Thursday, December 1, 2011

Bila Ajal Tiba

Hari ini krole bertugas di hospital kajang, menjaga banduan yang ditahan di wad. Tapi krole bukan nak cerita pasal itu ya, ada pengalaman yang krole tak akan lupakan hingga hujung hayat krole. Hari ini buat pertama kalinya dalam hidup krole melihat seorang insan menemui ajalnya, begitu rupanya bila nyawa kita dicabut oleh malaikat maut! memang tak boleh digambarkan langsung dengan kata-kata. Lagipun arwah tadi kalau ditengok dari segi umur rasanya krole lebih tua berbanding dirinya, begitulah ajal bila tiba ia tak mengenal waktu dan usia. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara atas izin Allah Azza Wajalla. Terasa singkat pula masa bila krole mula berfikir seperti ini.

Kerana kita langsung tak tahu bila ajal kita akan tiba? mungkin esok? mungkin lusa? atau mungkin hari ini? Allahuakhbar, marilah kita sama-sama berdoa agar dihindarkan daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran dan didekatkan dengan perbuatan yang mendatangkan kebaikkan/pahala. Biasa tak korang dengar ayat ni? "ala, nanti bila dah tua barulah aku taubat", jahil sungguh kepada sesiapa yang menuturkan atau terfikir perkara seperti ini kerana ajal itu datang pada bila-bila masa. Happy blogging semua~




p/s : Ampunkan dosa kami Ya Allah~

4 Komen:

Wanzi said...

Ajal maut tinggal tuhan..... Al-Fatihah kepada yg telah pergi...

Seri Bahasa said...

bila sampai waktu ajal tak memilih usia atau tempat...semua itu ada hikmahnya yang tersendiri...

krole said...

wanzi=al-fatihah~

krole said...

seri=wuahhh tol seri..thanks~