Thursday, January 31, 2013

Manisnya Mulut

Manis betul mulut aku ni... baru saja aku buat entri tentang benda yang amat blogger takuti iaitu salah satunya ketiadaan isyarat internet... hah! belum baca lagi, ok-ok jangan risau klik sini... dan korang bacalah puas-puas ya. Benda ni bagi krole seperti permintaan menjadi kenyataan pula, hahaha! mana taknya krole kat begitu... baru juga sebut-sebut pasal benda tak ada internet ni, tiba-tiba semalam waktu krole nak update entri pergh! geram beb! bila ternampak icon internet (wifi) berpangkah, argh! kenapa pula jadi macam ni? nak kata krole tak bayar bil internet hurm... rasanya haritu krole bayar awal dua hari dari tempoh yang tertera di bil. Aduh! kalau benda ni terjadi waktu siang tak apa... krole boleh terus start kereta pergi cawangan TM kat pekan, tapi ni waktu malam pula dia buat hal... aduh! tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan waktu tu, dahlah waktu tu idea nak buat entri melimpah-limpah huh! terus teringat pesan sahabat-sahabat blogger di entri sebelum ni, kalau jadi benda macam ni terus cari alternatif lain seperti tulis kat buku atau taip kat handphone idea tu.

Set! semua tu krole dah simpan kat dalam handphone tersayang hihihi! selamat idea aku... harap-haraplah handphone tak buat hal, kalau tak... ups! minta jauh-jauhlah... takut jadi realiti pula hahaha! so semalam alhamdulillah walaupun tak ada internet aku dapat mengharunginya jua, amboi... bunyi macam tak boleh hidup tanpa internet pula, hahaha! tegarnya diriku ini. So semalam dengan masa yang terluang krole penuhi dengan membaca buku-buku yang beralaskan habuk di rak buku krole, wuah! seronok juga sebab banyak buku-buku lama krole jumpa... dan idea untuk update blog pun makin banyak, kalau korang nak tahu? kena tunggu entri krole lepas-lepas ni ya? dan semalam yang seronoknya krole dapat masakkan makan malam untuk Mrs. krole, tapi menu tak adalah special sangat! hanya menu masakkan bujang yang pernah krole belajar satu ketika dahulu, alhamdulillah Mrs. krole suka dan berselera makan semalam, alangkah gembiranya hati ini waktu tu. Oklah krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua~


p/s : internet oh internet~

Tuesday, January 29, 2013

3 Perkara Yang Blogger Takut

Ok hari ini aku nak cerita sikit tentang perkara-perkara yang boleh menakutkan mana-mana insan yang bergelar blogger di dunia ini. Sebelum apa-apa krole nak beritahu ya, entri ini bukannya dibuat melalui kajian atau kaji selidik yang terperinci ke atas setiap blogger di tanah air dan di luar air ya... entri ini hanyalah melalui padangan dari sudut aku sendiri yang bergelar seorang blogger juga. Ok cut the crap... kita berbalik kepada topik sebenar hari ini, dalam banyak-banyak perkara didalam dunia ini... perkara pertama yang amat ditakuti oleh blogger ialah "komputer atau komputer riba mereka rosak". Selalunya bila rosak pergh! waktu itu jugalah idea datang mencurah-curah tapi... nak taip tak boleh dalam erti lain, nak kongsi dengan dunia tak boleh argh! mulalah membelek-belek buku bank cek duit simpanan bukan apa... kalau hantar kat kedai ni faham-fahamlah? mahal beb!.

Ok... perkara kedua pula ialah "isyarat internet tak ada"... argh! benda ni sering terjadi kepada diriku... waktu seronok menaip entri tiba-tiba waktu tekan butang publish tak ada respond argh! habis! segala karya yang ditaip tadi hilang begitu saja, waktu tu terasa macam nak bagi tendangan padu maut saja kat laptop ni... tapi tak tendang pun... bukan apa... kalau tendang takut jadi macam perkara pertama tadi hihihi. So terpaksalah bersabar dan menjerit sekuat-kuat hati di dalam hati (jeritan batin). Boleh kata isyarat internet ni teramatlah penting kepada semua blogger, sebab tanpa isyarat internet ni nak kongsi cerita macam mana?. Ada cara lainkah?.

Dan kita beralih pula kepada perkara yang terakhir iaitu perkara yang ketiga yang blogger-blogger takut sangat ni? ok... perkara ketiga ialah "tiada idea" atau "kehabisan idea" untuk update entri. Pergh! kalau benda ni terjadi kepada diri anda, krole pasti... confirm korang akan duduk berjam-jam didepan laptop anda kan? hahaha! jangan terkejut... bukannya krole ni psikik... cuma benda ni dah selalu krole rasa hahaha! pergh! kadang-kadang tu sampai macam nak berasap kepala ni memikir entri apa yang hendak dibuat. Walaupun laptop anda ok, isyarat internet anda ok, tapi kalau tak ada idea...? sama juga kan pentingnya benda idea ni kan? huhuhu. Oklah sebenarnya krole ada kerja lagi ni, so happy blogging semua.



p/s : takutnya....

Monday, January 28, 2013

Kerja Separuh Masa

Aduh! letihnya! aduh! sakitnya! eh? macam boleh buat lirik lagu saja ni? hahaha! hari ini aku nak beritahu kepada seluruh dunia (amboi) yang kini aku mempunyai kerja part-time atau melayunya kerja separuh masa. Sebenarnya minggu lalu krole sibuk mencari kerja separuh masa itu pun setelah berbincang dengan Mrs. krole. Bukan apa... kan tak lama lagi Mrs. krole nak due, so teringin juga nak tambah perbelanjaan  sebagai persediaan nanti. Hurm... macam-macam tempat krole pergi bertanyakan kerja... pergi restoranlah, pergi stesen minyaklah, pergi kedai serbanekalah... tapi semuanya kata "kat sini tak ada jawatan kosong untuk separuh masa". Kalau ikutkan hati macam nak putus asa saja mencari waktu tu, tapi... bila terkenangkan Mrs. krole dan baby dalam kandungan hurm... ku teruskan jua pencarian. Last sekali... waktu krole nak pulang ke rumah, krole ternampak ada satu carwash ni macam baru buka. So apa lagi... tebalkan muka dan terus bertanya kat sana.

Alhamdulillah mungkin dah rezeki krole kan? waktu bertanya tu terus taukey carwash tu terima... dia kata krole boleh datang bila-bila masa ke sana dan gaji dibayar secara komisyen mengikut jumlah kereta yang krole cuci. So sabtu dan ahad minggu lalu sepanjang hari krole kat sana, rupa-rupanya letih juga kerja basuh kereta ni kan? bukan apa... sekali kereta masuk nak 10 buah pergh! pekerja pun hanya 4 orang dan rasanya krole paling tua aduh! macam nak tercabut tulang belakang krole ni. Tapi tak apa... janji dapat tambah duit belanja untuk baby nanti. Kiranya krole nak update blog semalam... tapi serius beb! memang aku tak larat! lepas mandi, solat dan makan terus krole buat terjunan gaya bebas ke atas katil hahaha! letih beb! Mrs. krole ada juga pesan supaya jangan paksa diri tapi... hm... rasanya diri ni boleh tahan lagi kot? lagipun secara tidak langsung krole dapat tambahkan pengalaman lagi dalam hidup ini, manalah tahu kan? sekarang berkerja kat carwash? esok lusa jadi taukey carwash kan? hahaha! tak salah berangan asalkan disertakan dengan usaha dan doa. Oklah nak rehat kejap ni happy blogging semua.



p/s : sakit badan~

Saturday, January 26, 2013

Aku Tak Nak

Pada zaman dahulu... eh? apa aku melalut ni? ok hari ini dalam sejarah tiba-tiba buat pertama kalinya aku terasa diri ini seperti artis yang seiring dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Aaron Aziz tu. Nak tau kenapa? hari ini ada tetamu datang ke rumah krole bertanyakan tentang blog krole ni? pergh! dalam hati krole ni bersorak riang waktu tu "hm... mesti diaorang nak minta tandatangan aku ni...hihihi", boleh kata tetamu yang datang pagi tadi adalah pakcik krole, hairan juga krole? macam mana diaorang tahu akan kewujudan blog ku yang tak berapa nak popular ni? hm... setelah panjang bercerita, oh! rupa-rupanya diaorang tahu melalui laman sesawang muka buku sebab kat sana krole ada buat page khas blog ni. Tapi yang tak bestnya kedatangan diaorang ni bukan nak tandatangan aku pun? rupa-rupanya bukan saja ada udang disebalik batu siap ada sotong, ketam, ikan, dan segala-galanya yang tergolong dalam golongan seafood. Boleh kata... pakcik krole yang datang tadi jenis yang kuat berpolitik, so tujuan diaorang datang ke rumah tadi sebenarnya nak pujuk krole agar membuat beberapa entri berunsurkan politik, 

Kira niat diaorang ni nak krole ceritakan keburukkan parti lawan merekalah! aduh! waktu tu juga krole katakan tak nak kepada diaorang... bukan apa... blog krole ni blog peribadi so faham-fahamlah kan bila krole kata blog peribadi. Tapi... diaorang ni macam lambat sikit nak loading sebab krole dah kata tak boleh tapi diaorang masih juga cuba pujuk rayu krole dengan pelbagai cara contohnya kalau krole buat satu entri berunsurkan politik mengunakan point-point yang mereka bagi... mereka ni akan beri saguhati berupa fulus kepada krole aduh! sampai begitu sekali... namun krole tetap dengan pendirian krole... TAK NAK! akhirnya setelah sejam duduk bersama diaorang tadi, mereka mengalah, tapi yang tak bestnya masing-masing tarik muka depan krole, macam muka kanak-kanak merajuk tak dapat gula-gula tu! hm... tak apalah kan?. Bukan apalah kan... bab politik ni krole kurang sikit, nak kata tak minat... tak juga, nak kata minat... tak juga... kira krole ni kat tengah-tengahlah hihihi. Oklah malas krole nak cerita panjang pasal ni, so happy blogging semua.



p/s : no means tidak!

Friday, January 25, 2013

Bisanya Bau Itu

Kentut! euw! rasanya begitulah reaksi orang ramai bila terdengar atau terhidu benda kentut ni. Kalau nak diikutkan benda ni tak perlu kita nak geli-geli atau benci sebab dah lumrah manusia, sekali-sekala kita akan kentut juga kan? cuma... kalau boleh carilah tempat sesuai nak melepaskan benda tu kan? sempatkah nak cari tempat yang sesuai? hm... boleh dijadikan topik perbincangan ni? hahaha! kentut ni bagi krole terbahagi kepada dua iaitu kentut tak berbau dan kentut yang berbau, kentut tak berbau ni ok... sebab kat mana-mana saja korang boleh lepaskan dan orang sekeliling tak akan perasan kecuali mereka ada penglihatan night vision yang boleh mengesan haba hahaha!. Kentut yang tak bestnya ni bila kentut tu berbau yang sangat bisa, kiranya bila ada orang terhidu confirm bulu hidungnya akan menjadi kerinting hahaha! aduh! gara-gara huraian ni mesti orang mark aku jadi profesor kentut lepas ni. Ok sebenarnya ada benda yang krole nak cerita berkenaan kentut ni, ingat suka-sukakah?. Tadi krole bawa Mrs. krole makan kat gerai rojak di pekan kitaorang iaitu pekan beaufort. 
Pergh! rojak kat sana memang terbaik! senang cerita boleh buat kening ternaik kalau makan kat situ hihihi. Tapi kitaorang tak pesan rojak pun, Mrs. krole mengidam makan mee goreng manakala diriku hanya nasi campur.Tengah kitaorang sedap-sedap makan tadi aduh! tiba-tiba krole terhidu satu haruman yang memang boleh memutuskan selera sesiapa saja yang menghidunya. Pergh! memang tak tahan waktu tu argh! siapa yang kentut ni, jerit krole dalam hati... bukan apa takut kalau krole jerit betul-betul orang sekeliling fikir krole yang kentut dan saja buat begitu untuk cover. Mrs. krole pula dah meletakkan sudunya, macam tak ada selera nak makan, asyik tengok kiri dan kanan, dahlah gerai makan tu tak ada kipas dan angin yang selalunya kuat kat sana entah kenapa tiba-tiba hilang, pergh! nak 30 saat juga krole menutup hidung tadi dan yang tak bestnya terasa macam orang sekeliling asyik tenung krole saja, dah entahlah tiba-tiba macam krole boleh baca isi hati diaorang "mesti dia yang kentut ni" argh! bukan akulah!. Moral of the story, jangan kentut di gerai makan yang tak ada kipas, kalau tak berbau tak apa... kalau berbau? hihihi, oklah panjang dah aku merepek ni, happy blogging semua.



p/s : pooootttt...!!!

Thursday, January 24, 2013

Kereta Kena Langgar

Aduh! bila tengok gambar diatas tu hatiku menjadi panas mengalahkan kepanasan belakang peti sejuk yang ada di rumah krole ni argh! kalau boleh hendak saja diri ini pergi ke tepi pantai dan menjerit sepuas hati hingga anak tekak ni terkeluar dari tempatnya? pagi tadi krole dan Mrs. krole pergi berjalan-jalan di pekan, kiranya nak melihat perarakan sambutan maulidur rasul yang diadakan pada hari ini. Mula-mula semuanya berjalan dengan lancar, seronok sangat bila lihat perarakan waktu tu pergh! memang ramai hinggakan ada beberapa jalan terpaksa ditutup oleh encik polis bagi mengelakkan bertambahnya kesesakan lalu lintas yang rasanya tak pernah berlaku kat pekan beaufort tempat krole ni. Tapi syukur, mungkin dah rezeki krole kan? waktu sampai tu terus dapat tempat parkir pergh! memang gembira tahap gaban dah waktu tu. Tiba-tiba belum sempat krole keluar dari kereta BAM!!!, pergh! memang terkejut gila krole waktu tu. Sepantas kilat terus krole lihat cermin sisi, pergh! macam nak terbakar jiwa ini bila nampak lips sebelah kanan kereta krole pecah dan bertaburan kat jalan raya, aduh! ini boleh buat hati aku panas! dah kita baik punya parkir tiba-tiba boleh pula kena langgar dengan kereta lain? tak tahu mana silapnya? setelah memastikan Mrs. krole tak apa-apa (cuma terkejut sikit).

Cepat-cepat krole turun dari kereta dan menghadap empunya kereta yang melanggar krole tadi, pergh! dalam hati ni macam nak terus bagi terajang maut saja kat orang tu, tapi... bila tengok empunya kereta tu turun dari keretanya aduh! rupa-rupanya empunya kereta tu dah berumur orangnya dan melalui permerhatian krole, mungkin umur beliau ni dalam lingkungan 70-an kot? belum sempat krole bercakap, atuk tadi terus meminta maaf kepada krole dan terus memberitahu yang dia sedia membayar ganti... berapa saja yang krole nak. Dalam hati ada juga terdetik "baik aku minta satu juta hahaha!" tapi tak adalah sampai begitu sekali, so krole beritahu saja kat atuk tu agar ikut krole ke bengkel berhampiran dan disana baru kita akan tahu berapa kos baik pulih kerosakkan kereta krole tadi. Dipendekkan cerita, kereta krole terpaksa bermalam kat bengkel tu malam ni, esok barulah krole boleh ambil. Alhamdulillah atuk tadi dah tolong bayar semua kos... sebelum dia beredar tadi dia meminta maaf sekali lagi dan siap beri nombor telefonnya kepada krole... katanya "manalah tahu ada apa-apa masalah, telefon saja... manalah tahu atuk boleh tolong" pergh! setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya kan. Oklah salam maulidur rasul dan happy blogging semua.



p/s : tak sabar nak ambil kereta esok~

Wednesday, January 23, 2013

Sedih Bila Tengok

Ok! sebelum apa-apa terjadi, krole nak beritahu kepada semua yang orang-orang didalam gambar ni tidak ada kaitan langsung dengan cerita yang krole nak kongsi dengan korang kejap lagi. Ia hanyalah sebagai hiasan semata-semata (ambil kat google). Nanti tak pasal-pasal aku kena saman pula dengan mereka-mereka ni hihihi oklah! nak cerita ni... hari ini krole bawa Mrs. krole makan kat luar tapi... tak adalah pergi ke tempat-tempat istimewa macam restoran 100 bintang tu! kitaorang pergi makan kat restoran biasa yang tak berbintang saja. Dipendekkan cerita, waktu kitaorang nak keluar dari restoran tu tiba-tiba ada satu mamat ni terlanggar krole pergh! nak terlambung juga krole waktu tu. Cepat-cepat krole pusingkan badan kerana nak tengok siapa yang berani sangat melanggar jejaka idaman malaya ni (ok anda boleh muntah sekarang). Pergh! terkejut babun krole waktu tu, rupa-rupanya orang yang langgar krole ni jenis yang tersalah identiti atau kasarnya pondan.

"Hei! apa ni!" katanya, aduh! aku yang kena langgar... aku pula yang kena marah! dahlah suara dia boleh dengar satu pekan waktu tu. "Em... sorry ya, tak nampak tadi" Mrs. krole senyum lebar dah kat tepi. Pondan tadi dengan muka bengis terus membuat pusingan ala-ala model dan terus beredar pergi. Waktu tu krole siap nampak lagi ada dua tiga orang pakcik bergurau dengan pondan tadi (pelik selera pakcik ni?), bila ternampak benda macam ni pergh! serius beb! sedih krole tengok, runtuhnya akhlak orang kita hingga agama dibelakangkan. Bila ditanya kenapa jadi macam ni mesti diaorang-diaorang ni akan jawap " naluri kami dah macam ni, nak buat macam mana?" aduh! tak takutkah dengan laknat Allah S.W.T, nak tunggu langit runtuh baru nak berubahkah? aduh! krole sentiasa doakan agar orang-orang yang macam ni akan dibukakan hatinya untuk pulang semula ke jalan yang benar, dan nasihat krole kalau nampak orang macam ni, janganlah hina mereka, kalau boleh pimpinlah mereka. Oklah malas nak bebel panjang, happy blogging semua.



p/s : maaf sekiranya ada bahasa-bahasa kasar dalam entri ni~

Tuesday, January 22, 2013

Suami Yang Mengidam

Tolong jangan rasa pelik dengan tajuk kat atas tu? suami yang mengidam? adakah benda macam ni wujud? ya! hari ini aku nak kongsi sedikit cerita pengalaman yang telah aku rasai sendiri semasa Mrs. krole mengandung ni. Ok selalunya bab mengidam ni sering dikaitkan dengan wanita a.k.a isteri a.k.a wife kan? tapi tak tahulah... lain pula situasinya dengan kitaorang, tengok Mrs. krole slumber saja, tapi krole ni pergh! asyik mengidam benda yang bukan-bukan contohnya seperti ayam pangganglah? macam tak hairan kan kalau baca? aku mengidam ayam panggang ni waktu tengah-tengah malam pergh! nak cari kat mana benda tu malam-malam buta? perasaan mengidam ni bermula waktu kandungan dah masuk 3 bulan pergh! waktu tu serius beb! macam-macam krole nak, air kelapa pandanlah! murtabak sayurlah! ikan bakarlah! aduh! pelik juga kan? walhal Mrs. krole relak saja.

Bab! muntah tak payahlah krole nak cerita panjang pergh! muntah memanjang... nak kata makan tak ikut time tak juga? nak kata perut masuk angin tak juga? nak kata... ada gastrik tak juga? sampai Mrs. krole pun hairan waktu tu, "aik kenapa abang pula yang lebih-lebih mengidam dan muntah-muntah ni ya?" katanya. Mungkin ini salah satu cara Allah s.w.t nak bagi rasa kat krole apa yang Mrs. krole ni rasa kan? kan dah lumrah wanita terutamanya yang bergelar isteri akan sentiasa mengadu apa-apa saja masalah kat suami mereka kan? kadang-kadang tu ada jenis suami yang tak berapa nak layan... ada pula siap tengking isteri sebab terlampau serabut dek masalah yang diceritakan oleh isterinya? aduh! ada juga macam ni kan? tapi sebenarnya kalau difikirkan dunia isteri ni adalah suaminya, tak kanlah dia nak mengadu kat orang lain pula kan? aik? macam terkeluar tajuk pula. Pesanan krole kepada setiap suami di dunia yang isterinya mengandung, kalau mereka mengidam cubalah tunaikan dan kalau mereka mengadu sakit-sakit , layanlah mereka sebaik-baiknya. Oklah tak tahu nak cerita apa lagi so happy blogging semua.



p/s : yang...!!! nak ikan bakar!!!

Sunday, January 20, 2013

Stress Itu Tekanan

Stess itu tekanan... Aduh! belum mula lagi taip entri ni rasa macam tekanan pula krole hahaha! terlebih sudah. Ok-ok straight to the point, kalau ditanya kepada semua hm... mesti ramai yang tak suka benda stress... stress ni kan? tapi dah lumrah kehidupan, macam mana kita cuba sehabis baik pun mesti sekali sekala kita akan rasa stress juga. Tak kiralah stress terhadap diri disebabkan jerawat tumbuh bertingkat-tingkat kat hidungkah, stress terhadap kerja kerana terpaksa menghadap  file yang berlambak kat atas meja kerja setiap hari, stress terhadap sekolah kerana kerja sekolah tak pandai nak habis-habis, stress kat jiran sebelah sebab dia baru beli peti sejuk baru tapi habis satu kampung dia bagitahu hahaha! kesimpulannya hidup kita tak akan sempurna tanpa stress ni. Kalau langsung tak stress? pergh! confirm aku bagi tabik spring pada orang tu, sebab dia dah layak masuk tanjung rambutan hihihi (jangan marah ya). Bohonglah kalau ada orang di dunia ini mengaku yang dia tak pernah stress dalam hidup kan? 

Yang penting cara kita menangani stress ni? macam sesetengah warga kota raya, bila stress saja confirm diaorang akan ambil cuti bagi yang kerja dan terus balik kampung, kerana kat kampung tenang dan udaranya nyaman katanya, dan ada juga segelintir tu akan buat perkara-perkara yang diaorang suka, senang cerita hobilah kan. Ada yang lepak-lepak kat taman, berjogging, mandi manda kat pantai, dan memancing dimana-mana kolam ikan yang ada di bandar tu. Lain pula cerita dengan orang diluar bandar, bila tekanan saja confirm bandarayalah hala tuju mereka, pergi membeli-belahlah, pergi lepak kat tepi lapangan terbanglah sebab boleh tengok kapal terbang mendarat atau berlepas (huh! boleh hilang stresskah macam tu?). Macam aku pergh! stress ni macam dah jadi kawan baik aku sekarangni... tapi macam orang lain juga aku ada cara aku sendiri, macam aku ni... aku lebih kepada bersendiri ketika stress dan aktiviti aku pula, edit gambar hihihi... nak kata handal tu hm... tak juga, tapi bolehlah. Seronok edit gambar ni, macam sekarangni aku asyik edit gambar Mrs. krole saja, contohnya kat atas tu. Macam mana ok tak? sejuk mata memandang, hilang semua stress krole. Oklah sebenarnya nak kongsi ini saja, happy blogging semua.



p/s : jangan stress-stress~

Friday, January 18, 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com

Tengok tajuk saja mesti korang dah tahu krole nak cerita apa kan? ya! setelah sekian lama aku memendamkan diri daripada bersegmen kini... hari ini aku akan join sebuah segmen yang dianjurkan oleh sahabat krole iaitu blogger puteri kasih atau korang boleh panggil puteri kayangan atau puteri gunung ledang atau puteri yang kat TV3 dulu tu hm... "yang penting enjoy" hahaha! ok sudah! bab nama samaran yang lain tu krole bergurau saja, panggil saja beliau puteri kasih ya (wak jangan marah ya). Selama ini aku hanya melihat kawan-kawan bersegmen dan menang! hadiah topuplah! hadiah baranganlah! hadiah telefon bimbitlah! argh! aku pun nak juga cuma... belum jumpa lagi segmen yang berkenan dihati nuraniku ini, bab hadiah tu memang mantaplah cuma tak berkenan, tapi giveaway dari puteri kasih ni lain sikit sebab tak banyak syarat yang ditetapkan (mudah nak join), dan hadiahnya hm... malas nak cerita korang cuba tengok sendiri disini klik sini. Tapi serius beb! jangan pula korang pengsan kerana terkejut dengan kehebatan hadiah-hadiah GA beliau ya.

Bagi yang belum mengenali blog puteri kasih, hah! cuba tengok gambar diatas tu? ya itulah blog puteri kasih, kepada peminat warna purple anda amat digalakan berkenalan dengan beliau ya. Dari blog pun kita boleh tahu yang empunya ni berhati lembut sebab warna yang digunakan didalam blog beliau kebanyakkannya warna-warna yang lembut, senang cerita sedap mata memandang dan susunan gadget-gadgetnya pun menarik, kalau korang tak percaya klik sini dan anda nilailah sendiri. Eh? macam dah melalut jauh aku ni so bagi menyempurnakan syarat-syarat GA ini krole akan tag seorang sahabat blogger iaitu Caliph... Bro! jangan tak join pula ya hihihi.

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia


p/s : jom meriahkan GA ni~

Thursday, January 17, 2013

Komputer Ribaku Dibedah

Aduh! pening betul kepala ni bila benda yang penting macam komputer riba atau lebih senang dipanggil laptop ni buat hal! bila benda ni meragam pergh! semua kerja terbantut!. Semalam tak tahu macam mana? tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba laptop kesayangan tak boleh hidup. Aduh! risau juga diri ini waktu tu, maklumlah kalau dianggar mengikut umur manusia hm... rasanya laptop krole ni mungkin dah mencecah umur 70-an kot. Walaupun rupanya kelihatan muda dan cergas disebabkan empunya yang sentiasa membersihkannya dengan penuh kasih sayang hihihi. Petang itu juga krole terus bawa laptop pergi ke kedai komputer berhampiran untuk dirawat. Waktu sampai kedai tu terus krole jumpa taukey kedai merangkap sahabat baik krole juga sebenarnya. Tanpa melengahkan masa, beliau terus mencari peralatan yang berkaitan dan terus menjalankan proses pembedahan express ke atas laptop krole, pergh! semua organ dalam laptop krole dia keluarkan, sampai naik seram diri ini melihat. 

Setelah selesai beliau menghampiri krole sambil bergeleng-geleng kepala pergh! risau beb waktu tu! dalam kepala krole ni "alamak! sudah! mesti dah rosak benda ni". Tapi rupa-rupanya laptop krole hanya dijangkiti kuman katanya "laptop kau ni penuh virus, so kita kena format dan install windows baru... itu saja". Pergh! lega hati ni bila dengar macam tu, lepas format saja terus sahabat krole tadi cadangan untuk install "Windows 8", aduh! bab ni yang krole tak berapa nak pasti? sebab diri ini dah sebati dengan "Windows 7" tapi akhirnya krole tewas dengan pujuk rayu beliau... maka laptop kesayang mendapat nyawa baru iaitu "Windows 8" pergh! baru dua hari krole guna terasa seronok pula kerana windows 8 ni ringkas dan senang digunakan, senang cerita mesra penggunalah katakan. Oklah banyak dah aku bercerita pasal laptop ni so happy blogging semua.



p/s : boleh berblogging semula yeah!

Tuesday, January 15, 2013

Rekaanku Diterima

Yeah! gembiranya rasa hati ini! sebenarnya bulan lalu Guru Besar tempat Mrs. krole mengajar meminta pertolongan dari krole untuk mereka cipta sebuah logo untuk sekolah mereka dan secara tidak langsung akan dijadikan lencana sekolah yang rasmi. Pergh! waktu tu memang krole tak berkeyakinan sikit pun, tapi disebabkan Mrs. krole suruh cuba... so krole cubalah. Ohya mesti korang hairan kan? macam mana pula tiba-tiba Guru Besar sekolah tu terfikir nak minta tolong dengan krole kan? begini ceritanya... sebenarnya Guru Besar sekolah tu rapat dengan Mrs. krole, kira sahabat baiklah katakan. Mrs. krole pun rapat dengan anak-anaknya yang merupakan anak murid Mrs. krole, kena pula anak Guru Besar tadi kuat main facebook... dan difacebook anak Guru Besar tadi add kita orang sebagai friends (krole dan Mrs. krole hanya guna satu akaun dalam muka buku).

Bila dah friends tu... secara tidak langsung semua gambar yang kita orang upload semua diaorang komen dan like, dan secara tidak langsung sekali lagi... banyak gambar-gambar yang krole edit dan upload difacebook diaorang nampak, dan secara tidak langsung lagi sekali mak mereka merangkap Guru Besar pun nampak, dan sekali lagi secara tidak langsung mak mereka tahu yang krole pandai edit gambar huh! aduh! letih pula... banyak betul secara tidak langsungnya ni. Dipendekkan cerita, krole reka satu logo untuk sekolah tu dan hantar kepada Guru Besar tersebut hm... nak sebulan juga tak dengar apa-apa cerita dari diaorang tapi tiba-tiba petang tadi waktu Mrs. krole balik dari sekolah, beliau kata yang rekaan krole dah disahkan oleh jabatan mereka dan akan dijadikan sebagai logo rasmi sekolah mereka pergh! macam krole nak lompat katak seratus kali depan Mrs. krole tadi hahaha! bestnya... tak sangka pula rekaanku diterima, rezeki yang tidak disangka-sangka, oklah happy blogging semua.


p/s : seronok tak terkata~

Monday, January 14, 2013

Belum Mampu Lagi

Sekarang ini... dimana-mana saja aku pergi mesti tak sah kalau tak tengok orang guna smartphone atau telefon pintar. Tak kira usianya muda atau tua aduh! semuanya guna telefon pintar yang canggih dan pintar tu? hihihi. Tambahan pula rekaannya amat menarik, dimana skrinnya besar dan mengunakan fungsi skrin sesentuh pergh! slide sana slide sinilah jawapannya. Apa! aku cemburu? ya! memang aku cemburu...! kena pula nampak budak kecil yang rasanya melalui pemerhatian krole hm... mungkin baru berumur dalam lingkungan 7 atau 8 tahun dah mengunakan benda canggih macam tu aduh! majunya orang kala ini. Aku saja yang ketinggalan hahaha! kalau ikut hati pergh! dah lama krole beli benda ni tapi... kalau ikut kemampuan hm... rasanya baik lagi duit yang krole ada ni krole beli benda-benda lain contohnya seperti barang dapur atau belanja Mrs. krole makan kat hotel sejuta bintang.

Krole memang dah tekad nak beli benda ni tapi tak tahulah bila nak tertunai hahaha! sabar sajalah jawapnya... guna apa yang ada, oleh kerana krole ni kreatif tahap dewa-dewa so hari ini krole berjaya mencipta telefon pintar krole sendiri hahaha! dan aku namakan produk yang hebat ini sebagai "SUMSANGKIA" hahaha! rasanya laku tak kalau dipasarkan dalam negara? pergh! semua fungsi ada. Ok manalah tahu ada yang berkenan dengan produk ni... korang hubungi saja krole melalui blog ni untuk proses pembelian (hahaha! macam betul pula). Oklah malas nak merepek panjang so happy blogging semua.



p/s : sapa yang sudi sedekah samsung s3 kat aku?

Sunday, January 13, 2013

Bersanding Seorang Diri

Sebenarnya cerita ini krole nak update semalam tapi... disebabkan beberapa faktor yang tak boleh nak ditepis terpaksalah krole tahan dulu entri ni, ok... sebenarnya semalam sahabat baik krole melangsungkan perkahwinannya yeah! tahniah! korang ingat tak imam muda Ali Khairuddin yang dari sabah tu? (program realiti imam muda) hah! kalau ingat... yang kahwin ni adik dia a.k.a sahabat karib dari kecil, disebabkan rumahnya tak jauh (berhadapan dengan rumah krole) so krole dan Mrs. krole jalan kaki saja pergi sana. Waktu dalam perjalanan tu sempat lagi ambil dua tiga biji gambar dengan Mrs. krole hihihi... tujuannya nak bagi korang semua cemburu! hahaha! mantap tak? tema kitaorang "hitam merah". 

Sampai saja dikenduri kahwin sahabat krole tu pergh! macam biasalah, lepas salam dengan penyambut tetamu terus pergi ke seksyen permakanan hahaha! memang terbaik hidangannya kerana kebanyakkan menunya terdiri daripada masakan kampung (terbaik!). Ohya! nak tengok rupa pengantinnya tak hah! tu yang kat atas tapi... terima kasih krole ucapkan kepada pakcik diatas kerana waktu aku nak snap gambar barulah kau muncul entah dari mana? cuma yang kasihannya sahabat krole bersanding seorang diri? ok-ok jangan terkejut babun ya? betul! semalam dia bersanding seorang diri, kerana isterinya tidak berapa sihat...? so dia bersanding di pelamin, isterinya bersanding di bilik? pelik kan? tapi bagi krole unik juga hahaha! tak pernah dibuat orang lagi. Apa-apa tahniah krole ucapkan dan moga isteri beliau cepat sembuh, ok happy blogging semua.


p/s : terbaik!

Friday, January 11, 2013

Aku Dikata Sombong

Aduh! pedih ulu hati aku kala ini, malam ni krole nak beri satu soalan cepu emas untuk sesiapa sahaja yang membaca entri krole ni ya. Soalannya berbunyi seperti ini, sekiranya orang itu kurang berblogwalking ke blog kawan-kawan adakah beliau seorang yang sombong? dan sekiranya korang berblogwalking ke blog seseorang ni dan siap tinggal jejak lagi tapi dia tak balas adakah dia juga dikategorikan sebagai insan yang sombong? serius beb! krole nak tahu sangat jawapan daripada korang?. Nak tahu kenapa krole tiba-tiba bertanya soalan macam ni? ok begini al-kisah ini bermula, petang tadi krole adalah online sekejap (waktu rehat) sempat juga krole jenguk dua tiga blog kawan-kawan dan mana yang entri menarik minat krole confirm krole akan komen. Tapi entah macam mana tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut ada seorang insan ni yang rasanya beliau baru mengenali blog buruk krole ni, kata krole sombong? "wei...! sombonglah kau ni!" aduh! serius beb! memang aku tak suka komen-komen macam ni, nasib baiklah dia komen kat shoutbox krole, so sepantas kilat krole padam, bukan apa tak best beb! bila ada komen macam tu.

Aku harap kau baca entri aku ni, ingat ya tak semestinya orang tu tak balas jejak kau dia sombong... cuba baik sangka sikit! mungkin dia sibukkah! dia tak perasan mesej kaukah! mungkin line internet dia lambatkah! ini terus kau nak mark orang tu sombong. Hm... ala... macam malas pula krole nak cerita pasal benda ni, sebab aku tak berapa suka buat entri marah-marah ni, cuma nasihat krole untuk semua dan diri krole sendiri... janganlah cepat betul kita menilai seseorang itu, cuba kenal dulu betul-betul, dan pasal blogwalking ni kalaulah orang tu tak nak balas sekalipun jejak korang janganlah nak marah-marah orang tu, tak baik macam tu. Berblog ni adalah platform dimana untuk kita berkarya dan berkongsi pendapat, info semasa, ilmu dan banyak lagi, blogwalking tu cuma bonus untuk menambahkan traffic, promote blog dan menambah kenalan. So persoalannya adakah aku sombong? hahaha! (pula dah). Oklah malas nak merepek pasal benda ni dan kepada individu tersebut "aku minta maaf kalau buat kau sakit hati, insyallah kalau ada kesempatan lagi... confirm aku akan terbang-terbang ke blog kau ya". So happy blogging semua.




p/s : jangan terlampau cepat menilai seseorang~

Hari Lahir Isteriku

Waktu bangun pagi tadi, terasa lain macam saja hari ini? macam ada yang tak kena... hm... lama juga krole termenung memikirkan apakah perkara yang melain macamkan hari ini? tiba-tiba ting! bila tengok kalendar hari ini owh hihihi rupa-rupanya hari ini hari lahir Mrs. krole. Patutlah krole tengok dari semalam senyum memanjang saja Mrs. krole ni hihihi. Bila ingat saja, sepantas kilat terus krole kata kepada Mrs. krole... "happy birthday sayang". Kiranya hari ini nak bawa Mrs. krole jalan-jalan... ala kiranya nak sabut birthday beliaulah hihihi. Tapi hajat krole tak kesampaian kerana Mrs. krole kerja hari ini, beliau kerja petang (guru), so dalam jam 5:30pm barulah beliau ada di rumah. 

Tapi tak apa... masa ni bolehlah krole guna untuk buat persiapan nak bagi kejutan pada Mrs. krole hihihi. Hm... nak beli hadiah apa pula kali ini? aha! krole dah tahu, tapi... tak nak beritahu kat korang hahaha! (ketawa jahat). Ohya! sila jangan cemburu dengan gambar kek kat atas tu ya? sebab gambar tu krole ambil kat google, tapi... rasanya nak pergi carilah kek pelangi macam tu, cantik dan menyelerakan pada mata yang memandang kan? Oklah krole nak out dulu, nak buat persiapan sikit so happy blogging semua.



p/s : selamat hari lahir sayang~

Wednesday, January 9, 2013

Aku Selesa Bersarong

Mula-mula sila abaikan gambar model kain sarong diatas ya, jangan tengok lama-lama nanti muntah hahaha! kalau nak dibandingkan dengan seluar hm... rasanya aku lebih minat dan selesa memakai benda yang dikenali dengan nama kain sarong atau kain sarung atau kain pelikat ni hihihi. Tak kiralah nak ke pusat membeli-belahkah, pergi restoran 10 bintangkah (amboi), atau kemana saja, kalau hati ini dah kata pakai kain sarong pergh! serius beb! memang bersaronglah krole jawapnya. Kadang-kadang lucu juga bila jalan-jalan bersarong ni? seperti menjadi tumpuan ramai pula...? ada yang sampai dua tiga kali pandang, mungkin kemachoan diri krole terserlah kot bila bersarong ni? ok dipersilakan muntah (buwek!).

Cuba korang tengok gambar kat atas tu? nampak tegap tak? rasanya dah boleh lawan brother Ben Ashaari tak? hahaha! (melalut jauh aku ni). Bab bersarong ni Mrs. krole tak kisah, selalunya Mrs. krole akan kata "janji abang selesa", thanks dear~ lagipun banyak kelebihan memakai sarong ni, terutamanya dari aspek pengudaraan...? korang faham-fahamlah ya. Oklah rasanya sampai sini saja entri bersarong ni, happy blogging semua.



p/s : model sarong?apekah?

Tuesday, January 8, 2013

Kakiku Bertelur

Alhamdulillah... bab bawa mertua krole pergi hospital pakar di Kota Kinabalu semalam berjalan dengan lancar selancar-lancarnya (amboi). Tapi hari ini bukan itu yang krole nak kongsikan dengan korang semua. Cuba korang tengok tajuk tu, harap tak ada yang salah faham ya? bukannya kaki krole sekarangni dah pandai bertelur, maksud krole tu... kaki krole bengkak disebabkan terseliuh. Betulah kata pepatah "malang tak berbau" pergh! semalam krole terjatuh sewaktu memimpin Mrs. krole turun dari tangga (rumah adik ipar) pergh! nasib baiklah waktu tu Mrs. krole dah selamat berada dibawah. Memang sedap rasanya waktu jatuh di tangga tu, dahlah sakit... dapat bonus malu pula hahaha! mana taknya krole kata dapat bonus malu, depan khalayak ramai tu!.

Tapi biasalah... bila depan orang ramai ni sakit macam mana pun kita tak nak tunjuk kan? hihihi, waktu krole jatuh pergh! cepat-cepat krole bangun dan berlalu pergi. Waktu dalam kereta barulah krole terasa macam ada sakit-sakit kat kaki ni? tapi malas krole nak kecoh waktu tu, so krole terus memandu hinggalah ke kampung. Waktu sampai terus krole tengok kaki yang sakit tu pergh! dah bertelur kaki krole rupanya aduh! sakit memang tak terkata waktu tu. Alhamdulillah petang tadi krole baru lepas berurut, hihihi senang cerita waktu kena urut tu satu rumah dengar suara krole hahaha! sakit beb! dan yang menambahkan sakit ni bila tengok muka tukang urut tu macam tak ada perasaan saja waktu urut kaki krole yang bertelur ni. Tapi apa-apa pun terima kasih nek. Oklah nak rehat dulu, happy blogging semua.



p/s : sakitnya!!!

Saturday, January 5, 2013

Bertaichi Hero

Tu dia! tajuk hahaha! inilah namanya bila tak ada idea langsung... main hentam saja. Mula-mula sekali krole nak tanya korang semua? korang dah tengok tak cerita "taichi zero" dan "taichi hero"? kalau belum, serius beb! korang kena tengok (entah-entah benda ni dah lapuk?), bagi krole ini merupakan movie kungfu yang boleh membuatkan korang semua tak senang duduk. Dengan jalan cerita yang menarik serta aksi yang mendebarkan pergh! berbaloi beb! hinggakan Mrs. krole yang kalau dikira kurang berminat dengan cerita-cerita kungfu ni boleh  berminat... Ohya sebelum krole terlupa, terima kasih ya kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi membaca entri krole sebelum ni (luahan hati) dan memberikan semangat baru kepada krole, jangan risau... insyallah krole tak akan mengalah dalam hidup ini.

Ohya! nak tahu cerita? hari isnin depan ni krole dan Mrs. krole akan pergi ke Kota Kinabalu... nak pergi hospital queen elizabeth, nak bawa mertua a.k.a ibu Mrs. krole pergi buat pemeriksaan susulan berkenaan sakitnya yang pernah krole cerita dulu (sakit hempedu), harap-haraplah pemeriksaan kali ini baik-baik saja, sebab kalau tak silap krolelah kan, cik doktor haritu cakap kalau pemeriksaan kali ini keputusannya seperti hari itu juga mertua krole akan dibedah. Oklah sebenarnya krole nak cerita panjang lagi cuma masa yang tak berapa nak mengizinkan, so happy blogging semua.



p/s : haiyyyyahhhhh!!!

Friday, January 4, 2013

Menanti Keajaiban Itu

Rasanya bukan diriku seorang saja yang sentiasa mengharapkan satu keajaiban berlaku didalam hidupku, asal namanya manusia biasa pasti perasaan menantikan sebuah keajaiban ada dalam tiap diri kita. Begitu juga dengan diri yang kerdil ini, aku sentiasa mengharap dan berharap yang akan ada satu perkara yang ajaib berlaku ke atas diri yang biasa ini, aku sentiasa dibelakang tabir melihat kejayaan rakan-rakan dan keluargaku. Mereka diibaratkan sudah pergi ke bulan manakala aku masih lagi merenung bulan dari jauh dan berharap mudah-mudahan satu hari nanti diri ini boleh sampai ke sana. Dalam tiap apa yang aku lakukan dalam hidup ini, hm... rasanya belum ada lagi yang boleh dibanggakan seperti pencapaian mereka yang lain. Bila bercerita tentang pendidikan pergh! mereka telah sampai ke menara gading manakala aku hanya boleh mengucapkan tahniah kepada mereka. Bila bercerita tentang perkerjaan pergh! mereka boleh dikatakan berada diatas sekarang ini, manakala aku masih dibawah... hanya mampu menyanjung mereka dari jauh.

Kadang-kadang aku rasa geram sangat dengan diri ini, kerana tak dapat nak capai apa yang mereka boleh capai... salah siap? salah diriku sendiri. Kalaulah masa itu boleh aku putar... tapi semua itu hanya boleh berlaku dalam komik doraemon saja, kini aku hanya boleh melihat kejayaan mereka bertemankan air mata didalam kegelapan. Aku syukur dengan segala apa yang aku ada sekarang tapi... sekarang aku sudah berkeluarga... tanyalah mana-mana suami? suami mana yang tak nak berikan kesenangan kepada teman hidupnya? pasti semuanya akan menjawap "ya"... begitulah juga diriku, kalau boleh aku mahu beri semua kesenangan dalam dunia ini kepada "teristimewa", aku ingin melihat dia sentiasa senyum gembira... tapi sekuat mana aku berusaha aku tidak dapat berikan yang terbaik baginya seperti mereka yang lain. "ya Allah sikit hari lagi aku akan menjadi ayah... kuatkanlah hatiku, kuatkanlah keimananku, kuatkanlah kecintaanku kepadaMu, permudahkanlah urusanku agar aku dapat memberikan yang terbaik kepada keluargaku". Aku tidak kisah kalau hidup aku susah asalkan keluarga aku senang, aku sentiasa berharap agar mereka tidak akan merasa kesusahan yang aku alami sekarang ini. Biarlah... asalkan mereka gembira sudah cukup bagiku. 



p/s : ...........

Wednesday, January 2, 2013

Menyentuh Hatiku

Huh! kalau tengok tajuk tu memang nampak sedikit jiwang kan? tapi percayalah entri ini tidak ada kaitan langsung dengan cintan-mintan, berlari-lari di taman atau menari-nari satu kampung hihihi. Sebenarnya petang tadi sewaktu lepak-lepak dengan Mrs. krole kat ruang tamu krole ternampak satu video lagu yang amat menyentuh hatiku yang kecil ini, video lagu berkonsep patriotik... seperti suara rakyat mengucapkan terima kasih kepada negaranya diatas keamanan dan keselesaan yang diberi selama ini, hm... tak tahulah betulkah tak? apa yang krole ulas ni?... sebab krole taip ni pun ikut pemahaman krole sendiri setelah mendengar lagu tu tadi. Serius beb! dalam banyak-banyak lagu patriotik yang pernah krole dengar rasanya inilah satu-satunya lagu yang betul-betul boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.

Dengan video clip lagu yang menampakkan pengorbanan setiap insan ditanah air serta kesopanan rakyat antara satu sama yang lain, aku bagi tabik spring! kepada pencipta video ni, "kau memang terbaik". Ops! terlebih sudah. Ohya! kepada kawan-kawan diluar sana yang nak download atau dengar lagu "terima kasih malaysia" ni korang klik saja link ini yang -klik sini- . Oklah sebenarnya kebelakangan ni krole agak sibuk sikit so until next time, happy blogging semua.



p/s : terima kasih ku ucapkan padamu~

Tuesday, January 1, 2013

Letak Ashtray Bawah Meja

Wuah! ini merupakan entri pertamaku pada tahun 2013 ni hihihi (hidung kembang kempis). Ok bila baca tajuk tu mesti ramai keliru kan? untuk apa letak ashtray atau a.k.a tempat habuk rokok bawah meja? hari ini krole bukannya nak buat entri tips ataupun tutorial ya. Sebenarnya pagi tadi krole dan Mrs. krole keluar berjalan-jalan... ala... bukan apa, kalau asyik duduk rumah bosan juga kan? sedar tak sedar waktu tu dah jam 12 tengahari so disebabkan terlampau lapar (amboi) kitaorang pergilah mencari restoran untuk makan tengahari, pergh! hari ni memang susah beb nak cari restoran yang legang semuanya penuh saja... maklumlah tahun baru katakan. Dipendekkan cerita kitaorang pergi ke sebuah restoran ni terus duduk dan memesan makanan. Selang 20 minit kitaorang didalam restoran tu tiba-tiba ada seorang makcik ni merangkap pekerja kat restoran tu kecoh!

Dengan suara yang lantang beliau memarahi sekumpulan remaja yang duduk tak jauh dari kitaorang. Maklumlah krole ni kan busybody... apa lagi... pasang telingalah hihihi. Owh... rupa-rupanya makcik tadi marah budak-budak tu sebab mereka buang habuk rokok dibawah meja, walhal dah disediakan ashtray a.k.a tempat habuk rokok disetiap meja yang ada di restoran tu. Sempat lagi makcik tu perli budak-budak tu waktu mereka dah nak beredar "hm... lain kali aku nak letak ashtray ni dibawah mejalah, kalau letak diatas bukan diaorang guna pun" hahaha! lawak tu, rasanya makcik tu layak dah masuk ujibakat raja lawak. Tapi apa-apa pun melalui pemerhatian krole sendiri, masyarakat kita kalau bab ni memang macam tu, ashtray atas meja tapi merata petik habuk rokok tu, macam tak ada fungsi pula ashtray ni? yang kasihannya adalah pekerja-pekerja seperti makcik tu kan. Oklah ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : jangan jadi macam mereka ini ya~