Friday, May 31, 2013

Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, mesti ramai yang cari krole semalam kan? (ayat perasan popular), ok! sebenarnya semalam, seharian krole tak dapat nak online... atas dua faktor sahaja. Pertama kat kampung krole hujan lebah, guruh... petir... semua ada semalam so disebabkan diri ini masih lagi trauma akan kes modem wifi yang hangus dek disabar petir huh! terus krole matikan (belajar dari pengalaman kan?). Kedua adalah disebabkan diri ini yang terlampaulah sibuk membantu gotong-royong kenduri kahwin abang sepupu krole (majlis malam ini dan esok, tahniah bro). Ok! rasanya lama dah krole tak buat entri perkongsiankan? so hari ini krole nak kongsi sikit tentang "golongan yang mendapat doa daripada para malaikat". Moga entri ini dapat membimbing dan memberi petunjuk kepada diri krole dan anda semua ya.

Golongan yang mendapat doa para malaikat :
 1) orang yang bersedekah di awal hari.
 - setiap pagi dua malaikat akan turun. malaikat yang perkama berdoa : "ya Allah, gantikanlah harta orang yang bersedekah" dan malaikat yang satu lagi berdoa "ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut" (hadis riwayat muslim)

 2) Orang yang menanti-nanti waktu solat.
 - seseorang yang duduk menanti waktu solat, selama mana dia tidak berhadas, maka malaikat terus mendoakannya: "ya Allah, ampunkan dosanya, Ya Allah, rahmatilah dia." 
(riwayat al-bukhari) 

 3) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa dia ketahui.
 - "doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaaan dia tidak mengetahui adalah mustajab."
 - "setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat disisinya akan berkata: "amin, semoga Allah memperkenankan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti yang engkau pinta untuk saudaramu."
 (Riwayat Muslim) 

 4) Orang yang berwuduk sebelum tidur. - " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat disisinya akan berdoa; "ya allah, ampunilah hambamu si polan ini, kerana dia tidur dalam keadaan suci."
 (Riwayat Ibn Hibban) 

 5)Orang Yang Menziarahi Orang Sakit - "mana-mana muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka allah mengutus 70 ribu malaikat mendoakan nya daripada siang hingga ke senja, dan daripada awal malam sehingga ke subuh"
 (Riwayat Ibn Hibban)


p/s : hujan adalah diantara waktu mustajabnya berdoa~

Wednesday, May 29, 2013

Pentas Akhir Kilauan Emas

Kilauan emas "otai masih berbisa" pergh! kalau nak diikutkan krole tak berapa nak layan program ni sebenarnya. Tapi ada hari tu krole lepak rumah ayah, dan waktu tu pula diaorang tengah layan tengok program ni, perkara pertama yang keluar dari mulut krole "pergh! dahsyat juga diaorang ni! tinggi-tinggi suaranya!". Huhuhu... waktu tu mak tersenyum melihat krole dan berkata "inilah orang lama...". Para peserta memang berbakat besar. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan suara krole aduh! kena berlatih 10 tahun lagi kot hahaha!. Tambah-tambah lagi bila krole terlihat telatah seorang peserta program ni yang berasal dari johor... cuba teka siapa? aha! betul! kak Ros. Memang gelak sakan bila tengok beliau membuat persembahan. Terbaiklah kak Ros! tabik spring!.

Tapi sayangnya minggu lalu beliau tersingkir, hm... bukan rezeki kan nak buat macam mana. Namun malam ni kita semua akan tahu siapa yang akan menjuarai program yang berprestij ni. Korang mesti ada pilihan masing-masing kan? macam krole ni, krole harap Mior dapat menjuarai program kilauan emas 2013 ni... memang respect kat beliau apa dia membuat persembahan diatas pentas, dan minggu lalu beliau juga telah membuktikan kepada semua yang dirinya bukan hanya boleh menyanyikan lagu rock malah lagu-lagu bergenre lain pun boleh. Duet beliau dengan Silah memang terbaik minggu lalu. Baru kejap tadi krole ada survey kat portal rasmi kilauan emas di facebook, pergh! ramai juga vote mior. Oklah jom kita layan kilauan emas, happy blogging semua.



p/s : mior! rock steady!

Tuesday, May 28, 2013

Headband Untuk Baby Zahrah

Alhamdulillah bulan ni murah sedikit rezeki krole dalam berniaga ni, so bila ada duit lebih sikit ni teringin juga rasanya nak beli benda-benda aksesori bayi ni untuk baby zahrah hihihi. Kalau nak diikutkan banyak dah aksesori baby zahrah ni, sebab ramai rakan-rakan krole yang hadiahkan, itu tak termasuk lagi rakan-rakan mukabuku dan blog ni. Terima you all, moga Allah murahkan rezeki korang semua. Ok! kalau nak diikutkan baby zahrah ni tak suka pakai aksesori-aksesori untuk kepada ni seperti topi, bila krole dan mrs. krole pakaikan saja confirm dia buka balik, lepas tu siap buat muka merajuk lagi, alalalala... comelnya anak ayah bila merajuk hihihi (muka merah padam).

Tapi tak tahu kenapa? benda alah yang bernama headband ni boleh pula melekat terus kat kepala baby zahrah... dari air muka baby zahrah juga jelas nampak yang dia suka sangat pakai headband tu huhuhu. Syukur sangat baby zahrah suka headband yang krole beli. Ada 2 jenis headband yang krole beli dan kat gambar ni adalah salahsatunya (nanti krole update yang satu lagi). Teringat pula kata nenek zahrah haritu 'wah! dah macam bunga kembang cucu nenek ni..." hihihi! seronok beb!. Cuba korang tengok gambar kat atas tu? baby zahrah berphotogenic hahaha! comel sangat, waktu ambil gambar ni habis pipi baby zahrah dicubit oleh nenek dan atuknya hahaha! (mungkin geram kot?) oklah krole ada kerja sikit ni, so happy blogging semua.



p/s : comel~~~

Monday, May 27, 2013

Siapa Sangka

Seawal pagi tadi krole dapat panggilan telefon dari ayah "krole... sibuk tak hari ini? boleh tolong ayah?". Pergh! jarang sekali ayah minta pertolongan dengan krole, so sepantas lipas kudung krole menjawap "hari ini tak sibuk... kenapa ayah?". Oh... rupa-rupanya ayah nak minta tolong kemaskan stor kat rumah, "oh... itu perkara senang ayah, 5 minit lagi krole sampai" kata krole dan terus memanggil mrs. krole untuk mengemas barang-barang yang perlu untuk dibawa ke sana. Selang 30 minit krole sekeluarga pun sampai ke rumah ayah aik? bukan krole kata 5 minit tadi hahaha!. Waktu sampai tu krole nampak adik bongsu krole tengah membersihkan stor yang terletak dibelakang rumah ayah seorang diri, "bro! lek lu...! kejap lagi gua join". Setelah selesai mengangkat barang-barang keperluan baby zahrah masuk ke rumah, krole terus ke belakang untuk membantu adik bongsu tadi. Waktu tu sempat juga krole tengok datuk dan nenek baby zahrah bermain dengannya hihihi... ini mesti kes rindu yang teramat ni. Cuma yang sedihnya tak sempat nak capture moment tu... 

Ok! berbalik semula kepada cerita pembersihan stor tu... pergh! tak sangkat banyak juga barang yang ayah tak gunakan dan nak buang ni huh! berpeluh juga satu badan, tapi dalam masa yang sama seronok juga... sebab jarang ada masa begini dengan keluarga hahaha. Waktu tu krole tengok kebanyakkan barang ayah yang nak dibuang ni adalah besi?  "ayah... betul ayah dah tak nak barang-barang ni?", ayah hanya menganguk. So tiba-tiba datang idea bernas kat kepala otak krole ni ting! (mentol menyala atas kepala). "dik... apa kata barang-barang ni kita jual kat besi buruk... macam mana?". "setuju!" jerit adik krole sambil melompat-lompat kegembiraan? (ok ini cuma gurauan saja). So lepas meletakkan semua barang-barang tadi ke kereta krole, kitaorang terus bertolak ke tempat jual besi buruk yang terletak berhampiran pekan beaufort ni. Akhirnya buat pertama kali, krole berjaya menjual besi buruk hari ini yeah! dan keuntungan tu krole bagi sama rata dengan adik bongsu, sebab ayah tak nak... ayah kata "itu rezeki korang...". Terima kasih ayah hihihi... siapa sangkakan? kalau dah rezeki macam-macam cara ia akan datang kan? hasil jual besi buruk tadi krole buat bayar bil internet dan beli barang sikit untuk baby zahrah dan mrs. krole, alhamdulillah. Nanti krole cerita lagi tentang ni dengan korang semua ya, so happy blogging semua.



p/s : nak tahu apa yang krole belikan untuk baby zahrah? ok esok krole cerita ya~

Sunday, May 26, 2013

Akademi Fantasia dan UAI

Mesti ramai yang dah tahu kan? ala... pasal akademi fantasia nak bersiaran semula tahun ini? hah! tak tahu...! cantik! hahaha! ok begini ceritanya, setelah setahun program ini menyepi akhirnya pihak pengurusn yang terlibat (ASTRO) mengadakan semula program realiti mencari bakat nyanyian ni. Krole tengok... kat facebook dah heboh pasal benda ni, ada yang teruja dan tak sabar nak menantikan sesi ujibakat, dan ada pula yang tak suka dan benci bila AF ni nak diadakan semula (merajuk tak lepas ujibakat kot? hahaha!). Tapi melalui kajian krole sendiri AF kali ini unik sikit sebab para peserta boleh menyertai program ini secara solo ataupun berduet. Wuah! mesti menarik kan... rasanya kali ini krole nak joinlah, siapa yang sudi nak berduet dengan krole? hahaha! ok... tolong jangan percaya dengan kenyataan itu kerana sememangnya suara krole memang sumbang mumbang (tak pasal-pasal buat malu je pergi ujibakat hihihi).

Ohya! tak lupa juga krole nak ucapkan jutaan lemon tahniah kat Ustaz Azhar Idrus kerana telah selamat berkahwin pada hari ini... kalau tak silap krole ini merupakan majlis perkahwinannya buat kali ke-3, Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri kerana Allah, kenapa tidak bukan?. Perkara ini pun kecoh juga dilaman sesawang facebook kala ini, ada yang mengucapkan tahniah dan ada pula yang tidak berpuas hati... hm... biasalah manusiakan? kalau ada baik, mesti ada buruk. Kalau difikirkan betul-betul tentang perkara ni kita manusia hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segalanya, so kalau Allah tak izinkan UAI berkahwin sekali lagi adakah anda semua rasa perkara ini akan berlaku? kan... so tak payahlah nak berburuk sangka tentang benda ni. Hm... oklah! rasanya sampai disini saja kali ini, sebenarnya nak dodoi baby zahrah ni, so happy blogging semua.


\
p/s : nanti krole update tentang baby zahrah ya~

Saturday, May 25, 2013

Berkat Bersabar

Huh! serius beb! letih sangat hari ini... boleh kata sepanjang hari krole berniaga kat tapak pasar mingguan hari ini, ok! nak cerita ni... korang nak tahu? seawal jam 6:30 pagi krole dah pun bertolak ke pekan... nampak macam rajin kan hahaha! bukan apa... krole bertolak awal kerana dari kampung nak ke pekan ambil masa juga... tolak panaskan kereta, jarak, jem... boleh kata waktu tu memang paling sesuailah. Bila sampai sahaja terus krole dan big brother (abang) membuka kem dan menyediakan barang jualan... rasanya tak sampai 15 minit kitaorang dah selesai. Seronok beb! berjual waktu cuti-cuti ni... orang ramai... dan alhamdulillah ada jugalah barang-barang kitaorang yang dibeli. Tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut... hujan turun dengan lebatnya... Ramai berlari bertempiaran ala-ala doremon waktu tu, takut basah katakan hahaha. Waktu tu krole tengok ramai peniaga-peniaga pakaian dan kain seperti krole ni berkemas hm... kira tutup awalah diaorang-diaorang ni, hinggakan ada seorang makcik peniaga kat sana tu menjerit kat krole "nak..!!! tak tutupkah? basah barang-barang kau tu nanti" sambil beliau berlari ala-ala pelari marathon. 

Krole pun bertanya kepada big brother "macam mana bro? tutupkah?". "sabar dulu role... hujan ni rahmat... manalah tahu ada rezeki yang Allah mahu berikan" so... kitaorang bertahan sambil itu juga sentiasa memastikan barang-barang jualan tak kena air hujan. Waktu tu peniaga di kiri dan kanan kem krole dah pun berkemas dan balik. Tapi itulah, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia Allah saja yang tahu, waktu hujan mulai renyai... ramai pula tiba-tiba datang menyerbu ke tempat kitaorang berniaga dan alhamdulillah boleh kata laris juga jualan hari ini. Kira pengalaman indah bagi kitaorang kerana hari ini merupakan hari kedua kitaorang berniaga macam ni. Syukur sangat ke hadrat illahi kerana memurahkan rezeki kitaorang hari ini. Kesimpulannya rezeki ni Allah dah aturkan untuk kita semua, hanya kita perlu mencari, berusaha dan sabar saja insyaAllah semua usaha kita akan dipermudahkan olehNya. Gara-gara jualan laris tadi big brother pun semakin bersemangat nak temankan krole berniaga minggu depan. Oklah sorry ya kalau entri kebelakangan ni tunggang langgang sikit, bukan apa kena cepat-cepat taip, nak jaga baby zahrah pula kejap lagi. So happy blogging semua. 




p/s : berkat bersabar~ alhamdulillah Ya Allah~

Berjual Dan Mendodoi

Selamat pagi baby zahrah hahaha! waktu macam ni dah jadi kebiasaan krole n mrs. krole untuk bangun... sebabnya waktu beginilah waktu baby zahrah paling aktif. Tergelak kejap tadi... malam tadi baby zahrah tidur sebelah krole, kalau selalunya baby zahrah bangun dia terus menangis (cara nak beritahu yang dia dah bangun), tapi kali ini lain sikit beb...  nak tahu macam mana dia kejutkan krole? hahaha! kali ini baby zahrah main lempang muka krole hahaha! yeah! rasanya nak 5... 6 kali baby zahrah lempang muka krole tadi, terkejut juga krole mulanya... bila krole bangun tu terus baby zahrah senyum eh? macam sengaja anak ayah ni. So aktiviti mendodoi bermula... tapi kalau waktu macam ni memang sukar sikit... selalunya krole bawa ke ruang tamu dahulu, bawa tengok TVkah... dengar radiokah... bila krole tengok baby zahrah dah mengantuk barulah krole dodoi semula kat bilik.

Ok! nak story sikit tentang benda-benda yang krole buat hari ini... boleh kata seharian tadi krole tak dapat nak online, bukannya line internet kat rumah krole ni bermasalah... cuma buat pertama kalinya, hari ini krole berjual kat pasar mingguan di pekan tempat krole tinggal ni. Huhuhu! memang best pengalaman pertama ni, "krole jual barang apa?" ah? siapa tanya tu? oh... krole jual kain dan barangan baby sebab krole tengok kat pasar mingguan ni memang tak ada orang lagi berjual macam ni, dan alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana memurahkan rezeki krole tadi. Eh...? alamak! baby zahrah menangis... so untill next time ya, happy blogging semua. Baby zahrah... ayah datang ni...



p/s : sebenarnya banyak lagi nak cerita ni... publish~

Thursday, May 23, 2013

Memang Tak Patut

Baru kejap tadi krole terlihat drama tak bersiri yang mengisahkan tentang perpisahan diantara dua orang insan yang bergelar kekasih... Ohya! drama ni krole tengok kat facebook ya bukannya kat TV atau panggung wayang dan perkara ni benar-benar terjadi. Benda-benda putus cinta ni sebenarnya bagi krole adalah perkara biasa, kalau dah bukan jodoh macam mana lagi kan? takkan nak paksa orang cintakan diri kita kan? yang sedihnya salah seorang dari pasangan kekasih tadi adalah sahabat krole sendiri (identiti dirahsiakan), mula-mula si juliet update di facebook "hubungan kita sampai disini saja... kita putus". Lepas tu si romeo pula komen kat bawah "ala... nak cover malulah tu... untuk pengetahuan semua, saya yang putuskan hubungan ni ya". Aik? ada juga situasi macam ni ya. 

Rasa macam nak tergelak pun ada waktu mula-mula baca update diaorang ni... tapi... lama-kelamaan jadi serius pula? nak tahu kenapa krole kata macam tu? hm... dari update tadi membiak menjadi ruang meluahkan permasalahan hubungan mereka. Si romeo berkata begini, si juliet berkata begitu... maki-makian pun keluar hinggakan nama-nama binatang haram digunakan... Aduh! apa sudah jadi ni... terus krole klik button home, bukan apa beb! tak sanggup nak baca dah komen-komen pasangan romeo juliet tu tadi, sampai aib pasangan pun diupdatekan? aduh! dunia oh dunia, ada juga orang macam ni. Kalau dah tak suka tu, tak bolehkah berpisah secara aman? ni siap memalukan diri masing-masing lagi... ikutkan hati macam nak menyampuk saja tadi tapi... risau juga nanti tak pasal-pasal terbabit sama. Dahsyat juga orang bercinta sekarangni. Oklah~ thanks for reading and until next time... happy blogging semua.



p/s : tak patut~

Wednesday, May 22, 2013

Harga Minyak Ron97 Turun

 
Ok! sebelum korang membaca entri krole ni... krole nak nyatakan entri ni bukannya pengumuman harga minyak turun ya. Sebenarnya awal pagi tadi krole sempat online facebook kejap... Kalau dah lama tak online ni notification tak payah nak ceritalah kan, banyak beb!. Tengah krole menghendap-hendap update rakan-rakan facebook tiba-tiba mata ini tertarik dengan satu update dari rakan krole seorang ni yang mengatakan "harga minyak ron97 turun" pada hari ini? waktu baca tu terasa macam nak terus start kereta pergi ke stesen minyak yang berdekatan. Tapi... betulkah harga minyak turun? 

Krole sempat bertanya kepada beliau tentang kenyataan ni, dan menurutnya beliau mendapat makluman ini melalui seorang sahabatnya semalam yang bekerja disektor minyak-minyak ni... tapi dia tak nyatakan pula nama syarikat berkenaan. Kebelakangan ni pun krole kurang dah tengok-tengok berita kat TV ni, kalau suratkhabar tak payah nak sembanglah, memang tak beli dah sekarangni hahaha!. Kepada rakan-rakan blogger yang ada maklumat pasal perkara ni please share with me ya, kalau betul confirm terus pergi isi minyak ni. Oklah! krole ada kerja sikit ni lagipun nak blogwalking perlahan-perlahan (balas jejak) so happy blogging semua.




p/s : harga minyak turunkah?

Tuesday, May 21, 2013

Sudah Memadai Bagiku

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi... sepanjang kehadiran baby zahrah dalam hidup krole dan Mrs. krole, rumahtangga kitaorang semakin berwarna-warni seperti pelangi selepas hujan yang lebat. Kehadiran baby zahrah banyak memberi pengajaran kepada krole dan Mrs. krole terutamanya dalam pengaturan masa yang lebih sistematik dan tepat. Pergh! bila dah ada anak ni serius beb! kena pandai atur masa... kalau tak semua benda tak jadi wo! hahaha! dan kalau nak cerita pasal letih tu hm... senang cerita baby ni bila membesar masa tidurnya semakin berkurang dan masa berjaganya pula bertambah... macam krole sekeluarga sekarang, selalunya baby zahrah mesti akan terjaga dalam jam 12 tengah malam ke atas... so kenalah krole dan Mrs. krole bergilir-gilir mendodoi baby zahrah hingga beliau tidur semula.

Seronok beb! mendodoi ni... tambah-tambah lagi apabila dodoian kita berjaya hahaha! waktu tu terasa macam nak menjerit sekuat hati... tapi... tak jerit pun, nanti tak pasal-pasal masuk pusingan kedua pula dalam aktiviti mendodoi hahaha!. Ramai juga rakan-rakan krole yang masih bujang bertanya "wei! krole...! tak letihkah jaga anak kecil ni?". Hahaha! selalu saja rakan-rakan tanya pasal ni... hm... mungkin nak kumpul semangat nak kahwinlah tu hahaha! ok! bila kena tanya macam ni senang saja jawapan krole... "memang letih beb! tapi tak tahu nak cakap macam mana? bila kau nampak wajah anak kau yang tersenyum pergh! confirm tak ingat dah semua letih-letih tu...". Selalu rakan-rakan krole tak berapa faham bila krole jawap macam tu, ala! biasalah... diaorang tak rasa lagi, nanti diaorang fahamlah tu. Bagi krole seronok sangat menjaga baby zahrah ni... asalkan krole tengok baby zahrah gembira sudah cukup memadai bagi diri ini. Oklah krole nak sembang-sembang dengan baby zahrah dulu so happy blogging semua.



p/s : ayah sayang zahrah~

Monday, May 20, 2013

Tangisan Berbunyi Ummi

Sebenarnya diri ini rindu sangat nak update tentang baby zahrah yang semakin membesar kala ini, kini baby zahrah dah pandai membuat bunyi-bunyian... seperti ooo! uhhhh! mmmmm! dan banyak lagilah. Bagi ibu bapa diluar sana mesti korang faham kan?. Hahaha! cumil sangat, nak dengar cerita best tak...? baru-baru ni krole ada beli dvd "lawak ke der 2" so waktu mood baby zahrah baik, krole dan Mrs. krole tontonlah cerita tu pergh! memang lawak beb! persembahan jozan memang terbaik, lain dari yang lain... kira nafas barulah katakan. Tengah krole dan Mrs. krole bergelak ketawa menonton cerita tu tiba-tiba haaaa! baby zahrah berbunyi seperti ketawa hahaha! waktu tu terus krole dan Mrs. krole berhenti melihat cerita tadi dan bermain dengan baby zahrah... seronok beb!(sampai hari ini belum habiskan cerita lawak ke der 2 tu hahaha!). 


Ohya! nak story sikit ni, baru kejap tadi waktu Mrs. krole tengah solat... baby zahrah menangis teresak-esak, pergh! terus krole dakap baby zahrah dan buat-buat bercerita dengannya "ummi tengah solat tu nak, tunggu kejap ya, kan ayah ada ni...." tapi usaha krole tak berjaya, baby zahrah semakin kuat menangis... terus krole mengangkat baby zahrah dan mendodoinya sambil berpusing-pusing kat bilik ni, tiba-tiba...? tangisan baby zahrah berbunyi seperti menyebut "ummi", terkejut krole waktu tu... bunyinya terang menyebut ummi, seperti baby zahrah sedang memanggil-manggil umminya yang tengah solat tadi. Waktu Mrs. krole siap solat terus beliau mendapatkan baby zahrah.... oh! rupa-rupanya baby zahrah nak menyusu, tengah baby zahrah menyusu tadi Mrs. krole berkata kat krole "abang dengarkah tadi?" rupa-rupa Mrs. krole pun terdengar tangisan baby zahrah seperti menyebut ummi tadi... kalau sekali tu tak apa... ni berulang kali tau. Indahnya ciptaan Allah kan, seronok melihat perkembangan baby zahrah dari hari ke sehari. Oklah maaf ya kalau sedikit tergantung entri ni, bukan apa... krole nak bawa Mrs. krole dan baby zahrah jalan-jalan kejap so until next time... happy blogging semua.




p/s : korang ada pengalaman macam ni kah?

Sunday, May 19, 2013

Dilantik Menjadi Pengerusi Masjid

Hari ini tak banyak sangat aktiviti krole... biasalah kalau mood hari ahad ni, memang nak rehat dengan keluarga sepanjang hari saja kat rumah. Tapi.. krole ada story sikit nak kongsi dengan korang semua, cuba tengok tajuk entri kat atas tu? aha! terlebih dahulu krole nak terangkan ya, yang dilantik menjadi pengerusi masjid tu bukan krole ya, hahaha! diri ini belum lagi layak nak pegang tanggungjawab macam ni tu lagi hihihi. Ok pagi tadi krole dijemput untuk menghadiri mesyuarat pembubaran ahli jawatankuasa masjid kat kampung krole ni, mesyuarat ni juga bertujuan untuk melantik jawatankuasa baru, pergh! waktu tu krole memang cuak sangat, bukan apa dalam hati ini tiba-tiba terlintas "aduh! mesti diaorang pilih aku ni... sebab kat sini aku tengok aku seorang je yang paling popular" hahaha! ok itu cuma gurauan, korang boleh mula ketawa sekarang.

Selepas pembubaran jawatankuasa diumumkan mulalah pencadangan dibuka untuk perlantikkan jawatankuasa baru, mula-mula orang kampung kena pilih pengerusi baru untuk mentadbir pengurusan masjid kat kampung krole ni. Tiba-tiba seorang pakcik bangkit dari tempat duduk dan berkata " aku hensom" hahaha! ok sekali lagi krole bergurau, dia kata " saya cadangkan agar Hj. Jusih bin Hj. Sarin menjadi pengerusi baru masjid kita" dan cadangan beliau dipersetujui oleh majoriti penduduk yang hadir tadi, so tahniah kepada ayah kerana dilantik menjadi pengerusi masjid yang baru tadi, eh? wait... wait... ayah? ya! beliau merupakan ayah krole hihihi...  cuba tengok gambar kat atas, yang berdiri tu ayah krole... waktu ni beliau tengah memberi sepatah dua ribu kata diatas perlantikkan beliau. Sekali lagi tahniah ayah, krole doakan moga ayah sentiasa dipermudahkan olehNya dalam tiap apa yang ayah lakukan, krole dan keluarga sentiasa menyokong ayah. Oklah sebenarnya banyak lagi krole nak cerita cuma... hihihi... nak dodoi baby zahrah ni, so happy blogging semua.




p/s : syukur alhamdulillah~

Friday, May 17, 2013

Kembali Ke Udara

Alhamdulillah akhirnya... setelah sekian lama menyepi kini krole dapat ke udara semua yeah! mesti ramai yang tertanya-tanya kemana hilanganya krole kan? (adakah?) pergh! tak tahu macam mana krole nak mulakan ni... ok! begini ceritanya, tanggal 18 april haritu tak tau macam mana? tak ada ribut tak ada halilintar tiba-tiba laptop krole buat hal aduh! waktu tu terasa macam nak masukkan saja laptop tu ke dalam kuali dan masak kicap hahaha! tekanan beb! waktu tu traffic blog dah semakin meningkat tapi hm... redha saja. So keesokkan harinya krole terus pergi ke satu-satunya kedai repair komputer yang ada di pekan krole ni. Tapi hajat krole nak baiki laptop kesayangan terpaksa krole tahan buat sementara waktu sebab chargenya terlampaulah mahal sangat (tak mampu). Balik rumah saja terus krole masukkan laptop tadi ke dalam kuali dan masak kicap? huhuhu ok! itu gurauan semata-mata, jangan pula ada blogger yang nak resepi kat krole nanti hahaha!.

Ohya! lupa pula nak cerita... selang seminggu dari tarikh laptop krole rosak... kali ini pun tak ada ribut dan halilintar juga... tak semena-mena modem wifi kat rumah krole ni pula rosak... aik? ini boleh membuatkan hati nuraniku ini terbakar!. Hahaha! baru krole nak kumpul duit sikit nak buat modal repair laptop kesayangan tiba-tiba modem pula buat hal aduh! waktu tu rasa macam nak bagi tendangan padu maut saja kat modem tu, tapi... tak buat pun hahaha! nasib baiklah modem tadi masih dalam waranti so dengan mudah pihak TM mengantikkannya... cuma nak ganti tu pun kena ambil masa seminggu lebih... tapi tak baik buruk sangka kan, mungkin diaorang tak jumpa rumah krole kot? al-maklumlah jalan kampung berbelit-belit. So kini masalah krole semua dah selesai... kena banyak berdoa saja agar benda-benda ni tak buat hal lagi. Ohya! terima kasih krole ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah blog usang ni sepanjang krole tak ada, insyallah jejak korang pasti akan terbalas huhuhu. Ok! nanti krole cerita pasal baby zahrah ya, banyak ni nak cerita, tapi nantilah ya... so happy blogging semua.



p/s : gumbiranya hati dapat online~