Monday, December 5, 2011

Kelebihan Syurga Firdaus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger yang ada diluar sana, hari ini krole nak kongsi sedikit ilmu yang krole peroleh semalam. Seperti yang kita tahu syurga fidaus merupakan tingkat syurga yang paling tinggi darjatnya iaitu betul-betul dibawah arasy Allah S.W.T, serta segala apa yang ada didalamnya adalah amat indah sekali. Namun kelebihan utama syurga firdaus ini adalah dimana penghuninya dapat melihat Allah S.W.T dua kali sehari iaitu diwaktu pagi sekali dan petang sekali, ya Allah! beruntunglah kepada penghuni syurga firdaus kerana dapat melihat penciptaNya. Korang cuba bayang sedangkan kita bila dapat jumpa wakil rakyat atas artis dah teruja gila-gila! inikan pula kalau dapat bertemu dengan Tuhan kita yang satu.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti kita melihat dengan mata biasa tapi dengan cara yang telah ditentukan oleh Allah swt. Rasulullah saw pernah bertanya kepada Jibrail, "hai Jibrail, pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibrail, "bahawa antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangNya."

pernah Nabi Musa as meminta kepada Allah swt untuk mlihatNya. tapi baru saja Allah swt menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu terus bergegar dan hancur sehingga Nabi Musa as jatuh pengsan. Gunung yang kukuh pun hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula kita manusia yang lemah. Oklah happy blogging semua.



p/s : Allahuakhbar!!!

16 Komen:

qaseh tia said...

ya allah.......

Unknown said...

layak kah kita ke sana ?

fαrιѕyα ♥ said...

besnyaa .. urm ..

Anonymous said...

thank you for sharing..sama2 lah berusaha agar terpilih dpt msuk ke jannatul firdaus tue :)

Lydia Miza said...

saya hanya insan kerdil yg byk dosa.layakkah masuk ke syurga firdaus?mengharap dan terus mengharap

ChocStrawberries said...

semoga kite semua ditempatkan di sini.. aminnn..

Seri Bahasa said...

masih terlalu jauh perjalanan kita ke sana...

caliph shuriken said...

sy byk dosa.. amal x cukup byk utk dpt ganjaran syurga firdaus ni...

krole said...

puan tia=indah kan?

krole said...

khairul=insyallah bro..sntiasa berusaha~

krole said...

Aliya=mmg bes...tp utk mndptnya...??insyallah

krole said...

emy=insyallah wak..amin~

krole said...

LM=mnghrp dan berusaha wak..insyallah~

krole said...

choc=insyallah wak..amin~

krole said...

seri=kiamat smakin hampir wak~

krole said...

caliph=insyallah bro..usaha je btrusan...solatlah spt kita akn mati pd esoknya...