Wednesday, October 17, 2012

Alternator Rosak

Sekarangni krole rasa macam nak menjerit kuat-kuat arghhhh!!! (puas hati aku). Tekanan betul hari ni, kereta kesayangan buat hal pula adoi!!! tengah sedap-sedap krole memandu tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut kereta mati dengan sedirinya huh? dahlah krole ni "buta enjin" sikit, langsung tak tahu nak buat apa? nasib baiklah ada benda yang diberi nama "handphone" ni bolehlah juga roger-roger member tapi... tak tahu kenapa, mungkin hari ini "HARI MEMBER SIBUK SEDUNIA" kot? semuanya tak ada masa argh!!! lagilah bertambah tekanan. Nasib baiklah ada hero yang sudi tolong a.k.a adik krole sendiri hihihi, nasib baiklah juga dia ni pro sikit bab-bab enjin ni. Sampai-sampai je di lokasi kejadian dia terus buat pemeriksaan, tak sampai 20 minit. "alternator kau rosak" katanya.

Alternator? langsung krole tak tahu apakah bendanya tu? cuba korang tengok gambar kat atas tu, hah itulah bendanya alternator. Pergh!!! angin krole satu badan benda kecil begini yang buat problem argh!!! setelah adik kesayangan krole periksa dia kata alternator krole memang dah tak boleh berfungsi lagi maksudnya krole kena beli barulah. Rupanya betul kata pepatah yang kecil jangan disangka anak, pergh!!! mahal siot benda ni, krole survey kat kedai wuah!!! harganya RM500+++ adoi!!! macam nak maigrain kepala krole jadinya, syukur alhamdulillah buat masa ni krole ada kemampuan kalau tak? tak tahulah macam mana? trade in kereta beli basikal kot? hahahaha!!! sampai je kat kedai lain pula jadi ceritanya, mekanik kata "timing belt" krole kena tukar dan kosnya RM400+++ sahaja pergh!!! dengan slumber mekanik tu kata adoi!!!. Tapi walau macam mana pun terpaksa juga baiki kereta kesayangan krole tu, oklah malas nak cerita panjang pasal benda ni terasa macam sakit pula hati ni (hihihihi), happy blogging semua.





p/s : sabar~

4 Komen:

Ranz Blog said...

sabar krole ^_^" ..

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip,tuto,cerita pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

krole said...

md syukran : thanks bro~
pakjoe: wuahh!!! thanks pren...sudi2lah terjah lagi~

caliph shuriken said...

dulu keta sy pnah kena cmni jgak, klau alternator rosak abis laa jawabnya, tukar seketul, huh...