Saturday, September 24, 2011

Krole Menang Coklat

Yah!!! begitulah rupa krole semasa membuka bungkusan hadiah yang krole menangi!!! yeah!!! krole menang coklat!!! ohya lupa pula nak beritahu kat korang semua, hadiah ini krole menangi sewaktu mengikuti kontest daripada blogger norhayati rostam owner cahayamylife.com hehehe mesti semua orang kenalkan??? setelah lama menanti akhirnya hadiah ini sampai juga semalam, kiranya nak update semalam tapi tak sempat pula (sibuk sikit). Cuba korang tengok coklat tu pergh!!! memang mengiurkan hah!!! apa!!! sedap??? memang sedap ooo!!! terima kasih juga krole ucapkan kepada sponsor hadiah ini iaitu "my choc4u".

Friday, September 23, 2011

Iklan Ubat Kuat

Benda ini rasanya bukan sesuatu yang baru bagi kita semua rasanya, kerana kalau korang semua perasan iklan-iklan ubat kuat seperti diatas memang bersepah kat luar tu, tempat-tempat yang selalu menjadi mangsa untuk iklan-iklan seperti ini adalah seperti bus stop, pondok telefon, papan tanda jalan dan banyak lagilah contohnya seperti diatas pergh!!! kat pokok pun sempat lekat, yang krole pelik kenapa pihak yang tertentu seperti tidak mengambil peduli akan hal ini seperti dibiarkan begitu sahaja??? kenapa ya??? aduh!!! sedih betulah!!! bayangkanlah kalau anak-anak kecil terlihat iklan-iklan seperti ini dan bertanya "ayah, ubat kuat lelaki tu apa???".

Thursday, September 22, 2011

Two More Days

Pergh!!! tajuk bahasa inggeris tu!!! ya!!! seperti tajuk diatas krole akan bertolak ke negeri dibawah bayu pada hari ahad ni (tolak hari ini). Krole ada masa dua hari lagi sebelum krole berjumpa semula dengan tunang krole yang tersayang, dan kita orang ada seminggu lebih lagi bergelar suami isteri yang sah, alhamdulillah lama juga penantian kita orang untuk sampai ke hari ini. Dan syukur setakat ini persiapan yang dibuat berjalan dengan lancar seperti kereta F1 yang tengah berlumba di litar. Dan terus terang krole kata, jasad krole je ada kat sni tapi fikiran dah kat kampung.

Wednesday, September 21, 2011

Seramkah Akad Nikah

Kebelakangan ni tak tahulah krole nak kata macam mana??? disebabkan terdengar beberapa cerita pengalaman member krole semasa bernikah yang rata-ratanya boleh membuatkan bulu roma krole meremang seremang-remangnya!!! timbul pula perasaan takut, gabra, cuak dan sebagainya didalam hati ini kerana takut akan mengalami peristiwa yang sama seperti mereka uwah!!! dan disebabkan terbawa-bawa perasaan takut ini mulalah krole mencari maklumat kat dalam internet ni huh!!! sekali krole tengok video akad nikah yang diupload di youtube pergh!!! memang seram o!!! hinggakan ada satu video ni waktu akad merapu-meraban je dia jawap.

Monday, September 19, 2011

Aku Punya Impian

Krole punya impian dimana masyarakat kita boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni dan tanpa ada sentimen perkauman??? kenapa krole kata begitu??? kan indah kalau kita semua boleh hidup bersama seperti mana yang ditunjukkan di kaca televisyen, bila krole tengok iklan-iklan kat TV yang menunjukkan akan pepaduan kaum di negara kita rasa bersemangat sangat tapi semua itu kosong semata-mata. Hakikatnya amat jauh sekali walaupun tak semua rakyat negara kita begitu namun amat banyak sekali yang krole nampak. Kenapa krole buat entri begini??? semalam semasa krole pergi ke pasar kajang, krole ternampak orang bergaduh yang kaumnya malas krole nak nyatakan.

Sunday, September 18, 2011

Konsep iPhone 5

Pagi ini tengah krole layan video Mat Luthfi kat youtube (gelak sakan), tiba-tiba krole ternampak sebuah video yang bertajuk "konsep iPhone 5", terus laju je jari ni klik link video tersebut, pergh!!! krole tak tahulah benda ni betulkah tak??? huhuhu biasalah krole kurang sikit ambil perhatian benda-benda macam ni, selalunya bila bab teknologi memang ketinggalan sikit, tapi??? pergh!!! kalau betulah memang dahsyat keluaran iPhone yang baru ni, berdasarkan video tersebut ia akan keluar pada tahun hadapan??? betulkah??? anyone help me please!!! i realy want to know about this thing. Jom layan video kat bawah ni dan lihat sendiri kehebatan iPhone 5 ni.

Saturday, September 17, 2011

Hantu Bedak Sejuk

Ini bukan cerita rekaan atau mitos semata-mata, cerita yang kejap lagi krole nak ceritakan adalah berdasarkan pengalaman krole sendiri. Dan pengalaman ini baru saja semalam krole mengalaminya!!! wuahahah!!! (gelak seram), Nak dijadikan cerita disebabkan muka krole bermasalah sekarang ni dan atas nasihat member-member. Krole mula berjinak-jinak memakai bedak sejuk semasa hendak tidur hihihi (biasalah nak kahwin katakan~) seperti biasa sebelum tidur krole akan menepek bedak sejuk kat muka dan sambil menunggu ianya kering krole akan duduk depan laptop.

Thursday, September 15, 2011

Hadiah Sudah Mari

Masihkah korang semua ingat detik itu??? sewaktu krole mengikuti kontest nukilan yang dianjurkan oleh blogger yati??? aik??? kenapa ayat krole terlampau skema ni!!! hahaha!!! hari ini krole ingin mengumumkan secara rasmi bahawasanya krole dah dapat hadiah dari kontest tu yeah!!! pertama sekali terima kasih kepada penganjur iaitu blogger yati owner kepada blog cahayamylife.com dan juga kepada sponsor-sponsor yang terlibat!!! anda semua terbaik!!! sebenarnya krole dah lama dapat mesej dari citylink tu tapi tak berkesempatan untuk ambil kat sana, so hari ini krole free barulah dapat krole pergi. Korang semua nak tahu hadiah apa yang krole dapat?.

Tuesday, September 13, 2011

Nak Tutorial Tak

Bosannya hari ini...!!! tak tahu nak buat apa? nak basuh baju dah beres dah pagi tadi... nak sapu rumah dah beres juga... nak baca buku semua buku krole dah baca kat rumah ni... nak makan dah melantak dah tadi... aduh!!! nasib baik ada blog ni bolehlah krole memerah sikit otak yang dah beku ni hehehe. Korang sihat tak??? dah makan belum??? huhuhu nampak sangat krole tak ada idea sekarangni, baru-baru ni krole dapat mesej yang amat menyenangkan hati krole yang tengah gundah gulana ni. Mesejnya berbunyi begini "krole!!! bila nak buat tutorial lagi???" pergh!!! ada request nampaknya.

Saturday, September 10, 2011

Raya Pun Sebulan

Disebabkan krole tak dapat balik raya tahun ini, langsung tak ingat dan tak nak tahu sekarangni hari raya keberapa??? tapi rasanya macam dah lama kan??? tapi... meriah raya ni krole tengok tak pernah kurangkan??? biasalah puasa sebulan raya pun sebulan kan hahaha!!! ini bukan ayat krole ya, krole dapat ayat ni pun lepas dengar orang sembang-sembang kat kedai kopi hari tu. Tapi ada betulnya juga kata dia, sebab kat kajang ni boleh kata tiap malam orang masih main mercun pergh!!! meriah pula krole tengok dan bertambah rindu pula kat kampung.

Friday, September 9, 2011

Terharu Dengan Member Blogger

Rindunya dengan dunia blogging ini... mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa krole tak update lagi buat masa sekarangni kan??? mesti banyak persoalan yang bermain difikiran korang kan??? (huhuhu adakah???) sebenarnya buat masa ini krole terlampau sibuk terikat dengan kerja dan mengurus majlis perkahwinan krole??? ya betul dalam masa 2 minggu lebih lagi kot krole secara rasminya akan bergelar seorang suami yeah!!! tapi pergh!!! bila duduk jauh ni kelam-kabut jadinya krole dan tunang tersayang mengurus benda-benda yang penting contohnya seperti pelamin... nak cerita pun malas ngeee.