Assalamualaikum semua... dah sahur? kalau dah syukur ya. Ok! hari ini krole nak kongsi "8 perkara-perkara sunat ketika berpuasa". Seperti yang kita tahu, perkara sunat ini kalau kita tak buat tak apa-apa... dosa tak dapat pahala pun tak dapat. Tapi kalau perbuatan sunat ini kita buat pergh! pahala lipat kali ganda beb! di bulan ramadan ni. Manalah tahu dengan usaha kita yang sedikit ini akan peroleh keberkatan daripadaNya, InsyaAllah... amin.
8 Perkara-Perkara Sunat Ketika Berpuasa :
1. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
2. Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktunya.
3. Membaca doa berbuka puasa.
4. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
5. Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
6. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
7. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.
8. Mandi junub lebih awal (sebelum masuknya waktu subuh).
p/s : amalkan ya~




