Wednesday, October 24, 2012

Bila Aku Angkat Berat

Hari ini awal-awal pagi lagi ayah cari krole, "krole boleh tolong ayah tak?" sebagai seorang anak yang soleh dan baik hati (uwek!!!) tentulah jawapan krole boleh hihihi. Rupa-rupanya ayah nak minta tolong angkatkan simen di rumah abang krole, owh!!! ingatkan apa tadi hihihi. Nak dijadikan cerita semalam sepatutnya pekerja hardware sepatutnya hantar simen tu ke rumah ayah krole, tapi entah macam mana boleh silap mereka terhantar kat rumah abang krole, waktu tu pula abang krole tak ada kat rumah so diaorang main tinggal saja aduh!!! (ini yang buat krole bengang ni), So selepas bersarapan krole pun roger abang krole tadi... takkanlah krole seorang nak angkat simen tu, silap haribulan patah pinggang siot!!!.

Yang krole pelik? krole ni biasa juga main GYM. Boleh juga angkat dalam 100KG keatas tapi... sekarung simen payah krole nak angkat tadi? walhal tertera di bungkusan simen tu 50KG? aduh!!! habis krole kena bahan tadi dengan abang sendiri hahaha. Tapi yang krole respek pernah sekali krole tengok di kawasan-kawasan pembinaan, krole tengok budak-budak saja yang angkat simen ni pergh!!! memang respek tahap ultraman dah krole kat diaorang... Krole angkat tadi pun macam dah nak terputus urat kentut hihihi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar tadi dan krole pesan kat ayah supaya call syarikat hardware tu, komplain sikit-sikit. Mana boleh buat begitu main tinggal je, lain kali cuba call dulu (apa guna tinggalkan nombor telefon kat syarikat tu waktu beli?) oklah tangan krole pun dah mengeletar tahap gaban ni so happy blogging semua.





p/s : rasa macam nak buat tutorial pula~

11 Komen:

Lydia Miza said...

50 kilo tu awak..hehehe

mesti berketul2 awak pasni.tp kan tgk org kerja berat tu bdn kering je kan awak

Zura Tahir said...

semangat tue perlu..

penyuluh perikanan said...

angkat berat bagus untuk kesehatan

Akmadk said...

lwt dan follow cni..jum ke blogg saya pula... :)

www.alahaicikkema.blogspot.com

caliph shuriken said...

sy x larat laa nk angkat klau berat 50kg tu, erkk...

wanayu said...

berat tu..

Uji Hussein said...

50 kg?Boleh tahan berat tu.

syiela said...

berat juga tu hehehhe

panda montel said...

masa balik kg ari tu.. masa cuti la... mami suruh alihkan sekarung simen. sy perasan kuat. terus g buat... miahaha. nak tau apa jadi? jatuh tersembam kat karung simen tu... nasib baik masa tu tunang ada kat kg. dia saja2 ziarah family. dia lah tolong alihkan simen tu. haha.. paling geram bila mami gelakkan sy. sengaja kenakan sy. hehe

Hazmin Hamudin said...

Memang berat kampit simen ni. Saya pun mau terkulat2 nak angkat ni.

krole said...

LM : huhuhu berketul kot nnt

Zura : huhuhu msti r wak

penyuluh perikanan : huhu sakit bdn ada r bro

cik kema : wuahh thanks wak..nnt krole follow lik

caliph : huhu tau takpe bro

wanayu : huhu mmg brat pong~

scarlett : huhu mmg pong wak...

syeila : mmg brat wak.

wen : huhu nsib baik ada tunang wak ye~

hazmin : aku cam cendawan da bro~