Tuesday, February 26, 2013

Tak Dapat Tidur

Aduh! selalunya waktu-waktu macam ni aku dah berlayar di alam mimpi tapi malam ni tak tahu kenapa? langsung tak boleh nak tidur? kalau nak kata aku minum benda-benda berkafien hm... tak ada rasanya? walhal seharian ni aku sibuk bekerja hm... kalau nak kata letih pergh! boleh tahan juga ni. Tapi entah kenapa? dah bermacam gaya aku cuba tapi tak dapat juga nak tidur, macam ada benda yang meresahkan aku tapi? aku pun tak tahu apa yang aku resahkan sangat ni? argh!. So disebabkan tak dapat nak tidur lagi mulalah tangan ni gatal nak menghidupkan laptop kesayangan, dan yeah! line internet ok! bolehlah aku update entri baru untuk hari ni. Seharian ni krole hadapi masalah line internet kat rumah, tu yang tak dapat nak terbang-terbang ke blog rakan-rakan dan update entri.

Tapi malaslah nak cerita pasal tu? buat sakit hati saja... lagipun hm... rasanya dah ratusan kali aku update pasal masalah internet ni (nanti naik menyampah pula orang baca hahaha!). Tapi... bila diri ini melihat pada jam dinding yang terpampang kat depan muka ni aduh! hilang semua kegembiraan tentang internet ni, bukan apa... tidur tu penting beb! aku paling tak suka kalau tak cukup tidur... lagipun seperti yang korang tahu? kat sabah ni kan masanya lebih awal berbanding semenanjung, so waktu subuh kitaorang lebih awal dalam 4:30AM begitu dah azan kat sini. Tadi aku sempat update twitter kononnya nak minta tips kat kawan-kawan petua nak bagi mengantuk ni... nak tahu apa tips yang diaorang bagi? "hantuk kepala kat dinding sampai pengsan" hahaha! kalau buat macam tu rasanya bukan setakat tidur terus masuk ICU kot? hahaha! oklah macam dah berat-berat sikit kelopak mata ni so happy blogging semua.



p/s : krohhh!!! krohhh!!!

5 Komen:

mohdridzwan said...

hahaha...have a sweet dream bro...sempat jgk buat entry dlm keadaan mcm ni...tabik spring utk ko!

Anonymous said...

haha.. kalau deqja tdo jugak. mean paksa diri deqja utk tido.. tak buleh jugak peluk bantai peluk yang wangi tu. kompem ke london . haha

Unknown said...

Tahniah.. blog anda dah di add ke dalam BELOG.KEGEMARAN saya

el said...

el pun kdg2 ada jugak mslh ssh tido..so ape lagi bw je lah hahaha..tp tulah kita yg keje ni perlu cukup tido..nti menganggu kerja kita pulak..

nti dah ada anak..mmg x cukup tido krole woiii..hahah biasa2 kan lah no

krole said...

mohdridzwan : huhuhu...burink bro~thanks yew~

deqja : hahaha! tak dpt krole camtu wak~

Meiza : thanks wak yewah!

el : insyallah el..krole akan bersedia~