Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya hari ini majlis sambutan maulidur rasul peringkat kampung krole berjalan dengan lancar. Korang nak tahu? disebabkan krole dan kawan-kawan kat sini terlampau semangat, kita orang merupakan insan yang pertama tiba di tapak lokasi majlis tersebut hahaha! rasanya waktu tu jam 6:40 pagi kot? "adoi...! tu lah... aku dah kata... awal lagi ni!" hihihi suara sumbang dari sahabat yang tak perlu krole dedahkan identitinya disini. Bila masa semakin beranjak ke hadapan alhamdulillah satu-satu kelibat manusia krole nampak tiba di lokasi majlis sambutan maulidur rasul ni. Ada yang datang berkereta... ada yang datang bermotorsikal... dan ada juga yang datang berjalan kaki sahaja, semua hadir dengan tujuan yang sama iaitu menyambut sambutan kelahiran baginda Rasulullah saw pada 12 rabiul awal tahun gajah. Wuah! formalnya aku berkata-kata seperti ayat yang dicopy paste dari blog orang lain kan? hahaha! taklah! ayat sendiri tu... kalau ada sama pun, mungkin kebetulan kot?.
Dipendekkan cerita... kita orang berarak dari lokasi tadi ke masjid kat kampung krole ni, hm... rasanya jauh juga kita orang berarak tadi, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Banyak juga program-program yang disediakan oleh penganjur tetapi program yang amat krole suka sekali adalah ceramah mengenai sambutan maulidur rasul ni. Pergh! waktu tu memang krole fokus 101% kepada penceramah yang dijemput khas untuk program maulidur rasul kat kampung krole ni, cara beliau berceramah memang santai hinggakan anak muda yang ada semuanya mengambil perhatian dengan apa yang disampaikannya. Susah beb! nak tarik minat golongan muda a.k.a remaja ni untuk dengar ceramah-ceramah ni, tapi terus terang krole kata penceramah tadi memang terbaik! lagi seronok apabila beliau menghuraikan maksud tema sambutan maulidur rasul tahun ini iaitu "wasathiyah tonggak kesatuan ummah" pergh! barulah diri ini tahu maksudnya adalah bersederhana dalam tiap apa yang kita buat di dunia ini, simple saja kan? tapi maksudnya amat mendalam... Oklah... sebenarnya krole tak berapa sihat ni so happy blogging semua.
p/s : wasathiyah tonggak kesatuan ummah
12 Komen:
ceramah kalau santai memang syok..and boleh fokus..
kalau ceramah tak straight , mmg blh tarik anak muda..
like UAI ~ kannn
yg penting penghayatan
semoga rasa cinta kasih dan rindu kita pada Rasulullah tetap utuh dan teguh di hati..syafaat baginda kita sentiasa harapkan dan moga lidah dan hati kita tidak kering dari terus berselawat kepada baginda Rasulullah SAW..
teringin nak join...tapi kat Perlis ni macam tak dibuat macam ni. Takda inisiatif.
dalam menghayati pengorbanan baginda sehingga kita dapat merasai nikmat islam dan iman dalam hati..
^^
sekarang ni ceramah agama mesti menarik.baru orang nak tengok lagi2 anak muda.
visit me
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/10/kemana-duit-rakus-menghilang.html
best kan best kan :))
weeee .
Syukur. blog blog jugak, sambut Maulidur Rasul tidak dilupakan.
bagus sungguh krole n the gang ! hehe :D
wah , semangat uh yang kita nak :P
hehehe ~ CP tgk sekarang , ustaz bagi ceramah dahmakin berstail ...
cayalah..tabik springggg~
mas hari tuh tengah hari berkumpul satu keluarga wat makan2..
Post a Comment