Thursday, December 1, 2011

Bila Ajal Tiba

Hari ini krole bertugas di hospital kajang, menjaga banduan yang ditahan di wad. Tapi krole bukan nak cerita pasal itu ya, ada pengalaman yang krole tak akan lupakan hingga hujung hayat krole. Hari ini buat pertama kalinya dalam hidup krole melihat seorang insan menemui ajalnya, begitu rupanya bila nyawa kita dicabut oleh malaikat maut! memang tak boleh digambarkan langsung dengan kata-kata. Lagipun arwah tadi kalau ditengok dari segi umur rasanya krole lebih tua berbanding dirinya, begitulah ajal bila tiba ia tak mengenal waktu dan usia. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara atas izin Allah Azza Wajalla. Terasa singkat pula masa bila krole mula berfikir seperti ini.