Tuesday, August 23, 2011

Sesal Dahulu Pendapatan

Hari ini memang tak ada mood... tapi tak tahulah kenapa hati krole ni terdetik nak update blog ni aduh... sikit-sikit nak meluah kat blog nanti naik menyampah pula orang baca kan??? tengok tajuk kat tu, hidup krole sekarangni memang penuh dengan penyesalan ianya berkaitan dengan kerjaya krole. krole tak dapat ulas dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini tapi apa yang krole nak bagitahu krole amat menyesal dan terkilan sekarangni kerana dikenakan tindakan seperti ini, krole memang tak redha dengan semua ini!!! krole berdoa kepada Allah agar "tunjuk ajar" kepada orang-orang berkaitan yang menjadikan hidup krole seperti ini. Argh!!! langsung hilang mood krole nak berkerja.

Kalau boleh hari ini juga krole berhenti kerja dan balik ke kampung... walaupun pendapatan krole sekarangni tinggi berbanding sewaktu berkerja dikampung namun apa guna berkerja sekiranya tak ada nikmat dalam menjalankan sesuatu perkerjaan??? kat kampung dahulu walaupun kerja gaji kecil dan kotor namun tetap seronok, sekarangni huh!!! masuk kerja pun kerana terpaksa... langsung dah tak ikhlas kerja... ya Allah berikanlah petunjuk kepada hamba mu ini... aku perlukan bimbingan dari-Mu.




p/s : aduh

8 Komen:

bukankosong said...

dugaan tu

namun kena belajar utk redha,mencuba yg terbaik perbaiki keadaan

samala ngn aku, kadang busan ngn kerje skrg tp sehabis baik menyemai jiwa dan cuba buat pembaharuan sehingga segalanya berjalan dengan baik

Kak Imun said...

Selamat menyambut Syawal, dik krole. Hadapilah dugaan ini dgn tabah krn Allah sayang pada mereka yg sabar....:)

eiela said...

dugaan ni, sbar je. Try yg tbaik nti ok lah tudugaan ni, sbar je. Try yg tbaik nti ok lah tu

deem said...

relax ko saudara.itulah di katakan keseimbangan dalam hidup.mana boleh rasa syok/best/seronok saja.kadang2 kena rasa 'mendung' juga.bayangkan orang2 yang tiada kerja dan sedang berusaha mo mendapatkan kerja.sabar ja la k.apa2 pun selamat menyambut hari raya yang akan datang :)

krole said...

bukankosong=insyallah bro...walopun susah~

krole said...

kak imun=insyallah kak~

krole said...

eiela=insyallah wak~

krole said...

deem=thanks geng~