Monday, October 8, 2012

Jual Durian

Durian!!! durian!!! hihihi rasanya begitulah krole menjerit bila menjual raja buah ni. Sebenarnya kalau nak diikutkan waktu ni belum lagi musim durian di sabah, tapi ada sesetengah tempat khususnya sipitang, sabah boleh pula pokok durian dia berbuah? pelik bin ajaib juga? tapi rezeki melimpah bagi yang berniaga buah ni, bukan apa... jika belum musim ni pergh!!! harga tak payahlah nak tanya... kadang-kadang tu 1 kilo boleh mencecah sehingga RM18. Tu belum lagi durian yang bergred baik punya, seperti D24, D2, D101 dan banyak lagilah (sebenarnya tak berapa tahu sangat). So krole plan nak berjual durian sekarangni.

Tapi tak dapat lagi tempat nak ambil stok, nak pergi borong kat kebun orang pun susah waktu ni... pertama sekali stok tak banyak... kedua harga pergh!!! mahal siot!!! macam harga kita beli kat pasar??? aduh!!! apa-apa pun petang ni krole nak pergi cari lagi tempat-tempat yang boleh borong raja buah ni, hm... harap-haraplah boleh jumpa, dan yang penting harganya tak terlampau mahal... so happy blogging semua~




p/s : bubur durian memang sedap~

8 Komen:

Ted-of-memory said...

Ada buat delivery ke rumah x? ;)

Ranz Blog said...

Durian :'3

Lydia Miza said...

sy suka durian..biasa suka mkn 101 atau musang king. semalam mak sy buat bubur durian wak.hehe

Shila said...

sedapnye durian..!!

lagi2 kalo dpt durian kampung...

Liyaa Mf said...

Pehhhh! Terliur tengok yg kaler kuning atas tu! Haha :D

caliph shuriken said...

klau ada bubur durian sy makan dgn roti gardenia ^^

Unknown said...

perghh...terliur aku bro...sedap tuh..

krole said...

ted : takdak bro hihihi~cam piza lak~

Syukran : ye~

LM: ups...terjelez lak~

miss senget : same r wak~

Liyaa mf : huhu tau xpe~

caliph : huhuhu tekenang kenangan lalu~

zalin : huhuhu mai r sabah~