Wednesday, July 31, 2013

Ingatlah Mereka Yang Berjuang

Perajurit tanah air! pergh! tabik spring laju-laju kat diaorang semua ini. Cuba korang bayangkan sejam lagi nak sahur, kalau orang biasa macam kita... mesti tengah ronda-ronda bazaar ramadan mencari juadah berbuka... takpun berada dirumah tengah siap-siapkan lauk-pauk sebagai santapan berbuka. Tapi mereka... walau puasa sekalipun, mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan amanah bagi menjamin keamanan negara. "Ya Allah pemudahkanlah perajurit kami dan berikanlah mereka kekuatan agar sentiasa dapat mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang, amin".

Ok! nak story sikit ni... sebenarnya tengahari tadi sahabat Mrs. krole datang ke rumah (perbincangan resepi biskut raya) hahaha!. Waktu tu krole lepak dengan baby zahrah kat depan rumah... tiba-tiba terdengar suara menangis pergh! apa lagi... sepantas kilatlah krole pergi tengok. Waktu sampai kat Mrs. krole tu... krole ternampak sahabatnya tengah mengesat air mata, belum sempat krole bertanya Mrs. krole dah beri isyarat dari jauh (isyarat supaya tak perlu tanya).

Dipendekkan cerita lepas sahabat Mrs. krole tu balik... barulah Mrs. krole dapat bercerita tentang hal tadi. Rupanya sahabat Mrs. krole tu bersuamikan seorang tentera, menurutnya dah 2 tahun dia beraya seorang diri kerana suami bertugas kat sempadan. Aduh! kasihan pula bila dengar cerita macam tu... sedangkan krole baru 5 jam tak nampak wajah Mrs. krole dan baby zahrah dah naik rindu sangat-sangat. Besarnya pengorbanan mereka... so krole menyeru kepada semua, ingatilah mereka yang berjuang... tadahkan tangan anda doakanlah perajurit negara kita. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih perajurit negara... kerana melindungi kami selama ini~

Gara-Gara Mercun

Semalam lepas menunaikan solat sunat tarawih dan taddarus kat masjid... seperti biasa akan ada jamuan makan sedikit. Selalunya waktu ini krole and the gang akan bersembang tentang hm... boleh kata semua perkaralah, namun semalam ada seorang sahabat krole ni menjadi tumpuan atas cerita panasnya. "korang nak tahu? anak pakcik Zainal si boi tu... masuk wad semalam... gara-gara mercun meletup kat tangan" katanya. Aduh! benda macam inilah yang krole paling tak suka sangat.

Bukan apa... main mercun ni bukannya ada orang yang suruh buat pun... dilarang lagi adalah. Tapi budak sekarangni makin dilarang makin lagi dia nak buat. Haish! kan tak pasal-pasal beraya kat hospital, orang semua nak makan ketupat rendang raya pertama... ni tak pasal-pasal kena makan ubat tahan sakit kat hospital. Menurut sahabat krole tadi teruk juga budak tu kena... sebab mercun tu meletup kat tangan dia sendiri aduh!... nak bayangkan pun krole tak sanggup. So pesanan dari krole... jauhilah benda-benda seperti ini ya. Happy blogging semua.



p/s : daripada main mercun baik main candy crush ye dok~

Tuesday, July 30, 2013

Sedihnya Cerita Ini

Aduh! nampak sangat krole ni ketinggalan zaman... orang ramai dah bertahun-tahun tengok cerita ni. Krole pula baru sibuk nak update kat blog ni hahaha!. Serius beb! first time aku tengok cerita ini... "My Name Is Khan". Hm... kalau tengok tajuk tu krole terbayang mesti movie ni nak cerita kisah hidup Shah Rukh Khan. Namun sangkaan krole meleset, lepas 30 minit menonton cerita ini wah! menarik beb! mungkin disebabkan ia memasukkan unsur kisah benar ke dalam cerita ini (peristiwa 9.11).

Kalau dihayati betul cerita ni pergh! confirm boleh menitis air mata. Contohnya tengok gambar kat atas tu... anak dan ayah bermuka sedih disebabkan tak tahan melihat Shah Rukh Khan yang tak berputus asa ingin memberitahu dunia yang islam didunia ini bukannya penganas. Kalau muka krole dan baby zahrah dah sedih macam ni... korang rasalah macam mana pula rupa Mrs. krole? hahaha!. Biasa beb! memang penuh tisu kat tangan, Mrs. krole memang suka layan cerita hindustan ni. Oklah... ada kerja sikit ni, happy blogging semua.



p/s : my name is Krole and I am not a terrorist~

Monday, July 29, 2013

Semakin Sesak Dan Bahaya

Huh! waktu macam ni memang tak sesuai pergi bandar kan? sesak betul jalanraya dengan kenderaan ni. Cuba korang tengok gambar kat atas tu pergh! bagi krole yang dah biasa memandu kat kampung ni huh! memang luar biasa beb! bila nampak keadaan jalanraya yang sesak macam tu. Nasiblah krole tak tersangkut dengan kesesakan lalulintas tadi kalau tak... pergh! confirm tercabut kepala lutut ni. Macam manalah dengan orang yang tinggal kat bandar ya? tiap hari kena lalui kesesakan lalulintas seperti ini?.

Nasib baiklah ada Mrs. krole dan baby zahrah kat sebelah yang tak putus-putus membantu dan memberi semangat kat krole, akhirnya berjaya juga kitaorang keluar dari zone panas kesesakan tu. Hm... tapi yang tak bestnya bila ternampak situasi kat atas tu... huh! ini juga merupakan penyebab kesesakan tadi, seram beb! bila nampak benda macam ni. Waktu nak dekat raya ni... rasanya semakin kerap krole tengok situasi kat atas tu. Pesanan ringkas dari krole berhati-hati memandu tu... ingatlah orang tersayang. Happy blogging semua.



p/s : pergi bandar tadi nak cari telefon baru... tapi tak jumpa lagi... kebanyakkannya luar kemampuan... aduh~

Sunday, July 28, 2013

Nombor Cantik

Ok! sebelum apa-apa krole nak bagitahu sikit... entri ini tak ada kaitan dengan main nombor ekor atau yang sewaktu dengannya ya. Sebenarnya hari ini line internet kat kampung krole ni macam biasa... lembab macam siput sedut hm... cuba korang bayangkan nak buka sebiji blog pun ambil masa 5 ke 6 minit... wah! kesabaranku tercabar! hahaha!. So aktiviti blogwalking sekali lagi terbantut sikit hari ini... tapi seronok juga... dapat luangkan lebih masa jalan-jalan dengan keluarga (ada hikmah juga).

Baru kejap tadi krole dapat buka blog tersayang dan... wah! follower blog krole ni bertambah lagi. Cantik pula nombor tu 2777 pergh! kalau dalam feng shui cina tu ada maksud tak nombor ni? (saja nak tahu). Ohya! blogger yang ke-2777 itu adalah blogger Norhazlina empunya kepada blog Tinymummy, kalau nak berkenalan dengan beliau klik saja namanya yang ada kat entri ini ok. Terima kasih krole ucapkan kepada semua yanng sudi follow teratak karya krole yang tak seberapa ni. Sayang korang semua laju-laju, oklah malas nak bebel panjang happy blogging semua.



p/s : hm... macam tak jauh lagi angka 3K kan?

Akhirnya Kau Pergi Meninggalkan Daku

Yes! tajuk entri dah macam drama petang-petang kan? hahaha! tapi... korang jangan silap, krole bukannya nak buat review drama atau movie terkini ya. Ok! balik kepada topik kita... apa yang tinggalkan krole ni?. Memang tak sangka rupanya hari ini merupakan hari terakhir krole dapat bersama-sama dengan hanphone kesayangan (nokia e72). Argh! macam nak menjerit saja waktu tu... awal pagi... krole cuba on hanphone kesayangan tapi... tak seperti selalunya... selalunya hanphone kesayangan akan terus hidup dan mengeluarkan cahaya yang indah.

Kali ini tidak... dia hanya gelap dan diam seribu bahasa. So krole cubalah bagi rawatan kat telefon dengan membuka bateri dan memasang semula namun tidak mendatangkan sebarang hasil, kemudiaan  krole cuba ketuk-ketuk handphone kat dinding eh? kata sayang? (lepas geram) namun tetap sama. Aduh! mungkin dah sampai masanya kot? 4 tahun dah hanphone ni berbakti dengan krole... dahlah waktu ni kurang sikit bajet... jawapannya tak berhandphonelah krole raya ni. Aduh! tapi... tak apa... mana tahu lepas ni ada rezeki pula pakai telefon android ni kan... kan... kan...Oklah happy blogging semua.



p.s : nak bawa cek kat kedai... tapi kedai tutup argh!!!

Saturday, July 27, 2013

Biskut Kasih Sayang

Semalam Mrs. krole dah kata nak buat salah satu biskut raya kegemaran krole. Wah! gembiranya hati ini bila dengar Mrs. krole kata macam tu... siapa tak seronok beb! isteri tersayang nak buatkan biskut raya kegemaran pergh! lepas sahur dan solat subuh tadi terus krole tak dapat tidur... teruja rasanya hati ini nak temankan Mrs. krole pergi ke kedai beli barang-barang keperluan. Waktu tu Mrs. krole tak beritahu lagi... biskut apa yang nak dibuatnya?.

Krole dapat teka pun... waktu beli barang kat kedai tu. Oh! rupanya isteri tersayang nak buatkan biskut coklat nestumlah... hm... krole tak tahu betul tak nama biskut tu hahaha! dari kecil sampai sekarang itulah nama yang krole gelarkan kepada biskut tu (contoh gambar kat atas tu). Pergh! bersyukur sangat... rasanya baru juga dalam dua tiga hari ni krole teringatkan biskut ni... tak sangka betul (terima kasih sayang). Biskut pun dah siap, tinggal nak tunggu waktu berbuka saja. Oklah happy blogging semua.



p/s : tak sabar nak makan biskut ni...

Friday, July 26, 2013

Semua Mahu Cepat

Bulan ramadan ni krole rasa pelik sangat bab pemanduan orang ramai ni... semua mahu cepat... kelam-kabut... tak tahu dia nak kejar apa?. Krole naik seram dah nak pandu kereta sekarangni. Contohnya cuba korang tengok gambar kat atas tu pergh! memang hebat beliau... bajet pemandu F1 kot?. Agak-agaklah nak cepat pun. Kalau tak bahayakan nyawa orang lain tak apa ni... hm... fikirlah sendiri.

Lagi satu... kat semenanjung ada masalah kekurang minyak diesel tak? bukan apa... kejap tadi krole ke pekan nak isi minyak ni. Tapi tak tahu kenapa... panjang barisan tu!. Nak 40 minit krole tunggu barulah sampai turn, itupun waktu turn krole tu... tiba-tiba pekerja kat sana menghampiri krole dan memberitahu dengan slumbernya "maaf encik... minyak diesel dah habis"... pulak!. Hm... terbantut hajat krole nak isi minyak malam ni. Selalunya petrol yang bermasalah ni, so kali ini luar biasa sikit. Korang ada info tak pasal ni?. Oklah nak layan perasaan kejap, happy blogging semua.



p/s : berhati-hati memandu... ingatlah orang yang tersayang~

Thursday, July 25, 2013

Maksud Sungkai

Hari ini tak dapat krole nak blogwalking sangat... Kelajuan internet hari ini memang mengecewakan aku. Terasa macam nak pijak-pijak saja modem baru ni tapi... itu semua hanya imaginasi krole hahaha! tak sanggup beb! baru beli tu!. Hm... inilah dugaan bagi seorang blogger kan? tanpa internet siapalah blogger? eh? macam... boleh buat tajuk entri saja ni?. Tapi serius beb! traffic blog krole memang meletop gila dua tiga hari ini. Mungkin disebabkan entri yang berkaitan bulan ramadan kot?.

Itupun all thanks to all of you... Ohya! tadi sebelum berbuka krole sempat update kat facebook... update gambar dan ucapan selamat berbuka saja. So tertarik dengan soalan seorang sahabat facebook krole ni yang berasal dari semenanjung. "krole... apa maksud sungkai ni?" katanya. Sebenarnya sungkai ni membawa maksud berbuka, dan ayat ni hanya digunakan pada bulan ramadan. Kalau waktu biasa... orang kat sabah ni tak guna perkataan sungkai ni ya. Harap korang faham ya. So esok bolehlah update kat facebook "selamat bersungkai semua" hihihi. Ok! happy blogging semua.


p/s : sungkai = berbuka

Duit Raya Dari Nuffnang

Wuah! ini yang buat krole bertambah-tambah sayang kat encik nuffnang ni hahaha!. Sekali dapat duit raya lagilah yeah!, kalau encik nuffnang ada depan mata krole ni... nak saja krole lambung-lambung macam orang menang sebuah pertandingan tu horay!. Alhamdulillah rezeki ramadan kot? selama ini hm... susah juga rasanya nak dapat CPUV ni... tapi kebelakangan ni serius beb! tak putus-putus yang datang. Lepas satu... ada lagi satu yang ganti.

Tadi krole saja buka akaun nuffnang, nak skodeng traffic dan pendapatan terkini... so ternampaklah krole pendapatan CPUV yang terkini pergh! sekali 3 beb... 5 CPUV sebelum ni dah credited dan alhamdulillah... boleh tahan juga krole tengok. Apa-apa pun... nak ucap terima kasih banyak-banyak kat korang semua... serius beb! tanpa korang hm... rasanya tak merasa krole benda-benda CPUV ni (korang terbaik). Terima kasih juga kepada encik nuffnang ya, kalau boleh bagilah lagi CPUV tu huhuhu. Happy blogging semua.



p/s : mesti korang lebih banyak dapat CPUV ni kan? ce cete...

Wednesday, July 24, 2013

Dah Mula Buat Biskut Raya

Assalamualaikum semua, semalam tak tahu macam mana dan bagaimana...? tiba-tiba rumah krole ni beriklim sejuk. Pergh! sejuk beb! pakai selimut pun masih tembus kesejukkannya. Hasilnya... bangkit sahur subuh tadi, meleleh-leleh hingus ni... "euw! gelilah krole!". Oh! hahaha... sorry, ok kita tukar ayat tu bagi sopan sikit ya, "mengalir mukus ni" hahaha! ok kan?. Sekali selsema da... Ohya! nak tanya ni... korang dah buat biskut rayakah?. Tadi dapat panggilan telefon dari mak "krole... petang ni kalau ada masa datanglah ke rumah ya, mak ada buat tart nenas ni sikit".

Pergh! macam nak bertukar jadi ultraman saja waktu tu hahaha!. Tart nenas ni boleh dikategorikan favorite juga ni hahaha!. So tak payah nak cerita panjang... memang confirm pergi petang ni. Ohya! sekarangni krole tengok perniagaan berjual biskut raya secara online semakin meriah. Selalunya laman sesawang yang menjadi tumpuan adalah facebook. Macam kat sabah ni krole tengok... paling top orang berjual kek lapis sarawak pergh! memang sedap beb! kek lapis ni. Oklah nak sambung buat kerja so happy blogging semua.


p/s : selsema oh selsema~

Tuesday, July 23, 2013

Mereka Hanya Jalankan Tugas

Cuba korang bayangkan... korang tengah memandu kereta kesayangan anda, waktu itu jalanraya terasa luas terbentang kerana tak banyak kereta waktu tu. Dari gear 4 korang tukar ke gear 5 dan kelihatan meter kelajuaan dah mencecah 120KM/H tapi tak tahu kenapa...? hari itu korang rasa kelajuan 120KM/H tu tak berapa nak laju sangat so pedal minyak pun ditekan habis-habisan. Senyuman mula terukir di wajah kerana terasa seperti raja waktu tu. Waktu tengah syok tu tiba-tiba korang ternampak sebuah kem kat tepi jalan dihadapan? tak tahu kenapa...? semua kereta yang lalu disana berhenti seketika, ada yang jalan terus dan ada pula yang berhenti ditepi.

Hati korang pun terasa tak sedap dan mengurangkan kelajuaan tahap dewa tadi, sampai giliran korang... "selamat pagi tuan" sapaan korang kepada individu yang ada disana dengan harapan beliau melepaskan korang. Dengan senyuman manis beliau menunding jari ke arah anda dan berkata "kenapa tak pakai tali pinggang keledar" pergh! waktu tu korang mesti terasa nak bagi jawapan untuk soalan itu kan... tapi tak tahu macam mana? sebijak mana pun korang, pasti tak dapat jawap punya, hanya senyuman tawar saja yang dapat dilemparkan.

Sebenarnya krole baru bersembang dengan seorang sahabat ni... dia kena saman dengan en. polis... itu inilah katanya... marah-marah tak tentu pasal, kata diri teraniayalah walhal salah sendiri. Krole tak tahu berapa samannya cuma sebabnya tak pakai tali pinggang keledar katanya? hm... Tak boleh juga nak salahkan kat anggota polis tu 100% sebab bagi krole dia hanya menjalankan tugasnya. Ini bila kena saman (selalunya salah sendiri) habis semua polis yang salah, tapi bila kereta kena curi polis juga kena cari (buat report). Oklah! ingat ya polis tu pun manusia juga so happy blogging semua.



p/s : memandu dengan berhati-hati dan ikutilah peraturan jalanraya~

Selera Bersahur Berkurangan

Assalamualaikum... sempat sahur tak? kalau sempat alhamdulillah, berkat tu. Ok! krole tak tahulah kalau korang ya, sekarang ni tak tahu kenapa...? selera krole waktu bersahur semakin berkurang. Nak kata diri ini makan lewat malam tak juga... nak kata diri ini makan banyak waktu berbuka tak juga, mungkin sekarangni badan krole dah biasa dengan situasi bulan ramadan ni, selalunya waktu bersahur dapat juga krole makan nasi walau setengah pinggan. Tapi sekarangni... sorry beb! memang tak dapat. Ada juga krole cuba makan bijirin-bijirin seperti koko krunch dan quaker oat.

Tapi tak masuk beb! hahaha! tak tahulah... perut orang kampung katakan. So jawapannya makan buah-buahanlah hahaha! nasib baiklah semalam Mrs. krole cadangkan beli buah, kalau tak... hahaha! confirm minum nescafe panas dengan biskut kering saja krole tadi. Lagipun sahur ni sebenarnya bukan nak kita makan sampai kenyang buncit perut pun. Janji kita bangkit dari tidur dan isi perut tu sikit untuk dapat keberkatan dan pahala sunat, Sabda Rasulullah; “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (HR Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.). Oklah happy blogging semua.


p/s : hari ini baby zahrah pun ikut bersahur hahaha! meriah sangat subuh tadi~

Monday, July 22, 2013

Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa

Assalamualaikum... huh! hari ini kat tempat krole sedikit panas berbanding hari sebelumnya, terasa kering kontang pula tekak hari ini. Hm... mungkin ini adalah salah satu dugaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya kan?. Ok! hari ini krole nak story sikit tentang "orang yang dibenar meninggalakan puasa" atau bahasa mudahnya adalah dibenarkan berbuka awal. Huh! mesti ramai yang berminat nak baca ni kan hahaha! ok! itu gurau saja. Ok! malas nak buang masa (sebenarnya tak ada idea hahaha!). Jom kita tengok sama-sama.

Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa :

1. Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa kerana mengalami sakit perut dan sakit kepala yang amat serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran. 

2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar solat (memendekkan rakaat).

3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.

4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan puasanya akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya.

5. Perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan anaknya, yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.



p/s : Namun kena qada balik puasa yang ditinggalkan sekiranya dah mampu ya~

Sunday, July 21, 2013

Berbuka Dengan Air Tangan Isteri

Bulan ramadan ni dah jadi macam trend krole tengok kat laman facebook? trend apa...? yang krole nampaklah kan... 20 minit lagi nak berbuka confirm orang ramai upload bermacam-macam juadah berbuka. Dari sate ke ayam panggang, dari cendol ke ABC special, dari murtabak ke karipap, dari mata ke hati eh? yang last ni macam tak kena sikit hahaha!. Tapi... yang seronoknya bila ada rakan-rakan yang upload resepi masakan huh! bab ni memang krole alert sekarangni, kalau menu kena dihati confirm jemari ni cepat saja menekan butang bookmark. Bukan apa... dapat juga bagi idea kat Mrs. krole, lepas tu boleh masak sama-sama kat dapur (seronok). Hari ini krole rasa bangga sangat dapat tolong Mrs. krole memasak kat dapur, walaupun diri ini hanya dapat menolong bab potong-potong, dan mencampak-campak bahan ke dalam kuali. 

Krole tetap bangga beb! sebab seronok sangat tengok air muka Mrs. krole tadi... boleh kata senyum sampai ke pipi, krole tahu beliau mesti penat tadi tapi... tak tahu kenapa? bersemangat saja krole tengok. Kepada suami-suami diluar sana, kalau boleh sekali-sekala tu luangkanlah masa menolong isteri di dapur ya. Walaupun tak dapat tolong banyak tapi InsyaAllah dengan kehadiran kita diaorang dah rasa cukup membantu. Hari Mrs. krole masak semuanya menu kegemaran krole (sup tulang, sambal tempe, kek buah, lemon tea, dan popia sosej). Sayang sangat dengan Mrs. krole. Bila berbuka dengan air tangan isteri ni pergh! memang terbaik beb! kalah masakan restoran 10 bintang tu hahaha!. Oklah happy blogging semua.



p/s : pesanan untuk semua suami diluar sana... bila isteri dah masakkan sedap-sedap tu... ringankanlah tulang untuk basuh pinggan mangkuk tu ya~

Basikal Bunny Untuk Baby Zahrah

Hujung minggu ini krole dan keluarga tak pergi mana-mana. Sebenarnya minggu ini memang krole dah rancang nak luangkan lebih masa bersama Mrs. krole dan baby zahrah. Seronok rasanya... semalam banyak aktiviti kitaorang buat bersama. Buat kek mix fruit... walaupun ini percubaan pertama kitaorang alhamdulillah... jadi juga kitaorang buat dan kek tu selamat disantap sewaktu berbuka hahaha!. Baby zahrah juga sekarangni semakin aktif.

Macam manalah agaknya ya bila baby zahrah dah pandai berlari...? hahaha! confirm slim tahap model-model krole lepas ni hahaha!. Ohya! cuba korang tengok gambar kat atas tu... hahaha! sebenarnya baby zahrah tak reti lagi naik basikal bunny tu... saja nak bagi cuba, try, test kat baby zahrah (alololo... senyumlah nak).

Rasanya 3 bulan lagi dah boleh kot baby zahrah guna basikal bunny ni? mesti comel kan? hahaha! seronok tengok anak membesar depan mata ni. Oklah! petang ni krole dah janji dengan Mrs. krole... nak tolong beliau masak kat dapur. Kalau tak silap krole menu hari ini... sambal tempe, sup tulang, ayam goreng tepung dan lemon tea. Semuanya homemade tau... hah! (terdengar suara Mrs. krole panggil). Ok! semua until next time, happy blogging semua.


p/s : aku semakin minat memasak huhu~

Saturday, July 20, 2013

Makruh Ketika Berpuasa

Esok merupakan hari yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarga krole?. Ok! nak cerita sikit ni... sebenarnya dari hari puasa pertama ayah dan adik krole berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah, dan kalau tak silap mak ada beritahu... flight diaorang smpai esok petang yeah!. Tapi waktu tu tak sempat krole update cerita ni, sebabnya amat mudah "tepuk dada tanyalah modem wifi" hahaha!. Doakanlah keselamatan mereka ya, amin.

Ok! back to the topik kita... perkara-perkara yang makruh ketika berpuasa ini adalah seperti bersuntik, berbekam, memasukkan air ke dalam rongga hidung dan berkumur-kumur secara berlebihan, mandi secara berlebihan, bercakap perkara buruk dan keji, menderma darah, mencium isteri (ciuman nafsu syahwat), dan merasa makanan dihujung lidah. Senang kan nak ingat? tapi jangan risau pula, benda ni semua makruh saja. So happy blogging semua.


p/s : ingat mengingati dan tegur menegur sesama kita ya~

Friday, July 19, 2013

Rugi Kalau Tertinggal Sehari

Assalamualaikum... malam ni krole nak kongsi satu cerita yang menarik dengan korang semua, cerita ni baru juga krole alami kejap tadi... seperti biasa, lepas berbuka dan solat maghrib... pergi masjidlah jawapannya untuk berjemaah menunaikan solat sunat tarawih. Alhamdulillah krole tengok, saf solat masih lagi melebihi daripada 3 barisan. Dipendekkan cerita... "ala... krole ni asyik nak pendekkan cerita saja" hah! siapa cakap tu! hahaha!. Krole ternampak seorang sahabat krole ni tengah duduk berseorangan diruang penjuru masjid?. So krole pun pergilah mendekati beliau dan bertanya "kenapa bro?".

Rupanya sahabat krole tadi sakit (demam), namun begitu dia bersemangat datang ke masjid untuk solat berjemaah pergh! tabik spring laju-laju kat dia. Ayat ni yang buat krole terharu tadi "rugi bro kalau tertinggal solat tarawih ni walaupun sehari". Huh! moga Allah mengurniakan semangat seperti ini kepada kita semua, amin. Betul juga kata sahabat krole tadi... ramadan ni hanya sekali setahun dan banyak kelebihannya... lagipun kita pun tak tahu adakah kita akan dapat lagi merasa ramadan tahun depan... hm... renungan untuk kita bersama ya. So happy blogging semua.


p/s : nak tolong Mrs. krole buat popia malam ni~

Kek Coklat D'krole

Fuh! cuba korang tengok tajuk tu...? dah macam nama resepi masakan antarabangsa kan? hahaha! perasan sekejap. Ok! sebenarnya hari ini krole belajar membuat kek coklat dari Mrs. krole... ohya! tapi entri ni bukannya krole nak share resepi pun (tak reti). Lagipun resepi ni pun Mrs. krole dapat kat internet, lepas tu barulah beliau memodified resepi tu.

Seperti biasa benda kacau-mengacau ni memang 100% serah kat krole, dan hari ini barulah krole tahu yang diri ini berbakat dalam mengacau tepung sampai sebati dengan ramuan yang lain. Huhuhu! pembantu setia krole semestinya baby zahrah, tak boleh nak berlepas dengan ayahnya ni... kalau tak confirm menangis punya.

Dah selesai semua! hahaha! ini kira shortcut cerita ini ya... bukan apa, masa mencemburui diri daku kala ini. Mrs. krole siap puji krole lagi tadi katanya "hm... bagus ni bang". Kembang kempis saja hidung ni bila dapat pujian dari isteri tersayang.

Lepas tu masak dalam ketuhar... hm... kalau tak silap krole dalam 40 minit begitu, akhirnya tada!. Gambar kat atas tu adalah kek coklat d'krole yang telah siap hahaha!. Bolehlah dijadikan juadah untuk berbuka petang ni. Oklah! krole nak tidurkan baby zahrah dulu ni so happy blogging semua.



p/s : mesti seronok kalau teror buat kek ni kan?

Thursday, July 18, 2013

Macam Biasa

Yes! akhirnya dapat juga aku masuk ke alam maya ni yeah!. Terasa macam nak menjerit sambil berlari saja waktu ni, tapi... disebabkan puasa huh! memang tak sanggup beb! tak pasal-pasal pengsan hahaha!. Mesti ramai yang nak tahu kan kenapa krole menyepi dua tiga hari ni? (bajet popular). Kalau tanya kat blogger el hahaha! mesti dia tahu punya?.

Sebab nak hampir sejuta kali dah krole update pasal ni. Yes! seperti biasa krole alami masalah tak dapat nak online yang disebabkan oleh modem wifi... yang dibekalkan oleh TM... yang selalu buat hal. Wahai modem wifi, nasib baiklah bulan puasa sekarangni... kalau tak... confirm longkanglah tempat kau bersemadi. Tapi tak apa... masalah dah selesai (for now), so salam ramadan dan happy blogging semua.



p/s : kepada rakan-rakan blogger, korang ada cadangan tak dengan masalah krole ni... samada bertahan dengan modem DLink ni atau beli yang baru saja...

Sunday, July 14, 2013

Bermain Kapling Menjadi Tradisi

Ok! sebelum krole membebel lebih panjang... mesti ramai yang tak tahukan? apakah bendanya "kapling" ni? ok... sebenarnya kapling ni sebutan orang sabah untuk meriam besi... bukan meriam buluh ya, orang sekarangni dah upgrade dah hahaha!. Kapling ni kalau kat kampung krole dah jadi macam tradisi dah... asal bulan ramadan tiba mesti tak sah kalau tak dengar bunyi kapling di malam hari... orang tengah sibuk solat tarawih, budak-budak ni sibuk bom sana sini pula.

Selalunya kapling ni diaorang buat daripada tiang-tiang signboard kat tepi jalan tu... lepas tu pandai-pandailah diaorang modified. Huh! memang bahaya beb! benda ni, tapi tak tahu macam mana nak cakap... kalau nasihat pun diaorang buat tak tahu saja. Tengah krole taip entri ni pun... bergema bunyi kapling diudara... nasib baiklah diaorang ni main jauh dari rumah krole kalau tak... confirm baby zahrah tak dapat tidur (kuat sangat bunyinya). Kalaulah tiba-tiba benda tu meletup... percuma dapat sakit, lepas tu jangan marah kalau beraya kat hospital kan? Oklah... krole nak rehat-rehat kejap so happy blogging semua.


p/s : boooommmmmm...!!!

Baby Walker Untuk Baby Zahrah

Yes! akhirnya baby zahrah dah boleh guna baby walker yeah! jom tepuk dada ramai-ramai! eh? sekali macam king kong da... hahaha!. Hari ini umur baby zahrah dah 4 bulan, semakin banyak dah yang dia faham, lepas tu dah pandai merajuk, ketawa kuat-kuat, menjerit, kejutkan ayah dan ummi tengah-tengah malam dan banyak lagilah huhuhu. So hari ini krole dan Mrs. krole nak ajar baby zahrah mengunakan device yang diberi  nama baby walker ni huhuhu.

Mula-mula memang baby zahrah takut, siap menangis manja... tapi lepas 5 minit macam tu, yeah! berjaya!. Cuma krole kena letak bantal kat depan bahagian dada baby zahrah, sebab baby zahrah belum pandai nak imbang badan so kena buat macam tu.

Hahaha! macam nak gigit saja baby zahrah bila tengok gambar ni...  gambar ini seperti berkata "lihatlah dunia... aku dah berjaya" hahaha!. 

Tapi... tak lama baby zahrah duduk dalam baby walker tu... mungkin kebosanan kot? sebabnya baby zahrah ni suka menyakat kedua ayah dan umminya ni hihihi... seronok sangat bila dapat tengok anak membesar depan mata ni. Cuba tengok gambar kat atas ni, itulah rupa baby zahrah kalau kebosanan hahaha! alololo... kasihan anak ayah, so happy blogging semua.



p/s : pandainya anak ayah~

Saturday, July 13, 2013

Murtabak Sayur

Murtabak sayur? ok! tak payah nak buat muka pelik semacam hahaha! hari ini... atas permintaan daripada blogger el, krole nak buat entri berkenaan murtabak sayur ni. Tapi sebelum itu krole nak cerita sikit... macam mana isu ini boleh terbangkit dari kubur... amboi! terlebih sudah hahaha!. Ok sebenarnya blogger el ada tanya kat krole, menu apakah yang wajib ada kat bazaar ramadan kat sabah ni?. So melalui permerhatian krole dari sejak kecil lagi... rasanya menu yang wajib ada kat bazaar ramadan ni adalah "murtabak sayur" ni.

Ok! murtabak sayur ni simple saja nak buat... itupun kalau tahu resepinya huhu. So macam krole yang tak reti nak buat ni terpaksalah membeli kat bazaar ramadan setiap tahun. Murtabak sayur ni tak jauh beza dengan murtabak ayam dan daging kat semenanjung cuma beza inti saja... inti murtabak sayur ni... hahaha! mestilah sayur kan? atau lebih spesifik adalah sayur kobis. Murtabak ni dalamannya lembut dan dipenuhi dengan aroma kemanisan kobis yang menyelerakan, manakala luarannya digoreng dengan garingnya. Lepas tu... murtabak sayur ni disertakan sekali dengan sos cili sebagai pencecahnya. Sedap beb! kalau nak bagitau saja kat krole... nanti krole belikan dan poskan kat korang hahaha!. Happy blogging semua.



p/s : macam mana el? ok tak murtabak sayur ni?