Friday, January 24, 2014

Anggota Bomba Yang Berani

Assalamualaikum semua...ok! sebelum apa-apa krole nak terangkan sikit gambar kat atas ni ya. Bukan apa... takut nanti ada yang buat andaian yang gambar kat atas ni telur dinasour atau yang sewaktu dengannya ahahaha! adakah?. Ok! sebenarnya tu gambar telur ular sawa... nak dijadikan cerita, makcik krole nak renovate sikit dapurnya... nak bagi luas sikit katanya. So dalam proses nak membersihkan tapak yang nak didirikan dapur tu diaorang terjumpa benda bernama telur ular sawa ni. Pergh! besar beb!.

Tanpa membuang masa... makcik krole pun terus menelefon jabatan bomba beaufort untuk melaporkan kejadian yang luarbiasa tu. Bukan apa... kalau dah ada telur... mesti ada ibunya kan? kena besar macam anaconda tak kah jadi masalah tu. Nak tangkap sendiri... hurm... tak cukup lagi ilmu di dada ni ahahaha!. So selang sejam kot... pihak bomba pun tiba... Oya! abaikan individu berjaket hitam tu ahahaha!. 

Serius beb! anggota bomba ni memang berani dan cekap... kejap je diaorang tengok kawasan. "Hah! sini kot tempat ular tu menyorok!" kata seorang anggota bomba yang hensem lagi segak bergaya. Dengan pantas anggota-anggota bomba tadi mengapai peralatan yang berkaitan dan mula bertarung dengan sang ular yang pengacau. Pergh! kata yuna "tiap gambar ada lagunya". Hah! korang tengok je gambar kat atas tu... slumber je diaorang tangkap... eh? kejap-kejap... mana dah orang berjaket hitam tadi? ahahaha! krole lari lintang pukang beb bila ular tu keluar ahahaha!. Apa-apa pun terima kasih tidak terhingga krole ucapkan kepada anggota bomba beaufort yang bertugas tadi. Makcik pun dah boleh tersenyum riang hihihi. Happy blogging semua.



p/s : geli plus takut tengok ular ni~

Wednesday, January 22, 2014

Borneo Simple T-Shirt

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... yes! update again! ahahaha!. Ok! cuba korang tengok tajuk entri tu dan ikut krole sebut "borneoooo simpleee t-shirttttt" ok! dah... dah hihihi. Sebenarnya inilah pekerjaan krole mencari rezeki dimuka bumi Allah ni. Sebab ramai yang bertanya kat krole... "ang jual apa krole?", so inilah jawapannya... hihihi. Sebenarnya baju-baju yang krole jual ni semua krole design sendiri. Sekarangni disebabkan autoshow semakin popular di sabah so krole fokus kepada design-design kereta sekarangni. Alhamdulillah... sambutan agak mengalakkan juga buat masa ni.

Ohya! borneo simple t-shirt tu kira jenamalah katakan ahahaha! dah design sendiri mesti buat jenama sendiri kan? so itu je yang krole terfikirkan. Ohya! ramai juga bertanya kat krole.. berjual kat mana? ok! sebenarnya krole berjual kat pasar-pasar, tamu mingguan, tempat parking, dan sekali-sekala tu tepi jalan je. Bukan apa...nak sewa kedai serius beb! memang tak mampu so... hendak seribu daya kan?. Ohya! nak promote ni... kalau nak tahu produk keluaran krole klik je sini (link page rasmi borneo simple t-shirt). Oklah! krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.


p/s : InsyaAllah... hujung bulan ni krole akan keluarkan 2 lagi design baru~

Sunday, January 19, 2014

Zahrah Mencari Ayah

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat juga update blog ni lagi hihihi... ok! pagi tadi krole keluar awal dari rumah. Waktu tu baby zahrah belum bangun lagi... sebenarnya adik krole nak berjual sate so dia perlukan teman. Maklumlah percubaan kali pertama... so dengan penuh bersemangat dan berdedikasi serta intergriti (amboi). Krole pun cubalah tolong mana yang terdaya... dipendekkan cerita, alhamdulillah jualan adik krole dapat sambutan yang baik tadi... tapi... krole tak dapat teman beliau sampai ke petang?.

Sebab tengahari tu (lebih kurang nak jam 1 petang). Mrs. krole menelefon krole "bang... boleh balik rumah tak? zara ni macam mencari abang je" pergh! dengan ayat tu je terus krole beritahu kat adik tersayang yang abangnya ni kena balik rumah dalam kadar segera hihihi... Syukur alhamdulillah... waktu krole nak balik tadi pun krole tengok jualannya pun tinggal 9 ke 10 cucuk je (tahniah dik). Dipendekkan lagi cerita yang tak panjang ni hihihi... sampai je krole kat rumah, Mrs. krole dan baby zara dah menanti kat depan... pergh! serius beb! waktu krole keluar dari kereta je... terus baby zara ketawa riang ria (macam mana tu?) hihihi... seronok sangat... terus segala penat lelah tak terasa... so kerja krole tadi petang asyik bermain dengan baby zara je... hurm... alamak! tak ada idea pula nak sambung cerita ni. So happy blogging semua.


p/s : hihihi... ada juga entri tergantung macam ni?

Friday, January 17, 2014

Menghidupkan Sunah Rasulullah SAW

Assalamualaikum semua, dipenghulu segala hari ini krole nak berkongsi tentang amalan sunah harian rasulullah SAW. Dengan mengamalkan/menghidupkan amalan sunah Rasulullah ini kita dapat menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah SWT dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW.  InsyaAllah.

7 Sunah Rasulullah SAW :

1. Tahajjud :
-kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari :
-alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata menatap Al-Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.

3. Jangan Tinggalkan Masjid Terutama Diwaktu Subuh :
-sebelum melangkah kemana pun langkahlah ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga Solat Dhuha :
-kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga Sedekah Setiap Hari :
-Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga Wuduk Menerus :
-kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Talib " orang yang selalu berwuduk sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan 2 doa...". "Ampuni dosa & sayangi dia Ya Allah".

7. Amalkan Istighfar Setiap Saat :
-dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi pedoman kepada kita semua untuk menjadi mukmin yang terbaik disisi Allah SWT. InsyaAllah... Assalamualaikum semua.


p/s : alhamdulillah... cerah hari ini~

Komposer Lagu Kangkung Ditangkap

Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Komposer lagu kangkung ditangkap? hurm... saban hari negara kita ni semakin pelik dan lawak. Macam-macam cerita yang kita boleh dengar... pihak ni kata itu... pihak itu kata ini. Peranan media dinegara ini pun hurm... tak boleh nak pakai sangat... kat TV lain... realitinya lain. Nasib baik ada platform laman sosial dan internet ni. Bolehlah juga dapat info yang benar... Ok! kalau krole nak cerita pun hurm... rasanya ramai dah tahu pasal fenomena KANGKUNG yang semakin popular dilaman sosial khususnya muka buku kan? Malas nak cerita panjang bab tu... sensitif kan? hihihi... sensitifkah?.

Terkejut krole hari ini... rata-rata ramai yang update mengatakan pencipta lagu kangkung tu ditangkap polis...? menurut "MalaysianReview" maklumat penangkapan ini diketahui melalui dakwaan koordinator jingga 13 Malaysia iaitu Fariz Musa dilaman twetter. Aik? kalau betullah perkara ini berlaku hurm... atas faktor apa ya ditangkap? lagu ni mengancam keselamatan negarakah? hurm... pelik bin ajaib bin kelabu asap betul... lagu kangkung ni memang seronok dan menarik untuk didengar... kini hits untuk video ini dilaman youtube telah mencecah sebanyak 360000 kali tontonan... dan semakin meningkat... ok! itu je yang krole nak share... huhu... tak boleh cerita panjang bab ni... assalamualaikum semua.



p/s : gara-gara lagu kangkung je~

Wednesday, January 15, 2014

Tukang Tampal Bumbung

Assalamualaikum dan selamat malam semua... alhamdulillah hari ini hujan sepanjang hari... em... kejap-kejap... krole pergi cek kat luar jendela dulu... ok! hujan dah berhenti. Syukur ke hadrat ilahi kerana menganugerahkan kita waktu mustajabnya berdoa sepanjang hari ini. Ok! nak cerita ni... semalam secara rasminya krole menjadi tukang tampal bumbung profesional... diulangi... profesional ya ahahaha!. Sebenarnya semalam mak minta tolong... katanya atap rumah ada bocor. Kena pula sekarangni alhamdulillah hujan setiap hari. So waktu tu juga krole segera ke sana dengan membawa perkakas-perkakas yang berkaitan (amboi).

Nak kata teror tu tak juga... cuma... korang tengok sendirilah gambar tu. Pergh! siap boleh melontarkan senyuman padu lagi kat kamera. Credit to my dearest little brother ahahah!. Ok! sebenarnya krole tak reti juga benda tukang-menukang ni... tapi kalau setakat tampal bumbung rasanya... hentam sajalah... janji mana ada yang berlubang krole tampal... kira ahlil tukang bidan terjun da ni... Alhamdulillah misi semalam berjalan dengan lancar dan jayanya... tadi sempat bertanya kat mak krole... Alhamdulillah "kebocoran bumbung tiada lagi" amboi... macam ayat iklan daia je ahahaha!. Oklah! ada kerja sikit ni so happy blogging semua.


p/s : rasa macam nak ikut kursus pertukangan je... kemahiran tu kan penting~

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul Semua

Assalamualaikum semua... dikesempatan ini krole sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H/2014M kepada semua sahabat-sahabat yang beragama islam. Hayatilah dan penuhilah hari ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Basahkanlah lidah dan keringkanlah tekak dengan berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. 

Sedikit perkongsian untuk tatapan dan renungan buat kita bersama. 
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat keatasnya sebanyak 10 kali dan Allah menghapus 10 kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya."
-Hadis riwayat Ahmad, Nasai, & Al-Hakim-

Oklah! moga dengan perkongsian yang sikit ini dapat membuka mata hati dan menambahkan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW. Until next time... happy blogging semua. Assalamualaikum.

Sunday, January 12, 2014

Blog Nak Kena Review

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Aisyehmen... tengok tajuk entri pun boleh buat hati anda berbunga-bunga kan? ahahaha! siapa tak suka blog kena review oi... Sebenarnya serius beb! kala ini krole memang tak dapat nak aktif sangat dunia blog... kadang-kadang tu rindu tahap hentak-hentak dada macam king kong tu hihihi. Serius beb! bila benda yang kita terlampau minat nak buat tapi... tak dapat nak buat pergh! malas diri ini nak cerita lagi hihihi. Tapi tak apa... dahulukan mana yang penting kan?.

Berbalik kepada topik kita yang sebenarnya... ok! sebenarnya blog krole ni nak direview oleh blogger Sheila Salim empunya kepada blog Sheila Shahfiekry. Kenal tak? bagi yang kenal krole ucapkan jutaan tahniah kat korang hihihi... kalau yang tak kenal pula... klik je nama beliau yang krole dah linkkan... serius beliau sporting. Lagipun blog beliau banyak entri-entri yang berguna dan penyampiannya adalah santai so best baca. So disini krole nak ucapkan jutaan lemon terima kasih kepada blogger Sheila Salim kerana sudi nak review blog krole yang tak berapa nak "pemes" ni hihihi. Oklah... krole out dulu buat masa ini, so happy blogging semua.



p/s : terharu tahap gaban sekarangni... terima kasih~~~

Tuesday, January 7, 2014

Suka Kejar Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sebelum krole membebel panjang, apa kata dipagi yang indah ini kita mulakan dengan senyuman walau gigi tak berapa nak putih sangat ahahaha!. Ok! stop! nanti ada orang terasa pula hihihi. Ohya! nak cerita perkembangan baby Zahrah ni... nak tahu... (sambil buat muka macam mummy jarum tu). Sekarangni baby Zahrah dah mula pandai bermain dengan kucing hihihi... asal nampak je confirm baby Zahrah akan kejar sambi diiringi gelak tawanya. Boleh bayang tak? ahahaha! comel... Gambar kat atas tu dimana kucing berjaya melarikan diri dari baby Zahrah.

Ahahaha! sayang sangat kucing tu... pandai dia bawa baby Zahrah bermain... Bila dapat lihat perkembangan anak depan mata ni lain sikit... asyik mengalir je air mata ni... bukan sedih tau, terharu beb!. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi mengurniakan kesempatan dan kemampuan kepada krole untuk melihat semua ni. Ohya! bulan ni baby zahrah dah nak masuk 10 bulan (alhamdulillah). Cuma sampai sekarangni baby Zahrah tak dapat menyusu botol... bermacam-macam dah krole cuba... mungkin belum sampai seru kot... ahahaha!. Tapi syukur juga... kadang-kadang baby Zahrah minum juga susu tepung ni cuma... kena sesuai dengan teknik yang digunakan. Pergh! ayat.

Bab bergaya depan kamera... huh! korang tengok je gambar kat atas ni ahahaha! comel... Tak lama lagi mesti anak ayah ni dah boleh jalan dan berlari... doa ayah satu je... moga baby Zahrah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Nanti bila dah pandai bertutur ayah mengaji ye nak. Oklah semua... krole ada kerja sikit ni, terima kasih sudi singgah ke teratak krole zone ni dan kalau boleh klik-kliklah iklan yang ada ya ahahahaha! boleh pula macam tu ya. Happy blogging semua.


p/s : macam comel je~

Friday, January 3, 2014

Motivasi Diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)

Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan(Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”

Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)

Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)

Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)

Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)

Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)


p/s : salam jumaat semua~