Monday, September 19, 2011

Aku Punya Impian

Krole punya impian dimana masyarakat kita boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni dan tanpa ada sentimen perkauman??? kenapa krole kata begitu??? kan indah kalau kita semua boleh hidup bersama seperti mana yang ditunjukkan di kaca televisyen, bila krole tengok iklan-iklan kat TV yang menunjukkan akan pepaduan kaum di negara kita rasa bersemangat sangat tapi semua itu kosong semata-mata. Hakikatnya amat jauh sekali walaupun tak semua rakyat negara kita begitu namun amat banyak sekali yang krole nampak. Kenapa krole buat entri begini??? semalam semasa krole pergi ke pasar kajang, krole ternampak orang bergaduh yang kaumnya malas krole nak nyatakan.

Sedih sangat waktu tu, yang si A habis memaki hamun si B dengan menyumpah-nyumpah kaumnya dan begitu juga sebaliknya, aduh!!! yang sedihnya lagi masyarakat setempat yang datang mengerumuni kawasan tersebut bukannya datang hendak meleraikan tapi sebaliknya mereka membatu apikan lagi kedua-dua mereka sehingga ia berakhir dengan sebuah pergaduhan, bila dah jadi macam tu krole apa lagi terus cabut!!! nanti tak pasal-pasal krole terlibat sama pula.

Kenapa kita tak boleh nak hidup aman seperti mana yang digambarkan di TV??? kita semua patut mencontohi kanak-kanak??? korang ingat lagi tak waktu korang first masuk taska, semua jadi kawan tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Tapi bila dah besar semua itu dilupakan walhal kita semua rakyat Malaysia!!! bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!! oklah malas krole nak cerita panjang sebab benda ni isu sensitif nanti tak pasal-pasal kena saman ahaks~ Happy blogging semua.



p/s : Malaysia boleh!!!

4 Komen:

Umie Nadhirah said...

kat U kawan aku negro,chinese,amerika n indon.. a’ah lah, tak satu malaysia --''

Unknown said...

mmg x d nafikan..dlm situsai msyarakt majmuk ni..mmg ada sikit rasa cuak dan was2 terhadap satu sama lain

krole said...

umie=huhu

krole said...

khairul=tu r bro..dunia oh dunia