Tuesday, November 26, 2013

Esok Pesta Bagandang Beaufort

Assalamualaikum semua... sebelum krole mulakan entri ni... nak ucap jutaan tahniah dulu kat semua yang menduduki SPM tahun ni (adik krole ada seorang SPM tahun ni). Mesti hati korang semua tengah berbunga-bunga kan? hahaha!. Ohya! esok ada pesta bagandang kat tempat krole tapi... sebelum tu nak terangkan kejap... bagandang tu maksudnya bergendang ya... maksud sama bunyi je lain-lain (sebutan kat sabah). Pesta bagandang ni selalunya diadakan sekali dalam setahun (macam raya). So waktu ni ramailah peniaga-peniaga kecil macam krole ni akan turun padang untuk berjual barangan seperti kraftangan, barangan tembaga, set gendang (seperti dalam gambar), ekspo dari badan-badan kerajaan negeri dan banyak lagilah.

Waktu macam ni... akan banyak persembahan dari pelbagai kaum di sabah ini yang akan dipertontonkan kepada semua pengunjung contohnya seperti nyanyian, tarian, baju tradisi, dan banyak lagi (tak terkata a.k.a tak berapa tahu sangat hahaha!). Selalunya pesta bagandang ni sampai malam tapi... krole tak pernah pun stay sampai malam, selalunya pergi tengok-tengok kejap... tapi mungkin tahun ni sampai malam kot... sebab nak berniaga kan hihihi. Ohya kepada member-member blogger yang ada disabah kala ini, jemputlah datang ya... mana tau boleh jumpa kat sana. Ok semua! krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : puas hati aku dapat update blog ni hahaha!!!

Sunday, November 10, 2013

Baby Zahrah Suka Oren

Assalamualaikum semua! huh!... serius beb! rindu sangat dengan dunia blog ni. Disebabkan beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan hm... tak dapat krole terbang bebas didunia maya seperti sebelum-sebelum ini. Tapi... utamakan mana yang penting dahulu kan... bukannya krole berhenti berblogging pun. Ohya! hari ini buat pertama kalinya baby Zahrah merasa buah oren. Mula-mula tu seperti biasalah kan... kemasaman baby Zahrah (cumil tengok mukanya... tapi tak sempat nak snap argh!).

Bila dah dua tiga kali suap pergh! rupanya... baby Zahrah suka dengan rasa buah oren ni... siap merajuk lagi kalau lambat suap hahaha!. Cuba korang tengok gambar kat atas... aha! lihatlah wajahnya yang serius melihat Mrs. krole mengupas buah oren hahaha! (cepat umi... cepat).

Ohya! semakin hari semakin banyak perkembangan baby Zahrah... sekarangni baby Zahrah dah pandai duduk dalam walker... siap boleh tolak pergi depan, belakang, kiri dan kanan lagi yeah!. Ohya nampak macam baby Zahrah pakai tudung kan... huhuhu... kreatifnya Mrs. krole... tuala boleh jadi tudung. Saja kitaorang biasalkan, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan?. Oklah semua... krole nak rehat-rehat kejap... assalamualaikum dan happy blogging semua.


p/s : lama tak menaip...asyik salah tekan je :)