Wednesday, August 28, 2013

Betul-Betul Tak Perasan

Assalamualaikum semua... tadi krole sempat ke "blog perdu cinta" pergh! seronok beb! bila tengok beliau dah guna header yang krole hadiahkan semalam. Terima kasih ya blogger Jua Azura sebab sudi terima. Ok! balik kepada topik asal... pagi tadi waktu krole dalam perjalanan nak ke pekan, ada roadblock JPJ... so seperti biasa... bila sampai je kat depan abang JPJ krole turunkan tingkap dan memberi salam.

Lepas tu macam biasalah... tunjuk kad pengenalan dan lesen memandu (itu pun kalau babang JPJ suruh). Tiba-tiba abang JPJ tadi menyuruh krole ke tepi... aik? kenapa pula ni... mungkin senyuman krole tak berapa manis tadi kot? hahaha! ada pula macam tu. Rupanya roadtax kereta krole dah mati 12 haribulan tu, aduh! memang tak perasan beb!.

Lama juga krole dan abang JPJ tadi berunding... akhirnya beliau lepaskan krole, sebab sebelum ni pun tak pernah ada kes benda-benda macam ni. So lepas habis urusan tadi terus krole ke pejabat JPJ (lepas renew insuran), alhamdulillah dah beres semuanya... rupanya roadtax tahun ni warna biru ya, siap ada bunga raya lagi kat atas tu, so kesimpulannya... rajin-rajinkanlah diri melihat tarikh luput roadtax kenderaan anda ya hahaha!. Happy blogging semua.



p/s : nasib baik tak kena saman... terima kasih abang JPJ~

Tuesday, August 27, 2013

Hadiah Header Untuk Blogger Jua Azura

Assalamualaikum semua... alhamdulillah... siap juga header yang krole nak hadiahkan kat blogger Jua Azura ni (klik gambar untuk tumbesaran dugro). Dipendekkan cerita yang tak panjang ni... sejak pertama kali mengenali blog perdu cinta ni hati krole terus tertarik dengan penulisan dan entri-entri islamik santai yang ada kat dalam blog ni. Serius beb! kalau perkataan seronok tu tak boleh nak gambarkan perasaan krole bila membaca entri dari blog ni, mungkin beronok-ronok kot? hahaha!. So setiap hari memang krole tak sabar nak baca entri terkini dari blogger Jua Azura ni. 

Dipendekkan lagi cerita yang dah pendek ni... hari tu krole minta izin kat blogger Jua Azura, krole nak reka header baru untuk blog beliau... bila dapat lampu hijau krole terus mulakan operasi... hahaha! semangat punya pasal. Krole buat 2 header untuk blogger Jua Azura... harap beliau suka kedua-duanya... font untuk kedua-dua header sama je krole buat... cuma background berbeza. Header ni krole banyak guna tool brush... nak bagi halus katakan (ikut kemampuan). Penggunaan warna pula... kebanyakkannya warna asas dan effect guna shadow dan stroke je. So macam mana? ok tak? happy blogging semua.



p/s : jom serbu blog perdu cinta~

Monday, August 26, 2013

Cinta Lelong

Aisyehmen... cantik betul gambar bro Aaron Aziz kat atas ni... rasanya kalau krole posing macam ni mesti ramai yang muntah darah kan? hahaha!. Ok! petang tadi krole ada tengok cerita lakonan bro Aaron Aziz dengan Erra Fazira ni, tajuk dia "Cinta Lelong"... sebenarnya cerita ni dah lama ditayangkan tapi... krole ni je yang baru tengok hari ni so nampak sangat kan? benda-benda macam ni krole sering ketinggalan.

Best beb! cerita ni... lakonan bro Aaron Aziz dan Erra Fazira memang selalu kena kat hati nurani krole ni... senang cerita kalau dua orang ni berlakon confirm sampai tangkap "feel" krole tengok. Lagipun banyak yang kita boleh belajar dari cerita ni terutamanya tentang kehidupan dan tentang berusaha mengejar kejayaan... huh! dahsyatnya ayat tu! hahaha!. So yang belum tengok tu... kena tengok... happy blogging semua.



p/s : lelong... lelong...

Gara-Gara Lama Tak Bersukan

Petang semalam tiba-tiba abang krole telefon... nak ajak main badminton sama-sama. Huh! rasanya lama juga tangan ni tak pegang raket badminton. Kalau dulu selalu juga krole main dan selalu juga join pertandingan badminton ni... tapi... kampung-kampung je. Adalah kenangan manis dulu... pernah menang sekali hahaha! trofi tu krole simpan sampai sekarangni... nanti bila baby Zahrah dah besar bolehlah ayahnya ni bercerita sikit kan? hahaha!. So semalam kitaorang main berempat je... nasib baik main bergu kalau single... pergh! confirm tak larat krole, stamina tak ada hahaha!. 

Lagipun perut ni tak macam dulu... dulu penuh otot sana-sini, sekarangni hahaha! malas nak cakaplah... bayangkan je tembikai bulat tu. Dipendekkan cerita... team krole kalah teruk semalam (dah agak), lepas tu boleh pula krole tergelincir waktu main tu... habis sakit satu badan krole jadinya (terutama kaki dan tangan). Balik tu memang kena basuh dengan Mrs. krole kaw-kaw... tapi... bukan marah tau... tu sayang namanya (nampak comel sangat). Hari ini krole beli benda kat atas tu... hah... panaplek hihihi... baik juga benda ni kan? sejuk dan lega je bila ditampal... Moral of the story, kalau sakit otot tu belilah panaplek hahaha!. Oklah happy blogging semua.



p/s : cakitnye badan ni...

Sunday, August 25, 2013

Aku Suka Digi

Alhamdulillah... tak sangka rupanya ada 3 iklan BE melekat kat blog krole sekarangni... ini yang buat krole bertambah-tambah sayang dengan encik nuffnang ni hahaha!. Seronok bila tengok iklan BE daripada DiGi tu... pergh! nak sebulan dah iklan tu melekat kat blog krole, jumlah pendapatan pun boleh tahan... itupun atas jasa baik korang semua yang sudi klik manja-manja kat iklan tu hihihi. 

Sebagai pengguna DiGi krole berbesar hati bila iklan dari syarikat tu melekat kat blog krole ni... hm... boleh kata kebanyakkan iklan BE krole adalah dari DiGi. Pergh! terima kasih DiGi... tak nak kah ambil krole jadi duta korang? amboi... terlebih sudah hahaha!. Oklah... krole nak gerak ni... nak pergi rumah ayah, tolong-tolong sikit buat kerja untuk kenduri kahwin adik krole minggu depan... so happy blogging semua.



p/s : terima kasih nuffnang, terima kasih semua, terima kasih DiGi!!!

Saturday, August 24, 2013

Seronok Mencari Tuntul

Alhamdulillah... seronok bila dapat tunaikan permintaan isteri tersayang ni... permintaan? ala... tu semalam yang krole cerita kat korang tu... Kan krole janji kat Mrs. krole nak bawa beliau balik kampungnya. Kalau ingat hah! tepuk tangan ramai-ramai yeah!. Seperti biasa... kalau balik kampung Mrs. krole tak sah kalau tak singgah pantai kg. binsulok, tapi... niat krole nak mandi pantai tak kesampaian... angin kuat kat sini, lagipun mentua krole tak izinkan... bahaya katanya. So bagi melepaskan rasa mengidam nak mandi pantai... krole basahkan badan saja hahaha! cuba korang bayangkan... ok! dah-dah! tak payah nak bayang lebih-lebih hahaha!.

Ohya! nak cerita ni... kat pantai kg. binsulok ni kira port tempat nelayan mencari tuntul? ok-ok mesti ramai yang pelik dengan nama tu kan?. Kenal siput sedut tak? ok! dipendekkan cerita... kat sabah ni orang tak panggil benda ni siput sedut... kitaorang panggil "tuntul". Ok! jom sebut ramai-ramai tuntuuuul... ok bijak anak murid cikgu (perasan sekejap hahaha!). Hari ini hasil kitaorang mencari tuntul tak banyak tapi... tak adalah sikit sangat, penuh sebaldi tau!. Mrs. krole kata nak masak lemak tuntul ni... pergh! my favorite krole tu!. Ok! badan pun dah letih so happy blogging semua.



p/s : tak apa... lain kali krole nak kuak lentang puas-puas~

Friday, August 23, 2013

Menang Samsung Note 2 Dan 1.5 Juta

Lama rasanya tak buka e-mail lambung ni... tak tahu kenapa? hari ini rasa terpanggil nak buka... terasa gatal-gatal saja tapak tangan krole ni. Orang tua-tua kata kalau gatal tapak tangan ni selalunya ada kaitan dengan duit yang nak masyuk! hahaha! tapi... itu orang tua kata ya... bukan krole. Bila krole buka saja e-mail tadi pergh! rupanya diri ini dah bergelar jutawan tanpa disedari? huh! terasa macam nak lompat katak 100 meter saja bila terbaca e-mail tu tadi. Menurut e-mail tu krole menang samsung note 2 dan yang bestnya...

Tarik nafas dalam-dalam dulu... krole menang 1.5 juta! hahaha!. Waktu baca e-mail ni... krole sempat berlatih cara jalan orang kaya seperti Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tu hahaha!. Macam betul je kan? nampak sangat bohongnya... kononnya e-mail krole terpilih secara rawak oleh pihak diaorang.. hm... yang bestnya... diaorang siap minta butir yang terlampau peribadi bagi krole, kalau nama, jantina, no. ic tu biasalah, ni siap minta no. akaun dan no. pin? aik? macam tak betul je kan? hentam sajalah labu... terus krole delete e-mail tu, tapi sebelum tu printscreen dulu... kenang-kenangan beb! 1.5 juta tu! hahaha! happy blogging semua.



p/s : nak layan lagu altimet kejap... kalau aku kaya~

Rindu Nak Mandi Pantai

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, hari ini tak tahu kenapa... mungkin krole tersalah kentut kot? hahaha! tiba-tiba mengidam nak mandi pantai. Amboi! lain macam saja kan? kalau teringin tu kira biasa, ni mengidam... pergh! kira terlampau rindulah katakan. Waktu krole kecil dulu... boleh kata setiap hari mandi kat pantai? bukan apa... rumah dekat dengan pantai hahaha! buka pintu... adalah dalam 100 meter lebih begitu dah nampak pantai yang indah seindah jerawat batu yang melekat kat pipi krole sekarangni hahaha!. So korang boleh bayangkan kan? kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran macam tu... memang tak boleh nak dipisahkan dengan pantai ni beb!.

Ohya! rumah kat tepi pantai tu rumah arwah nenek krole... waktu kecil dulu arwah yang tolong jaga krole yang nakal ni... Al-Fatihah untuk arwah nenek, moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. Ohya! esok krole nak bawa Mrs. krole balik ke kampungnya... rumah mertua krole dekat dengan pantai so mungkin esok boleh lepaskan rindu nak mandi pantai ni hahaha!. Itupun kena tengok cuaca juga? sebab sekarangni angin kuat kat sini... Oklah... krole nak dodoi baby Zahrah kejap, so happy blogging semua.



p/s : kalau ada rezeki nak mandi pantai puas-puas :)

Thursday, August 22, 2013

Saga Jadi Skyline

Lelaki dan kereta memang susah nak dipisahkan... ibarat seperti nescafe dan gula, kalau tak dicampurkan keduanya confirm orang tak minum punya hahaha!. Ok mula-mula nak bagitahu kat korang semua, kereta kat dalam entri ni bukannya kereta krole ya. Ini pun dapat dari adik krole... dia ni jenis minat ubahsuai kereta dan benda-benda autoshow ni. Kereta ni kawan dia punya, pergh! sekarangni memang tak ada yang mustahil beb!.

Kawan adik krole ni minat sangat kereta skyline... nak beli tak mampu katanya, so jalan paling mudah adalah mengubahsuai kereta yang ada sekarangni menjadi kereta idaman kalbunya hahaha!. Untuk kes ni kereta si kawan adalah saga (kat gambar). 

Ini pula gambar bila dah siap... pergh! memang sebiji... sepokok... sebuah... cantik buatannya. Teringin nak buat macam ni tapi... tak mampu... lagipun rasa macam membazir pula... krole pun tak berapa tahu berapa kosnya (lupa tanya adik). Tapi rasanya mesti ribuan ringgit kan?. 

Ini pula pandangan dari belakang... pergh! siap ubah lampu tu... huish! nampak cantik pula tapi... tak tahu lepas JPJ kah tak?. Rasanya kalau viva krole buat macam ni boleh jadi tak? hahaha!. Gara-gara terlampau minat saga jadi skyline, memang tabik spring kat diaorang ni. Kalau mampu tak apa... oklah happy blogging semua.



p/s : boleh tak viva jadi fairlady?

Segmen Gempak Mieza Jhaa K


Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Wednesday, August 21, 2013

Jangan Hanya Sekadar Mengikut Trend

Petang tadi krole sekeluarga keluar sekejap ke pekan... stok pampers baby Zahrah dah nak habis so kenalah beli stok baru pula, tak apa... untuk baby Zahrah semuanya beres!. Tapi... bukan tu yang krole nak cerita ni... dipendekkan cerita yang tak panjang ni hahaha... waktu kitaorang kat tempat parkir kereta krole terjumpa seorang sahabat lama, so sembang sekejap. Last sekali masuk topik sticker kereta R4BIA ni... "kau tak pasang sticker R4BIA ke rul?" katanya. So waktu tu krole tanya kat dia "apa R4BIA ni bro?".

"Entah... macam ada kaitan dengan mesir juga ni" katanya. Aduh! lepas panjang bercerita dengan beliau tadi barulah krole tahu niat sebenar dia memasang sticker R4BIA kat keretanya tu? sebab ramai rakannya pasang so dia ikut pasang juga. Tapi sebenarnya benda ni dah biasa sangat dikalangan masyarakat kita kan? masyarakat kita lebih suka mengikut trend tanpa mengetahui dengan lebih lanjut satu perkara tu. Krole tak adalah tahu sangat tentang R4BIA ni tapi... tak adalah buta sangat tentang isu ini. Doakanlah kesejahteraan saudara-saudara kita di Mesir sana, moga konflik yang mereka alami akan segera pulih, jangan sekali putus mendoakan mereka "doa itu senjata mukmin".



p/s : maksud simbol 4 jari R4BIA adalah keteguhan, kekuatan, perlawanan, dan persatuan #always support~

Baby Zahrah Dah Pandai Tiarap

Alhamdulillah... hari ini baby Zahrah meniarap buat pertama kalinya. Syukur sangat... sebab ada kat lokasi kejadian waktu peristiwa bersejarah ini berlaku (amboi ayat tu). Waktu tu krole baru balik dari berjualan kat pasar so baring kat tepi baby Zahrah yang baru bangun... tiba-tiba terdengar gelak tawa baby Zahrah yang comel. Bila krole tengok saja... wuah! anak ayah bertiarap buat pertama kalinya yeah!. Ayahnya ni pula terlebih excited.

Sepantas kilat krole ambil kamera... nak catch moment indah katakan hahaha!. Waktu ni Mrs. krole dah melompat keriangan hahaha! ok! itu gurau. Sebenarnya waktu ni baby Zahrah gelak riang gumbira... tapi disebabkan diri ini yang tak pandai dan kamera yang tak berapa nak canggih tak sempat nak ambil gambar waktu baby Zahrah ketawa. Tapi bagi krole... dapat gambar ni pun dah kira puas hati sangat-sangat. Oklah ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : gembiranya hati ini~

Tuesday, August 20, 2013

Cari Kayu Api

Semalam awal-awal lagi ayah dah telefon krole... nak minta tolong cari kayu api?. Sebelum itu nak story sikit... alhamdulillah tak lama lagi adik krole akan menamatkan zaman bujangnya, kalau tak ada halangan 29 ogos ni dia akan bernikah dengan pilihan hati nuraninya (tahniah bro). So mesti korang dah faham kan kenapa ayah krole minta tolong cari kayu api tu?. Awal pagi lagi krole sekeluarga dah bertolak ke rumah ayah, sampai saja kat sana pergh! semua adik-beradik krole dah ada. Lepas bersarapan ramai-ramai kitaorang gerak, waktu tu krole dah terbayang macam-macam... "huh! ini mesti kena masuk hutan belantara ni...".

Penuh krole teruja waktu tu... tapi... tiba-tiba bila kereta dah berhenti... "eh? ni macam...?". La... rupanya ambil kayu api kat kilang papan saja hahaha!. Dunia dah canggih... tak perlu dah susah-susah meredah hutan nak cari kayu api, rupanya sekarangni kalau nak senang pergi saja ke kilang papan yang berdekatan... kat sana berlambak lebihan kayu yang tak digunakan. Tapi... bukan free tau! kena bayar juga. Nasib baiklah taukey kilang papan tu kawan baik ayah so semuanya free of charge hahaha! "lu angkutla banyak-banyak" kata si taukey kilang papan yang pemurah. Alhamdulillah bab kayu api dah selesai... tapi kepala ni masih pening memikirkan hajat adik kesayangan yang minta design kad kahwin. Pergh! pening beb! masa pula makin suntuk, doakan terbaik untuk krole ya... happy blogging semua.



p/s : nak cari kayu... nak cari kayu...

Monday, August 19, 2013

Ada Yang Baru Menyambut Raya Pertama

Sekarangni dah lebih seminggu kita menyambut hari raya aidilfitri... tapi... korang percaya tak? ada segelintir daripada kita ni baru saja menyambut hari raya yang pertama buatnya. Sebenarnya krole dapat idea buat entri ni pun gara-gara seorang sahabat krole yang baru saja balik beraya. Waktu kita menyambut raya pertama dengan riang gumbira hari tu, dia dan rakan sepenjawatnya berhempas pulas menjalankan tugas diperantauan. Eh? kejap lupa pula nak bagitau kat korang... dia kerja sebagai encik polis.

Seronok dengan ceritanya... waktu kita tengah sibuk melantak biskut raya dan ketupat rendang dipagi raya. Diaorang pula sibuk dengan tugas dan OPS. OPS sana... OPS sini... oppa gangnam style kat sinun hahaha! ok itu gurau. Besarnya pengorbanan mereka-mereka ni kepada masyarakat, bangsa dan negara. Huhuhu! sebenarnya satu ketika dahulu krole pun bercita-cita nak jadi encik polis ni tapi... hm... bukan rezeki kot?. So kepada sesiapa saja diluar sana yang baru saja dapat menyambut hari raya, krole ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Happy blogging semua.



p/s : ucapan tu khusus untuk yang baru dapat balik beraya ya~

Sunday, August 18, 2013

Kes Sembelih Di Lahad Datu

Astagfirullah... istigfar banyak-banyak... semalam daerah Lahad Datu digemparkan lagi dengan satu kes besar, sebelum ini dengan kes pencerobohan... tapi kali ini pasal kanak-kanak disembelih oleh ayah kandungnya sendiri. Huh! terkejut juga waktu krole dapat tahu cerita ni semalam... kalau nak diikutkan sebenarnya krole nak share cerita ini semalam... cuma kesempatan tu tak ada. Heboh dah cerita ni kat laman facebook... macam-macam respon krole nampak.

Kebanyakkannya marah dan sedih... begitu juga dengan diri krole ni... Ya Allah... tergamaknya si bapa menyembelih anaknya hidup-hidup seperti itu. Nak menitis air mata ini bila baca kat suratkhabar... selepas si bapa menyembelih anaknya yang berumur 7 tahun dia menghirup darah anaknya itu. Ya Allah... Astagfirullah... kejamnya si bapa... sekarang ini ada yang kata kes ini melibatkan ilmu hitam dan ada pula kata si bapa tak siuman? bagi krole mungkin si bapa ni tak siuman... Doakanlah agar keluarga mangsa dipermudahkan dan diberi kekuatan olehNya. Banyakkan berdoa agar dijauhkan dari perkara seperti ini. Amin Ya Rabb,


p/s : terkejut...

Saturday, August 17, 2013

Baby Zahrah Menyusu Botol

Hari ini kitaorang ajar baby Zahrah menyusu botol buat pertama kalinya. Syukur sangat percubaan pertama ini walaupun tak berjaya tapi... tak tahu nak kata macam mana... syukur ke hadrat illahi kerana mempermudahkan urusan kitaorang tadi. Nampak positif saja... langsung tak menangis atau melawan. Bukan apa beb! krole ni lain sikit... tak boleh nak tengok baby Zahrah menangis. Kalau harap krole seorang saja confirm tak berani nak sumbat botol tu hahaha!.

Walaupun tak habis baby Zahrah menyusu botol tadi... sekurang-kurangnya dah beri pendedahan awal dengannya kan? lepas ni nak cuba lagi... sekurang-kurangnya sehari 2 kali untuk biasakan baby Zahrah dengan menyusu botol ni. Bukan apa... pagi sampai tengahari krole kena keluar berjaja kat pasar, petang pula Mrs. krole pergi mengajar so menyusu botol ni nak cover waktu Mrs. krole pergi kerja. Janji perut baby Zahrah berisi walau sedikit waktu tu. Alololo... comelnya anak ayah buat macam tu hahaha! oklah happy blogging semua.



p/s : moga baby Zahrah dapat menyusu botol lepas ni~

Friday, August 16, 2013

Tersentuh Dengan Cerita Bisikan Dajjal

Petang tadi krole ada tengok satu cerita best kat astro prima... rasanya cerita ini dah lama tapi seperti biasa... ketinggalan sikit bab-bab macam ni. Kalau tengok tajuk pun dah mantap... ceritanya pula pergh! bermantap-mantap tahap habis-habisan bagi krole. Cerita apa? tu kat tajuk entri tu kata apa...? ya! betul... bisikan dajjal. Banyak perkara kita boleh belajar dari cerita ni... memang berkualiti dan patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya yang beragama islam.

Dalam cerita ini kita boleh nampak pengorbanan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anaknya seramai 4 orang, pengorbanan seorang abang yang berkerja sebagai pengilat kasut agar dapat beri duit belanja kepada adik-adiknya, kekejaman seorang manusia yang berperwatakan baik dan budaya fitnah memfitnah dalam masyarakat kita. Huh! kena pula pelakon utamanya Fauziah Ahmad Daud... huh! kalau dia ni berlakon memang menjadi beb! tak kira watak apa sekalipun... siapa yang belum tengok cerita... serius beb! kena tengok, tak rugi... berbaloi lagi adalah. Oklah happy blogging semua.



p/s : sedih beb cerita ni~

Wednesday, August 14, 2013

Gara-Gara Facebook Rumah Kena Pecah

Dalam keseronokkan menyambut raya pertama hari itu... kalau korang perasanlah kan? ramai yang update kat facebook tentang dirinya sekeluarga balik kampung. So habis semua sudut rumah dia ambil gambar, dari kunci manga ke pintu rumah hingga ke ruang dalam rumah. Lebih upgrade ada yang update macam ni "balik kampung seminggu, will miss you my dear house - at Tmn. Wawasan Lot.541" pergh! siap letak alamat lagi. Pengguna facebook harus peka? sebenarnya update seperti ini boleh diibaratkan satu jemputan kepada perompak, pencuri, penjahat, dan penyangak kat luar sana.

Diaorang pun seperti kita... up to date, so kena hati-hati... tak pasal-pasal balik dari beraya kat kampung rumah dah tunggang-langgang jadinya. Bukan apa... kes ni dah kena kat seorang rakan krole, dia bekerja kat Kota Kinabalu so raya ni balik kampung dengan family... sebelum balik tu dia updatelah facebook macam krole kata tadi. Semalam krole dapat tahu dari beliau sendiri rumah dia kena pecah... macam-macam barang hilang... katanya kalau dianggarkan boleh mencecah ribuan ringgit aduh!. Jadikanlah pengalaman rakan krole ini pengajaran bagi kita semua. Moga Allah permudahkan urusannya... oklah nak rehat dulu ni, perut masih meragam... happy blogging semua.



p/s : hati-hati dengan update anda~

Tuesday, August 13, 2013

Dah Mula Sakit Perut

Ong gedek... ong gedek... (maksudnya "adoi... sakitnya perut aku). Amboi! katak... lebih-lebih pula kau ya! empunya blog pun tak sempat nak mengadu kau dah mengadu awal-awal hahaha!. Tapi serius beb! sekarangni perut krole asyik meragam saja. Pagi tadi dah pergi klinik... alhamdulillah encik doktor kata tak ada apa-apa masalah yang serius. Mungkin... waktu raya ni kan... macam-macam makanan masuk kat dalam perut so inilah hasilnya... aduh!.

Nasib baiklah hanya krole seorang saja yang sakit perut... Mrs. krole dan baby zahrah relaks saja. Nampak sangat krole yang banyak melantak kalau keluar beraya hahaha!. Ohya! dalam krole kesakitan perut ni nak kongsi juga menu kegemaran krole di hari raya. Cuba tengok gambar kat atas tu... aha! kat sabah benda tu kitaorang panggil sebagai "kelupis". Memang sedap... selalunya menu ni dihidang sekali dengan kuah kacang pergh!. Kalau jumpa benda ni confirm krole sapu habis (kalau mampu) hahaha!. Aduh! perut ni buat hal pula... oklah happy blogging semua.



p/s : jamban!!! i'm coming!!!

Monday, August 12, 2013

Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), malam ini kita boleh melihat satu fenomena yang jarang sekali berlaku di ruang angkasa kita. Rasanya ramai dah yang tahu tentang fenomena hujan meteor yang digelar "pancuran meteor perseid " ini kan?. Dari kelmarin sampai sekarangni... tengok kat mana-mana laman sesawang... semua kecoh bercerita tentang ini.

Ohya! menurut laporan daripada Agensi Angkasa Negara juga, fenomena pancuran meteor perseid ini kita boleh tengok dengan mata kasar, so tak payahlah nak beli-beli teropong atau teleskop tu ya hahaha!. Pergh! mudah-mudahan ada rezeki tengok meteor ini, dapat juga diri ini melihat satu lagi kebesaraan Yang Maha Esa. Moga fenomena ini dapat menguatkan lagi keimanan semua umat islam khususnya di negara kita ini akan kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Happy blogging semua.



p/s : fenomena ini dijangka berlaku pada malam ini sehingga subuh~

Sunday, August 11, 2013

Terbaiklah Astro

Sekarangni kebengangan krole dah sampai tahap dewa-dewa peringkat ke-16 dah dengan ASTRO ni. Cuba korang bayangkan... waktu tu korang tengah letih tahap gaban so korang pun menuju ke ruang tamu dan mendudukkan diri kat sofa yang amat selesa bagi korang. Tangan pun mengapai remote astro sekali korang tekan butang power tiba-tiba yang muncul kat kaca televisyen seperti gambar kat atas argh!. Ok! jom jerit sekali lagi argh!. Why astro? why!... rasanya tak pernah lagi krole terlewat bayar bil atau tertunggak sebelum ini.

Tapi perkhidmatan yang diberi hampeh!. Cuba tengok gambar pertama tu, katanya masalah tak ada siaran adalah disebabkan cuaca hujan? aik? krole tengok kat luar tingkap ni terang benderang saja dunia?. Istigfar krole... istigfar...hahaha! tak adalah bengang sangat pun cuma... tak best macam ni, kita bayar so kenalah jaga servise tu... ini tak... krole dah buat laporan kat astro... katanya pihak diaorang akan hantar orang untuk buat pemeriksaan... so tengah tunggulah ni. Waktu-waktu macam ni lah astro nak buat hal... huh! memang terbaiklah astro. Ok! nak layan tetamu dulu, happy blogging semua.



p/s : fail...

Saturday, August 10, 2013

Raya Kami Sekeluarga

Assalamualaikum semua... pergh! macam mana dengan raya korang? mesti bestkan?. Huh! mula-mula krole nak mohon maaf kepada semua pembaca blog ini sebab kurang update berbanding selalu... biasalah kan hari raya... sibuk melayan tetamu yang datang dan beraya ke rumah keluarga tercinta hahaha. Walaupun cerita yang krole nak cerita kejap lagi ni dah basi namun diri ini nak kongsi juga hahaha! sabarlah ya. Ok! tahun ini tema baju raya kitaorang sekeluarga seperti gambar kat atas ni.

Yes! purple beb! huhuhu... tak pernah lagi rasanya krole pakai baju warna purple sebelum ini. Selalunya asyik warna hitam, putih dan biru. Atas cadangan Mrs. krole so... hahaha! woman knows best kan?. Tapi baju kitaorang ni bukan main tempah pun. Kitaorang beli saja ikut kemampuan... elakkan pembaziran, lagipun cantik apa. Ohya! raya tahun ni memang best... tetamu yang datang memang ramai. 

Kitaorang sekeluarga pula beraya sakan dari raya pertama... huh! bila raya ni memang satu kelebihan menjadi seorang kanak-kanak... nak tahu kenapa?, jawapannya senang saja "duit raya" beb! hahaha!. Kalau baby zahrah faham mesti dia seronok, sebab kat mana saja kitaorang pergi beraya mesti baby zahrah dapat "duit raya" hahaha!. Oklah! sebenarnya banyak lagi krole nak cerita tapi buat masa ini cukuplah setakat ini ya. Hari ini kawan-kawan Mrs. krole nak datang ke rumah, so nak bantu sikit kat dapur so happy blogging semua.



p/s : siapa yang nak makan ketupat rendang datanglah ke rumah...selagi stok masih ada~

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum semua... alhamdulillah takbir raya dah berkumandang. Saat diumumkan hari perayaan esok hari pergh! terasa macam nak melompat katak saja rasanya hahaha!. Perasaan dan semangat memuncak kegembiraan kerana berjaya melaksanakan satu lagi ibadah yang dituntut oleh agama kita iaitu berpuasa, pergh! alhamdulillah atas izin daripadaNya penuh beb puasa.

So malam ni agak sibuk sikit... lepas tidurkan baby zahrah kejap lagi, nak bantu Mrs. krole anyam ketupat kat dapur, juadah istimewa untuk esok... so siapa yang nak makan ketupat rendang tu datanglah ke rumah ya hahaha!. Disini krole sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin sekiranya ada salah silap sepanjang perkenalan kita ya. Moga Allah memberkati dan melindungi kita semua. Oklah happy blogging semua.



p/s : mesti ramai yang tidur tersenyum malam ni~

Tuesday, August 6, 2013

Perang Colour Light

Alhamdulillah... dapat juga krole update blog kesayangan hari ini yeah!. Selalunya bila krole sunyi dalam dunia blog ni mesti ada kaitan dengan modem wifi atau laptop yang buat hal kan? tapi kali ini tidak... sebenarnya 4 hari ni krole bawa keluarga balik ke kampung Mrs. krole... kat sana tak ada line internet so... faham-fahamlah ya. Seronok beb! dapat tolong mertua bersihkan kawasan rumah, cat dinding rumah, menghias rumah, dan semuanyalah yang berkaitan dengan persiapan menyambut hari raya ni... yang penting dapat tengok Mrs. krole dan baby zahrah gembira sudah cukup bagi krole. Penat tu semua tolak tepi.

Ok! nak cerita ni... malam ni ada perang colour light kat kampung krole... perang?. Hahaha! ok sebenarnya AJK majid kampung krole ni ada buat pertandingan colour light paling unik malam ni... huh! best beb! selesai saja solat tarawih tadi... semua ronda kampung nak tengok colour light ni... ada yang buat bentuk masjid, ada yang buat bentuk menara KL, ada yang buat bentuk burung... pergh! senang cerita macam-macam ada. Cuma krole memang tak dapat nak ambil gambar sebab tak bawa kamera atau telefon. Oklah krole nak bersihkan rumah dulu ni so happy blogging semua.



p/s : bagaimana persiapan raya korang? ok tak?