "wuah! jelesnya kat kau krole!" hah! siapa cakap tu hihihi, sabar-sabar... mana tahu satu hari nanti korang juga akan menang seperti krole hihihi. Pergh! tak tahu nak cakap macam mana perasaan krole sekarangni, terharu ada, gembira ada, teruja ada... nak dijadikan cerita sebenarnya buku ni krole pernah terjumpa sekali dulu... tapi waktu tu tak ada duit so terpaksalah diri ini menahan niat murni untuk memiliki buku tu, tapi bila dah ada duit... merata krole cari tak juga dapat jumpa buku ni... so apabila menang GA ni dan menang buku ni pergh! korang fikirlah sendiri (sambil mengesat air mata) hihihi. Ohya! terima kasih juga sekali lagi kepada blogger zamani abe kerana siap buatkan review tentang blog krole yang tak seberapa ni... Oklah krole nak jaga baby zahrah dulu so happy blogging semua.
p/s : rezeki anak... alhamdulillah~
10 Komen:
Tahniah krole menang GA...
Ehh cop krole... dah dapat baby ka.. Tahniah sekali lagi ya. Myna tertinggal kapal nampaknya... ;-(
Wauu bestnya dapat buku..saya pun minat dan suka klu orang hadiahkan buku.. majalah wanita pn ok la kiranya..
Saya pun join jgk..ishh..xdapat ker??
tahniah bro
rezeki anak :)
alhamdulillah,,rezeki baby tu..
tahniah krole... rezeki zahrah kan..
tahniah.. rezeki tu.. zizie ada yang hadis punya.. :)
tahniah:)
lepas ni trafik mencurah2 ke ladang gandum le
tahniah
eh suka sgt dia menang eh hahaha
rezeki zahraa tu..hehe
tahniah krole..Allhamdullilah
Post a Comment