Tuesday, May 17, 2011

Krole Ketagih Benda Ni

Pergh!!! kalau tengok tajuk entri kali memang tak boleh blah hehehe, macam ketagih benda tu je kan??? krole rasa korang semua faham maksud krole kan??? "belia benci dadah!!!" huh!!! begitulah yang selalunya dilaungkan didalam kempen-kempen membenteras gejala benda haram tu~ aik!!! keluar tajuk dah krole ni, nanti tak pasal-pasal krole kena kata blogger penagih pula ahaks~ ala bila korang tengok gambar didalam entri ini yang khas krole muat naik untuk tatapan semua pasti terus tahu kan apa maksud tajuk entri krole kali ini??? krole pun tak tahu kenapa jadi begini??? kalau tak update benda ni dalam sehari mesti hati tak senang, duduk diam pun tak boleh... so krole mengaku yang krole dah ketagih sangat-sangat dengan blog ni ahaks~ kira confesionlah ni katakan ngeee~ korang semua pula macam mana??? sekiranya korang semua mempunyai simptom-simptom seperti dibawah huh!!! berwaspadalah kerana korang semua mungkin juga dah ketagih dengan benda yang bernama blog ni.

Korang ketagih bila simptom ini ada dalam diri korang semua :
1. bangun tidur je terus on lappy dan buka blog.
2. selagi tak update hati korang semua tak akan senang.
3. walaupun sakit korang tetap berblogging.
4. bila waktu rehat kerja, anda blogwalking dan bukannya pergi makan.
5. bila korang bengang, marah, sedih, dan happy korang terus akan update dalam blog.
6. bila berjalan dan ternampak benda pelik komfirm korang snap, alasan nak update kat blog.

rasanya banyak lagi simptom-simptom ketagih blog ni kan??? macam mana??? ada persamaan dengan sifat korang sekarangni tak???



p/s : krole ketagih~

8 Komen:

Gee said...

saya addicted to BLOG gak..hehe

Unknown said...

saya addicted juagk ! hahaa

Unknown said...

saya addicted juagk ! hahaa

forever love said...

kita sama.. hehe.. tp sekarang dah kurang da

krole said...

Gee=huhu welcome to the club ahaks~

krole said...

izzatun=huhu same r wak~

krole said...

atiq=wuah npe ni atiq~

Arya Putra said...

tengok simptom2 tu tergelak sorang2..
memang sama..
paling tak tahan bila tengok benda2 pelik, asek nak snap aje..hehehe..