Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua rakan-rakan blogger diluar sana, ok hari ini krole nak cerita perihal solat pula, tapi sebelum itu krole nak mohon maaf kepada semua kerana bukannya niat ini nak tunjuk pandai atau memandai-mandai cuma tiba-tiba terdetik dihati nak ingat-meningati sesama kita agar kita sentiasa ingat bahawa hidup ini hanya sementara... sekelip mata kita boleh meninggalkannya kan? solat ni merupakan rukun islam yang kedua dan wajib dilaksanakan bagi yang mampu, tapi serius beb! kala ini solat seperti menjadi benda yang bermusim hm... maksud krole bila hati nak laksanakan mereka buat... tapi bila tak mereka tak buat, walhal penuh dalam al-quran dalil-dalil yang sahih berkenaan solat ni, dimana dosa kalau meninggalkannya dan pahala sekira mengerjakannya. Cuma krole tak nak ulas panjang bab ni? sebab rasanya korang lebih tahu berbanding krole (tak cukup lagi ilmu di dada). Kalau difikirkan... kita boleh habiskan masa berjam-jam bermain, bershopping, bersukan, beriadah, dan banyak lagilah ber! tapi untuk meluangkan masa hm... rasanya tak sampai 10 minit untuk solat ni, amat susah sekali kan? Betul kata ayah... solat ini mudah tapi amat susah hendak dilaksanakan sekiranya kurang pendedahan tentang agama.
Masa kini sekiranya orang kita tengah lost atau emosi mereka lebih suka meluahkannya di facebook, twitter, youtube dan banyak lagi laman sesawang interaksi yang ada diluar sana, walhal kita ada Allah SWT untuk tempat mengadu dan memohon petunjuk, padahal senang saja... ambil wuduk, tebar sejadah, solat dan berdoa kepadaNya. Tapi orang masa kini lebih gemar buat benda yang macam krole kata tadi aduh! kadang-kadang tu hingga dia memalukan dirinya sendiri... Ingat! solat itu tiang agama so jagalah ia sebaiknya kerana dengan solat kita dapat menjauhkan diri ini daripada perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah SWT. Ohya! baru krole teringat! ini juga untuk peringatan kita bersama ya... kalau pergi ke masjid tu tak kira bila matikanlah telefon atau silentkan, bukan apa, tadi waktu krole tengah solat jumaat pergh! tiba-tiba bacaan imam dilawan oleh bunyi nada dering daripada telefon seorang hamba Allah yang tak dapat nak dikenalpasti, aduh! bunyi memang kuat tahap gaban! nasib baiklah nada deringnya singkat dan lagunya sentimental, cuba korang bayangkan kalau nada deringnya lagu-lagu keras macam SOAD, SLIPKNOTE, LINKINPARK... pergh! malu beb! malu dengan Allah SWT. Oklah sebenarnya kejap lagi krole nak bawa Mrs. krole pergi emergency nak pergi cek darah so happy blogging semua.
p/s : solat itu wajib~
15 Komen:
setuju!smlm sy pg solat jap kt masjid ms lunch break,imam siap pesan tlg silentkan hp msg2 ^^
emm betul2 sokong bab ni masing2 kena alert la kan, fon sendiri :)
*solat ni mudah tp jangan mudh2kan.
*solat ni ringan bg yg beriman, tp berat bagi yg kurg iman ^^
pasal bunyi handset ni mmg hana xsuka. kalau boleh hana nak ambik hanset dia kemdian pijak2.huhu sabar2
Allah dah berulang2 cakap dalam al-Quran, apa-apa berlaku kembalilah kepada-Nya.. tapi tulah manusia akhir zaman..
terbaiklah entri ni!
(^___^)b
kata2 krole tu buat el teringat kata2 ustaz azhar idrus.."org skun ada mslh jek..mengadu kat fb..kt twitter..mengadulah pada Allah kerna dia Maha Mengetahui"..
mmg benar ckp uai tu mmg septtnya umat islam buat mcm tu tp tulah kdg2 biasalah manusia ni terlepas pandang dan penuh emosi..bila tesilap langkah baru sedar
el dulu ada wat mcm tu..tp skun xbuat dah hahah sedar diri..skun ngaadu kat Dia hehe
assalam,satu perkongsian yang hebat...t kasih..
memang pun... satu perkongsian yang bagus ni. saling ingat-mengingati...
mia pun silentkan handphone...
kadang2 orang yang solat pun macam jadi adat je. setakat nak lepas waktu bkn betul2 mghayati erti solat krn AllAH. kita x kan dpt apape. akhirnya, solat kita yg x ikhlas dn trpaksa tu akn dilemprkn ke muka kita semuala di depn ALLAH nnti. nauzubillah..~
umpama rumah tiada bertiang..begitulah andai kita abaikan solat..di mana segala perhiasan hndak digantungkan..selain itu setiap orang harus peka pada ringtone..terutama yang ada menyebut kalimah Allah dan NAbi kita kerana kita tidak jangka bila2 masa saja orang boleh call kita..andai ketika itu kita sedang berada di dalam tandas..berdosanya kita..masyaAllah..
Terlupa nak silentkan la tu..pergi solat Jumaat pn bwk hp lg dlm poket
sis aleasara : huhuhu benda tu mcm besa da kan wak~
mar : sgt stuju mar...besa r tu manusia kala ini~
hana : huhuhu sabar wak yew...ngee~bek hanset tu amik bg krole hahahah!
siti safiyyah : huhuhu thanks yew wak..mai la lagi ngee~
el : pergh! serius el..ni merupakan komen ko paling panjang hahaha! bgui r kalo da berubah hahaha~
BUNDA : huhuhu thaks yew...mai la selalu~
Mia liana : huhuhu krole pon silentkan hanset ngeee~
shakira : huhu amat stuju wak~ thanks yew..ingat mengingati sesama kta ya~
perdu cinta : amat stuju sal ringtones tu wak..kena berjaga2 jgk..takut jd cam situasi tu...percuma dpt dosa~
Mieza : tu r wak..nak bgitau kat dunia dia ada smart phone kot~
Post a Comment