Friday, November 30, 2012

Korban Akikah

Pergh!!! letih beb!!! dahlah pinggang ni masih sakit gara-gara bersukan semalam tiba-tiba hari ini adalah pula jemputan khas daripada makcik sebelah rumah, katanya nak minta tolong sembelih kerbau untuk dibuat korban akikah anaknya. Untuk makluman umum krole ni tak adalah pandai sangat bab sembelih-sembelih ni tapi kalau nak tolong-tolong tu memang sentiasa ok hihihi. So tadi terpaksalah krole lupakan dulu sakit pinggang tu hinggakan Mrs. krole menjadi risau "bolehkan ni bang?" dengan senyuman kambing dan muka yang teramat "cool" krole jawap "tak ada hal yang~" hahaha... walhal dalam hati sendiri masih ragu-ragu.

Waktu nak tumbangkan kerbau ni pergh!!! tuhan saja yang tahu keperitan kita orang. Nak terkeluar semua urat ditangan ni waktu tu!!!. Tapi depan kawan-kawan muka kena "cool".


Inilah individu yang bertanggungjawab menyembelih kerbau hari ini, beliau merupakan orang yang paling berpengalaman dan handal dalam bab-bab macam ini, dan beliau juga merupakan datuk kesayang krole hihihi... "steady bos".

Beginilah rupanya kesungguhan orang-orang yang datang memberikan pertolongan hari ini, macam-macam gaya yang boleh kita lihat... yang duduk ditepi tu pakcik krole, beliau sanggup turun padang walaupun kesihatan tak seberapa sekarang ni (gaut). Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau, amin. Oklah sebenarnya krole letih sangat sekarang ni so happy blogging semua.



p/s : kerjasama~

Thursday, November 29, 2012

Gara-Gara Nak Bersukan Sangat

Petang tadi krole dan kawan-kawan a.k.a teman sejati bermain badminton, nak dijadikan cerita sebenarnya rancangan untuk bermain badminton ini bermula daripada abang krole (pagi tadi), mula-mula krole fikirkan dia bergurau... nak sewa dewanlah, main ramai-ramailah, beli "shuttle" lah. So waktu tu krole iyakan saja sebab waktu tu krole kan nak bawa Mrs. krole pergi bergunting rambut kat pekan. Selepas waktu asar (dalam jam 3 setengah begitu) tiba-tiba telefon krole berbunyi dan nama yang tertera adalah tak lain dan tak bukan ya!!! betul!!! abang krole tadi. Dengan ringkas beliau berkata "ok petang ni ON jangan tak datang pula" pergh!!! dasyat betul!!!  

So petang tadi krole pun pergi ke dewan kampung pintas (tempat kita orang main), waktu tu krole yang paling lewat... sebab waktu krole tiba tu semua dah ada dan waktu krole tiba tu semua merenung krole dengan muka seringgit lima puluh sen hahaha!!! selepas memanaskan badan kita orang pun mulalah bermain... hm... rasanya baru lepas satu permainan kot? krole terus berhenti... Argh!!! tergeliat pinggang krole!!! sakit beb!!! langsung tak boleh nak main, kesimpulannya aku jadi penonton sepenuh masa tadi argh!!! bila krole balik ke rumah terus mengadu kat Mrs. krole (nak minta urut) hihihi... Sambil kena urut sambil kena bebel tadi hihihi, inilah gara-gara nak bersukan sangat kan? aduh!!! happy blogging semua.




p/s : sakit~

Sesi Bergunting Rambut

Hari ini krole temankan Mrs. krole pergi ke pekan untuk bergunting rambut. Susah juga kita orang tadi cari kedai gunting yang berkonsepkan "muslimah" maksud krole... menyediakan tempat khas bagi wanita muslim untuk bergunting rambut, kalau pergi mana-mana kedai pergh!!! biasalah semuanya bercampur lelakikah? perempuankah? semuanya satu tempat. Kalau di Kota Kinabalu adalah juga dua tiga tempat krole tahu kedai-kedai gunting seperti ini tapi kat pekan sendiri ni hm... malas nak cerita hahaha. Dari satu kedai ke kedai yang lain pencarian kita orang tidak berhasil, kerana rata-rata kedai gunting disini tidak menyediakan tempat-tempat khas seperti itu.

Hinggakan Mrs. krole hampir berputus asa tadi, tapi entah macam mana mungkin rezeki kita orang kot? ada satu kedai gunting amoi ni menyediakan perkhidmatan seperti itu? aik? orang cina beb? terkedu seketika krole dan Mrs. krole tadi. "Haiya!!! jangan risau ma!!! kami biasa gunting-gunting olang muslim ma!!!", hahaha!!! syukur sangat, terlihat sedikit kegembiraan di wajah Mrs. krole tadi. Bukan apa dalam apa juga keadaan aurat tu sentiasa kena jaga khususnya wanita kan? tapi hairan juga kat sini ni boleh kata ramai pengusaha kedai gunting orang muslim tapi tak ada pula yang prihatin nak buat tempat-tempat khas untuk golongan muslimah? oklah malas nak cerita banyak nak bawa Mrs. krole jalan-jalan dulu, happy blogging semua.




p/s : ?????? 

Wednesday, November 28, 2012

Aktiviti Bersih

Untuk pengetahuan umum aktiviti bersih yang krole nak cerita kejap lagi ini tak ada kaitan dengan himpunan bersih 2.0 atau apa-apa versi pun yang ada di negara kita ini ya? walaupun domo kat atas tu berwarna kuning hihihi. Hari ini selepas subuh krole dan Mrs. krole menjalankan aktiviti bersih iaitu membersihkan bilik yang semak dan menyemakkan mata kita orang yang suci ini. So apabila Mrs. krole menyatakan hasratnya untuk membersihkan bilik kita orang, sepantas kilat krole setuju... dan dalam waktu yang sama juga sepantas halilintar krole menyediakan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan aktiviti bersih ni seperti penyapu, mop lantai, penyodok sampah, plastik sampah, kain lap, dan argh!!! macam banyak pula (tak larat nak taip hihihi).

Disebabkan Mrs. krole sekarang ini mengandung (6 bulan), so beliau hanya krole benarkan buat kerja yang ringan-ringan saja contohnya seperti memberi sorakkan, menyediakan air minum, dan menemankan krole bersembang? aik? kerja apa tu? hahaha. Apa-apa pun bila selesai saja membersih bilik tadi pergh!!! berbaloi beb!!! puas hati krole bila tengok bilik bersih dan berkilat. Lagi menyeronokkan bila tengok Mrs. krole seronok lihat bilik dah bersih. Oklah itu saja untuk kali ini so happy blogging semua.




p/s : wuah!!! bersihnya!!!

Tuesday, November 27, 2012

Rimas Dengan PTI

Rasanya selama ini tak pernah pula ternampak "UFO" lalu lalang di pekan Beaufort ni, tapi tak tahu kenapa? kebanjiran makhluk asing a.k.a pendatang tanpa izin ni semakin bertambah dari masa ke semasa. Kalau yang ada permit untuk membuat kerja-kerja (kerja binaan) tu tak apalah. Tapi... kebanyakkannya lansung tak mempunyai pengenalan diri, krole dapat tahu yang dia orang tak ada pengenalan diri ni pun dari abang sepupu krole yang bertugas sebagai polis di pekan ni. Kadang-kadang kalau ke pekan terasa diri ini seperti berada di "oversea" pula, mana taknya krole kata macam tu... kalau dinisbahkan kita dengan mereka rasanya 1:10 kot? huh!!! dahsyat kan? Krole tak adalah juga benci sangat dia orang ni... kalau perangai elok kita tak kisahlah, tapi rata-ratanya mereka ni berperangai "melampau yang teramat"?

Bukan apa kat tempat krole ni kebanyakkan PTI berlagak seperti watak-watak dalam cerita "KL Gangster" tu pergh!!! angin beb!!! tengok tempat kita kena buat macam tu. Siap buat geng lagi... yang pakistan geng pakistan... yang filipin geng filipin... yang indon geng indon... aduh!!! tak sedar diri betul dia orang ni... yang merisaukan lagi sekarang ni PTI di negeri Sabah yang memohon kewarganegaraan kebanyakkannya diluluskan aduh!!! tak tahu kenapa jadi sampai macam ni? ada juga hari itu krole sembang-sembang dengan kawan-kawan, ada yang berpendapat perkara ini ada kaitan dengan agenda politik sekarang ni? hm... tak tahulah krole, tak berapa nak minat bab tu. Kalau nak berpolitik tu politiklah tapi jangan sampai hancurkan negara ya. lagi merisaukan di Sabah atau lebih spesifiknya Kota Merudu kecoh sekarang ni dengan kejadian "rogol yang melibatkan warga asing" aduh!!! menjadi-jadi dia orang ni? Harap-haraplah pihak yang berkenaan mengambil tindakan lanjut mengenai perkara ni, nak rimas dah dengan PTI ni. Oklah happy blogging semua.




p/s : rimas!!!

Monday, November 26, 2012

Konsert Hiburan Dan Majlis Agama

Sebelum krole memulakan entri ini saja nak beritahu yang niat penulis hanyalah untuk berkarya berdasarkan pengalaman dan bukannya nak tunjuk pandai sebab diri ini banyak kekurangan juga berkenaan dunia dan akhirat. Oklah!!! (semangat) nak cerita sikit ni, korang perasan tak apa bezanya konsert hiburan dan majlis agama? kalau korang tengok gambar ni pun rasanya dah menjawap persoalan krole tadi kan? sedih sangat hati ini bila tengok gambar tu. Baru-baru ni kat pekan Beaufort ada mengadakan anjuran serupa ini (konsert hiburan) tapi tak adalah besar-besaran sangat tapi pergh!!! sambutannya... senang cerita nak cari tempat parkir pun payah malam tu (tak pernah-pernah terjadi). Krole dan Mrs. krole waktu itu nak pergi "supermarket" untuk beli barang-barang dapur tapi pergh!!! terpaksa "cancel" sebab tempat parkir tak ada. Begitulah sifat manusia sekarangni (mengejar hiburan).

Berbeza pula situasinya bila bercerita tentang sambutan masyarakat terhadap program-program yang berunsurkan keagamaan (majlis agama). Aduh!!! selalunya tempat duduk yang disediakan sentiasa berlebihan (atau orang yang datang sedikit), walhal kalau konsert hiburan langsung tak ada kerusi disediakan tapi kehadiran pergh!!! dahsyat beb!!! lepas tu yang selalunya krole tengok, orang yang datang ke majlis-majlis agama ni selalunya umurnya dah boleh dikategorikan sebagai warga emas, program seperti ini ada menghadkan umur penontonkah? hanya 40 tahun ke atas sahaja yang boleh datang? pelik bin hairan kan? tapi itulah realitinya pada masa kini. Oklah malas nak membebel lama-lama, entri ini bertujuan untuk peringatan kita bersama. Happy blogging semua.




p/s : jauh sangat bezanya~

Ada Juga Yang Buat

Hairan bin ajaib kan? walaupun dizaman yang serba moden ni masih ada segelintir masyarakat kita yang masih lagi mempercayai atau melakukan perkara dan perbuatan yang berunsur "syirik" ni. Sebelum krole membebel lebih panjang, izinkan krole menerangkan apa maksud syirik ni ya. Syirik ini adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Tapi lain pula ceritanya sekarang ini? kalau kita tengok di majalah-majalah atau apa sebarang media pun banyak menceritakan tentang perilaku masyarakat sekarang melakukan perkara-perkara yang berupa syirik ni? yang muda dengan "minyak pengasihnya", yang dewasa dengan "ngangkungnya" dan yang tua dengan "susuknya".

Adakah dia orang ni tak sedar yang perbuatan yang mereka buat tu berupa syirik? iaitu menduakan Allah s.w.t. Kalau nak jodoh pintalah dengan Allah dan amalkanlah doa-doa pendekat jodoh (dalam Al-Quran), kalau nak kaya pintalah kepada Allah kerana sesungguhnya kekayaan itu semua daripadaNya (amalkan ayat seribu dinar), kalau nak cantik pintalah kepada Allah kerana sesungguhnya kecantikkan itu semua milikNya. Tapi masyarakat sekarang ini lebih suka jalan mudah, yang paling ketara dan semakin popular sekarang ni adalah memuja benda-benda yang dianggap keramat bagi mendapatkan "nombor bertuah" (toto).

Tanpa mereka sedari perbuatan mereka itu mengundang kemurakaan daripada Allah s.w.t kerana perbuatan menyekutukan Allah ini adalah perkara yang amat ditegah dalam agama kita dan besar dosanya. Hinggakan terdapat firman Allah yang menyatakan sekiranya kita melakukan perbuatan syirik ini tidak akan diampunkan dosa dan dijauhkan daripada pintu syurga (haram). Jadi marilah kita sama-sama berdoa diri kita dan umat islam yang lain tidak akan sekali melakukan perkara-perkara seperti  ini. Happy blogging semua.

Firman Allah yang bermaksud : 
Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” 
(Surah al-Ma’idah, ayat 72)


p/s : minta dijauhkan daripada perbuatan syirik ni~

Sunday, November 25, 2012

Rasa Sedikit Kecewa

Sebenarnya kalau difikirkan? siapalah kita ni nak beri komen tentang prestasi pemain bola sepak kebangsaan negara kan? krole baru lepas tengok perlawanan bola sepak diantara Malaysia dengan Singapura. Dari petang tadi krole dan kawan-kawan bercerita tentang perlawanan malam ni, ada yang kata Malaysia menang 3-0, dan ada juga yang kata pasukan pihak lawan yang akan menang. Tapi bagi krole... sebagai anak jati Malaysia yang bersemangat waja (pergh!!!) krole tetap akan sentiasa menyokong pasukan negara walaupun mereka dikatakan tidak mempunyai peluang untuk menang. Dari tiupan wisel pertama tadi, hati krole dah berdebar sedikit kerana, krole lihat pasukan lawan yang banyak menyerang berbanding pasukan negara tercinta.

Krole cuba fikir sepositif yang mungkin (mungkin belum panas kot?)... tapi bila pemain lawan a.k.a Shahril Ishak dah menjaring gol sebanyak 2 kali aduh!!! terus lemah semangat nak tengok, itu pun krole cuba juga tengok... manalah tahu kot-kot pasukan negara dapat kejar. Tapi tak tahulah krole nak kata, mungkin pemain negara kita ni senang sangat kalah psikologi sebab bila dah 2 gol tadi krole tengok rentak mainan mereka semakin lambat dan kelam-kabut, itulah yang membuatkan pihak lawan dapat tambah lagi gol dimasa kedua aduh!!! kalau diikutkan mula-mula tadi riuh je rumah krole ni dengan sorakan kawan-kawan serta Mrs. krole (minat bola juga hihihi). Tapi bila dah 3-0 aduh!!! terus sunyi sepi, sehinggalah habis masa permainan. Argh!!! (jeritan batinku) tak apa, harap lepas ni skuad negara akan bangkit dan memperlihatkan permainan yang lebih berkualiti, go...!!! go...!!! Malaysia!!!.... Happy blogging semua.




p/s : dimanakah silapnya?

Beli Barangan Bayi

Kandungan isteri krole dah berusia 6 bulan sekarang ni. Seperti bakal ibu bapa yang lain, krole dan Mrs. krole juga tidak terkecuali dengan perasaan teruja untuk membeli barangan "baby" yang bakal menyerikan lagi rumahtangga kami nanti. Baru kejap tadi Mrs. krole menyuarakan lagi pendapatnya untuk membeli sedikit barangan "baby" contohnya seperti lampin (cloth diaper), seluar, tuala, botol susu, mainan dan hihihi... banyak juga nak beli ni. Bila Mrs. krole mula nak menyenaraikan senarai barang yang hendak dibeli hanya senyuman saja yang krole dapat berikan waktu tu... wuah!!! banyak barang nak beli tu!!! hihihi...!!! tapi biasalah... diri ini kena faham juga, dah lumrah wanita dengan sifat keibuannya kan?

Barulah krole tahu sekarang ni? barangan "baby" ni memerlukan bajet yang besar juga... dan kena pandai pilih barang juga kan? wuah!!! bab ni memang krole "surrender", kalau nak bagi pandangan tentang pemilihan warna tu bolehlah hihihi... merata krole cari botol susu berbentuk domo-kun tapi sampai sekarang tak jumpa, so blogger-blogger sabah yang tahu dimana tempatnya nak cari benda tu sila "roger-roger" ya. Oklah hhapy blogging semua~




p/s : adakah botol susu domo~

Friday, November 23, 2012

Pesta Bagandang Beaufort

Wuah!!! seronok sangat hari ini...? kat tempat krole (beaufort) ada sambutan "pesta bagandang" atau dalam bahasa melayunya pesta bergendang, hihihi... syukur sangat hari ini, sebab buat pertama kalinya krole dan Mrs. krole dapat pergi melihat pesta ini kerana tahun sebelumnya memang tak sempat kerana sibuk dengan kerja. Perkara pertama yang krole nak sangat lihat bila sampai ke lokasi "pesta bagandang" adalah "persembahan kulintangan" (alat muzik diatas), pergh!!! bab benda ni krole memang minat sangat sebab boleh kata kat tempat krole "kulintangan" ni adalah antara alat muzik yang paling popular dimainkan oleh masyarakat setempat. Lagipun cara mainannya bukan seperti dahulu, sekarang ni "upgrade" sikit, macam-macam lagu dia orang bawa tadi contohnya seperti lagu cindai, ombak rindu, dan banyak lagilah. Macam susah nak percaya kan? hahaha!!! 

Disamping itu juga "pesta bagandang" ni memberi ruang kepada pengusaha-pengusaha barangan tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka. Banyak juga krole jumpa barang-barang menarik tadi, dan sempat jugalah rembat dua tiga barang sebagai kenang-kenangan hihihi... Tapi yang tak bestnya tadi, tengah semua orang seronok-seronok, tiba-tiba berlaku kekecohan pergh!!! sepantas kilat krole pergi melihat... rupa-rupanya ada berlaku pergaduhan... dikhalayak ramai mereka beraksi... "side kick", "revearse kick", "chop kick", dan semua macam "kick" lah!!!. Boleh kata nak 10 minit juga mereka beraksi sebelum semuanya lari lintang pukang kerana dikejar dek polis. Kasihan kat Mrs. krole... kerana beliau terkejut sangat (lemah semangat) bila terlihat benda macam tu, argh!!! geramnya... rasa macam nak kejar budak-budak tu bagi sepelempang dua (tak kejar pun). Orang semua datang ke pesta ni nak menghiburkan hati dia orang pula sibuk nak jadi "hero". Tapi yang penting krole syukur sangat hari ini kerana dapat menghabiskan masa dengan isteri tersayang, happy blogging semua.



p/s : pesta bergendang~

Bajet Pemandu F1

Krole peliklah zaman sekarangni, kenapa pemandu-pemandu di jalan raya suka sangat pandu laju-laju... mungkin dia nak tunjuk kat orang semua yang keretanya boleh laju sampai 180km/sejam kot? tapi yang krole risau sekarang ini "kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam" pun dah terikut trend macam ni? semuanya "budget pemandu F1" walhal nyawa orang yang dibawa ke hulu ke hilir. Nak dijadikan cerita semalam sewaktu krole ke Kota Kinabalu pergh!!! nak kata "jam" tak juga tapi adoi!!! bab perangai pemandu-pemandu bas di sana langsung tak ada rasa hormat dengan pengguna jalanraya yang lain. Terutamanya di kawasan Kinarut hingga ke Putatan.  

Basnya main keluar masuk ikut suka hati laki mak tiri diaorang saja, tahulah nak cari rezeki tapi janganlah sampai membahayakan pengguna jalanraya yang lain serta penumpangnya. Adoi!!! tension beb tengok cara dia orang memandu... hah!!! nampak gambar kat atas tu... beginilah cara dia orang memandu... masuk... keluar ambil penumpang ikut suka hati... rasanya nak dua tiga kali juga krole tengok geng-geng bas ni hampir menyebabkan kemalangan semalam. Kalau pun kita "hon", dia buat muka "seposen je" lepas tu langsung tak tengok kita main jalan terus je... argh!!! macam mana orang macam ni dapat lesen? adoi!!! oklah krole nak pergi solat jumaat dah ni so salam jumaat dan happy blogging semua.



p/s : hati-hati memandu~

Thursday, November 22, 2012

Berikan Kekuatan Kepada Dia

Hari ini krole ke Kota Kinabalu bersama keluarga, tapi bukan seperti selalunya dimana kita orang pergi berpiknik, "shopping", santai di pantai hm... boleh kata... menghabiskan masa bersama-sama dengan aktiviti yang boleh membuatkan kita orang melompat keriangan dan ketawa guling-guling hihihi. Tapi, hari ini tujuan kita orang ke Kota Kinabalu adalah untuk menemankan ibu mertua krole berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Queen Elizabeth (yang krole cerita dalam entri sebelum ni). Kasihan kat mak mertua... serius beb!!! waktu nak masuk bilik pemeriksaan tadi mukanya jadi pucat, dan sampai sekarangni krole tak lupa akan pertanyaannya, "sakitkah bila kamera tu masuk perut mak?", aduh!!! rasa macam nak keluar je air mata pahlawan krole waktu tu. 

Untuk menenangkan hati mak mertua, so krole cakaplah "ala mak, tak sakit punya... geli-geli je tu" dengan senyuman yang kurang gula mak masuk ke bilik pemeriksaan. Agaknya 4 jam juga kita orang tunggu tadi, sambil berdoa agar mak diberikan kekuatan dan keselamatan. Tiba-tiba pintu dibuka dan tada...!!! mak keluar sambil senyum malu-malu kucing. "tak sakit pun" kata mak... "cuma rasa tak berapa nak selesa badan ni" bukan apa katanya sebelum kamera tu dimasukkan ke dalam perut melalui mulutnya beliau diberikan "ubat bius" dan perkara yang dikatakannya tak berapa nak selesa tu kerana sebelum memasukkan kamera tu doktor memasukkan angin ke dalam perutnya? (tak pasti macam mana, malas nak tanya lebih-lebih hihihi). Dalam tengahari barulah kita orang dapat keputusan pemeriksaan mak tadi, rupanya perut mak berkuman (dalam kuantiti sedikit) dan hempedunya... hm... doktor belum buat keputusan lagi sama ada perlukan pembedahan ataupun tidak? yang pastinya buat masa ni doktor bagi ubat untuk melawan kuman di perut dan tahan sakit untuk hempedu mak. Harap-haraplah semua ok lepas ni, happy blogging semua.




p/s : mak memang tabah~

Wednesday, November 21, 2012

Senyumlah Sikit

Bagi krole, kerja "cashier" atau juruwang kedai ni penting sangat kerana beliau berada di barisan yang paling depan sekali dikalangan semua pekerja-pekerja yang ada. Selalunya juruwang kedai ni dipilih berdasarkan personalitinya yang baik, iaitu mesra pelanggan, cekap, tenang menjalankan kerja dan banyak lagilah... senang cakap, luar dan dalam perangainya buat orang sejuk mata memandang je. Tapi? nak dijadikan cerita... krole dan mrs. krole keluar membeli-belah barang keperluan tadi, em...? nama kedai tu malaslah krole nak cerita (biarlah rahsia). Bagi krole kedai tu adalah antara kedai yang terbaik kat pekan beaufort tempat krole tinggal ni. Tapi...?

Bab juruwang yang berkerja di kaunternya yang krole tak boleh nak terima. Perangai memang "ke laut", bungkus barang main hentak-hentak... aduh!!! agak-agaklah... barang tu orang beli so cermatlah sikit kan? dan krole rasa pekerja tadi tu memang tak ada "urat senyum" kot? krole tadi sajalah buat lawak sikit kat kaunter (bagi menceriakan keadaan), tapi... seperti yang krole kata tadi pergh!!! tak ada "respond" beb!!! walhal orang lain yang ada kat situ dah ketawa guling-guling (saja tambah-tambah) miahahaha!!! lepas tu selalunya "cashier" ni bila kita dah bayar "confirm" dia akan kata "terima kasih, datang lagi". Cuba korang teka apa reaksi pekerja tadi lepas krole bayar semua barang tu? ya!!! betul!!! memang tak ada reaksi... hahaha!!! oklah malas nak cerita panjang pasal ni, happy blogging semua.




p/s : senyum itu sedekah~

Tuesday, November 20, 2012

Mak Mertua Kurang Sihat

Hari ini krole dan mrs. krole pergi ke hospital kuala penyu (seperti gambar diatas hihihi), nak dijadikan cerita sebenarnya mak mertua krole tak berapa sihat sekarangni dan beliau disahkan mengalami masalah pada hempedu, kalau orang kampung kata "hempedu berbatu". So hari ini  boleh kata dari pagi sampai ke petang krole berada di hospital saja bersama keluarga, kerana menunggu pemeriksaan mak mertua krole. Hm... risau juga sebab setelah disahkan oleh doktor tadi... doktor kata mak mertua krole diwajibkan untuk menjalanni pembedahan untuk membuang hempedunya bagi mengelak sakit tersebut merebak atau menjadi teruk? pergh!!! serius beb!!! terkejut juga krole sekeluarga bila dengar doktor kata macam tu? yang krole lebih kasihan bila terlihat muka mak mertua waktu tu, memang takut sangat.

Nasib baiklah mrs. krole dapat tenangkan mak tadi, dan setelah keadaan kembali normal... doktor pun menyambung tentang apa yang hendak disampaikannya. Rupa-rupanya kes ini baginya adalah biasa dan menurut kata doktor tu sekiranya pembedahan ini dibuat langsung tidak ada kesan sampingan atau apa-apa masalah pun. Tapi untuk kepastian krole dan keluarga mohon budi bicara doktor tadi agar membuat sepucuk surat agar mak mertua krole di periksa di hospital pakar iaitu di hospital queen elizabeth Kota Kinabalu. Alhamdulillah doktor setuju, insyallah sekiranya tidak ada halangan hari khamis ni krole kena temankan mak mertua ke Kota Kinabalu untuk pemeriksaan tu, sekiranya keputusan pemeriksaan disana menyerupai keputusan di Kuala Penyu ni, so mak mertua krole akan "confirm" dibedah. "ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kekuatan kepada mak mertuaku, permudahkanlah urusannya, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya, amin". 



p/s : amin~

Monday, November 19, 2012

Disini Ada Kotak Jerit

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan lemon terima kasih kepada semua pembaca-pembaca dan krolezone fans blog ni. Tanpa korang siapalah krole (pergh!!! ayat minta AFUNDI). Ok sebenarnya tujuan krole buat entri ini adalah untuk memberitahu kepada semua pembaca yang blog krole ni mempunyai "shout box" atau lebih mesra dipanggil kotak jerit. Dua tiga hari ni krole sering dapat komen di dalam entri yang berbunyi "salam tuan tanah, singgah sini ye", "kenapa tak pasang kotak jerit kat blog ni? susahlah!!!, dan banyak lagi (malas nak taip hihihi). Ok kepada yang mengomen tu terima kasih ya dan untuk pengetahuan anda blog ni memang mempunyai kotak jerit. Nak tahu kat mana? jom.

Ok cuba korang tengok kat sidebar sebelah kanan tu? aha~ ya. Ok... cuba tengok kat bawah banner "official owner" tu, ya... kan ada tertulis "krolezone shoutbox" kat sana... klik je benda tu dan kotak jerit akan terus keluar. Krole faham dalam dunia berblogging ni bukan semua blogger mengunakan streamyx, rasanya kebanyakkan mengunakan "broadband" so platform ini krole sediakan bagi memudahkan untuk mereka meninggalkan jejak. Krole mohon maaf untuk segala kesulitan kepada member-member yang komen haritu. Oklah happy blogging semua.




p/s : jom jerit kat kotak jerit?

Sunday, November 18, 2012

Wall Facebook Penuh Dengan Ucapan

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kat rumah (home sweet home), sebenarnya krole baru kembali dari mengikuti kursus di Kota Kinabalu dan sepanjang krole di sana hm!!! memang tak berkesempatan nak berblog kerana kat tempat tinggal yang disediakan untuk krole tak ada kemudahan internet... argh!!! (puas hati aku dapat jerit camtu hihihi), sekembalinya krole tadi, terus je menghadap laptop kesayangan... dan perkara yang pertama krole buka ada blog? saja nak tengok komen-komen yang ada. Alhamdulillah ada respond juga entry krole sebelum ni. Lepas tu terdetik pula di hati krole nak cek facebook.

So krole pun buka laman sesawang tersebut dan tada~ wuah!!! serius beb!!! pertama kali senyum krole ni sampai ke telinga? hahaha!!! gembira sangat bila tengok wall facebook penuh dengan ucapan kawan-kawan yang "wish birthday" krole hari ini, terima kasih krole ucapkan kerana sudi "wish" ye. Sayang juga korang kat krole ye? (muntah). Jika ada sesiapa yang beri hadiah tu janganlah malu-malu ye, hihihi... adakah? (serius ni).  Oklah isteri dah panggil so happy blogging semua.




p/s : it's my birthday~

Saturday, November 17, 2012

Blackout

At last!!! akhirnya aku boleh update blog yeah!!! hahaha...!!! aduh!!! pening betul kepala ni? kalau korang baca tajuk tu mesti dah tahu apa yang krole peningkan ni... kan? ya betul!!! "BLACKOUT", bila situasi macam ni terjadi pergh!!! memang terasa seperti duduk di zaman batu? mana taknya krole kata macam tu, semua perkara yang melibatkan elektrik tak boleh guna. Nak tengok TV tak boleh, lepas tu panas sebab kipas tak boleh guna kalau nak buka tingkap bagi angin masuk ada masalah juga... bukan setakat angin yang masuk... Nyamuk dan segala binatang yang sewaktu dengannya pun masuk aduh.

Dahlah krole kena duduki kursus esok di Kota Kinabalu, so pakaian semua belum lagi krole seterika!!! walaupun sekarangni dah ada elektrik tapi aduh, mata ni pula dah berat dan mood nak seterika baju pun dah tak ada. Terima kasih "BLACKOUT" hihihi... hm... rasanya esok pagilah krole seterika baju, lagipun dah lewat sekarangni patutnya jam 9 tadi krole dah masuk tidur tapi disebabkan "BLACKOUT" ni pergh!!! walaupun mata dah berat semacam memang tak dapat nak lelap. Oklah happy blogging semua.



p/s : belia benci blackout!!!

Friday, November 16, 2012

Bila Telefon Tak Ada Line

Benda ni lah yang krole tak berapa nak suka kalau berlaku, bila icon line kat telefon hilang barnya atau menjadi pangkah pergh!!! memang rasa geram sangat!!! kena pula bila waktu-waktu kecemasan pergh!!! rasa macam nak lempar je telefon tu kat sungai yang berdekatan. Hahaha!!! tapi rasa je, kalau nak buat tu aduh, tak ada fulus den nak ganti hihihi. Sekarangni krole tak tahulah kerap sangat gangguan line telefon kat kampung krole. Ohya? lupa nak cerita... krole guna line DiGi, perkhidmatan sebelum ni memang "tip top" tapi semenjak dua menjak ni hm... 

Ada beberapa kali krole cuba hubungi khidmat pelanggan dari Digi tapi? tu lah krole pun tak berapa nak faham apa yang diterangkannya (kelam-kabut je). Harap-haraplah lepas ni khidmat dari diaorang ni bertambah baik, terutamanya pada musim cuti sekolah macam ni? pergh!!! banyak jemputan kahwin krole dapat tu, so kena telefon sana telefon sini... tapi... waktu ni pula line nak main sorok-sorok argh!!!. Oklah malas nak cerita panjang, happy blogging semua.




p/s : dah ada line yeah!!!

Thursday, November 15, 2012

Minat Dengan Zombie

Tak tahulah kalau korang nak percaya tapi serius beb!!! krole memang suka sangat dengan benda zombie-zombie ni tapi tak adalah maksud krole suka nak jadi zombie hahaha!!! kalau nak jadi zombie pergh!!! jauh sekali rasanya. Sebenarnya maksud krole tadi, krole memang suka sangat tengok zombie ni tak kiralah dalam wayang ataupun permainan game pergh!!! asal ada kaitan dengan zombie ni "confirm" layan tak ingat dunia hahaha!!! kejap tadi krole baru lepas tengok cerita "resident evil" pergh!!! walaupun cerita tu dah kira basi tapi tak tahu nak kata macam mana, tak boring krole tengok... yang kesiannya isteri tersayang, beliau tak berapa nak minat cerita-cerita macam ni.

Kalau ikutkan takut juga kadang-kadang tengok wayang atau game zombie ni tapi dalam ketakutan tu terasa seronok pula. Mungkin? inilah kata orang tentang kepuasan dalam sesuatu perkara. Krole suka sangat tengok, lagi best kalau terbawa ke mimpi hahaha!!! siap boleh jadi hero tu!!! Oklah badan pun masih letih sebab hari ni kitaorang ada buat sambutan Maal Hijrah kat kampung so memang sibuk o0o0o0~ lagipun krole terlibat dalam persembahan marhaban so terikat sikit tadi. Oklah happy blogging semua.



p/s : brain!!!

Latihan Marhaban

Alhamdulillah, malam ini krole join latihan marhaban kat surau nurul ehsan... Ala tempat krole pergi gotong-royong pagi tadi. Sebenarnya kalau nak dijadikan cerita kumpulan marhaban krole ni dah lama, kitaorang pernah masuk pertandingan marhaban hingga ke peringkat negeri sabah dulu. Tapi bila dah masing-masing berumahtangga dan ada yang dah merantau jauh mencari rezeki maka kumpulan ini secara tak langsung terbubar. Tapi tak tahu macam mana, atas izinNya bulan ni semua ahli kumpulan marhaban krole ada di kampung pergh!!! tu yang terus rancang nak buat persembahan marhaban untuk majlis Maal Hijrah esok.

Dua tiga hari juga berbincang dengan member-member akhirnya semua setuju, kira persembahan reunion. Aha~ yang kat tengah duduk di kerusi tu lah guru kitaorang dari dulu merangkap datuk krole dan juga ayah kepada Imam Muda Ali Khairuddin yang kat program astro tu. Hihihi sebenarnya kitaorang sepupu, Rasanya tadi ambil masa juga nak tune balik suara masing-masing hahaha!!! krole pula suara macam nak ke laut je ngeee. Oklah nak rehat awal malam ni, esok kena bersiap awal. Doakan yang terbaik ya dan salam Maal Hijrah, ohya lupa pula... Happy blogging semua.



p/s : ehem2~

Wednesday, November 14, 2012

Jangan Berjanji Kalau Tak Boleh Tepati

Aduh!!! letihnya badan ni, dari jam 7.30 am lagi krole dah bergotong-royong dengan rakan-rakan kat Surau Nurul Ehsan di Kg. Limbawang, Beaufort, Sabah. Seronok beb!!! bila bergotong-royong ramai-ramai ni macam-macam ragam yang kita boleh nampak? contohnya geng-geng yang suka curi tulang, kuat mengumpat (gosip-gosip) dan yang kerja kuat. Tapi bab ni krole malas nak ulas panjang hihihi, cuma geram betul rasa hati ni dengan perangai sesetengah member yang suka berjanji, kalau menepati janji tu tak apalah ni asyik muka dia saja yang berjanji tapi tak timbul-timbul aduh!!! walhal semalam krole dah tanya, kalau tak dapat datang tak apa janji bagitahu saja, tapi lain pula kesnya... Siap berjanji lagi nak datang awal kononnya.

Tapi sampai ke tengahari... bukan setakat batang hidung, bayang-bayangnya pun tak ada? padahal krole dah nasihat baik-baik (ingat-mengingati sesama kita) "jangan berjanji kalau tak boleh tepati", lagi susah bila di telefon tak angkat, mesej tak balas.... hm... apa pula alasannya kali ini? sekarangni kitaorang tengah berehat so krole pun balik rumah kejap, bolehlah makan tengahari dengan isteri, solat, dan rehat-rehat... lepas solat Asar barulah aktiviti kitaorang akan bersambung, so doakan semuanya berjalan dengan lancar ya. Happy blogging semua.




p/s : ni pun still tak angkat telefon~

Tuesday, November 13, 2012

Bergotong-Royong

Alhamdulillah syukur... Walaupun penat rasanya berjalan hari ini tapi pergh!!! memang berbaloi. Bukan selalu dapat luangkan masa bersama keluarga macam hari ni. Sekembalinya krole ke rumah, tiba-tiba "telefon tangan" krole pula berbunyi dengan bernada deringan lagu "canon rock" krole terus mengangkatnya "hello"... Rupanya member AJK surau yang telefon memberi maklum akan aktiviti gotong-royong yang bakal diadakan esok. Pergh!!! bab gotong-royong ni yang krole suka sangat, bukan apa? disamping dapat jumpa member-member, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan tali silaturahim di antara semua penduduk kampung. Seronok sangat tengok orang ramai berkumpul dan berkerja bersama-sama.

Wuah!!! cumilnya WALL E!!! tapi... Domo lagi cumil (takut domo merajuk) hahahaha!!! eh? lupa pula krole? gotong-royong ni diadakan bagi sambutan Maal Hijrah yang akan berlangsung pada 15.NOV.2012 ni. Hm... mesti "happening" program gotong-royong ni sebab ia akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran IMAM MUDA ALI, iaitu bekas peserta program realiti imam muda astro yang kedua kalau krole tak silap. Yeah!!! mesti best. Oklah happy blogging semua.




p/s : jom gotong-royong~

Jalan-Jalan Dengan Keluarga

Hahaha!!! tergelak tengok gambar kat atas tu!!! sebenarnya hari ini krole dan keluarga keluar berjalan-jalan kat Kota Kinabalu, ohya? gambar kat atas tu adalah anak buah krole iaitu Mohd Rayyan, selalunya bila nak keluar jalan-jalan ni dialah yang pertama sekali masuk kereta, tapi lain pula ceritanya hari ini. Entahlah? mungkin tak ada "mood" lah tu? setelah mengunakan pelbagai teknik yang ada, akhirnya!!! beliau berjaya di sumbat masuk ke kereta hahaha!!! tak adalah gurau je. Perjalanan biasalah dari Beaufort nak ke Kota Kinabalu memakan masa selama 1 jam setengah bersamaan 100KM.

Boleh kata banyak tempat dah kitaorang jalan-jalan tapi disebabkan leka dan terlampau seronok sangat krole terlupa nak ambil gambar argh!!! bila teringat je terus krole "on" kan kamera dan mulai beraksi hahaha!!! gambar ni kitaorang ambil kat "water front" Kota Kinabalu. Kat sini siang tak berapa nak meriah, tapi kalau malam pergh!!! memang sesak 0o0o0!!! kerana area ni adalah salah satu tempat makan makanan "SeaFood" dengan harga yang murah. Kalau ada member-member yang nak ke sabah, jangan lupa singgah-singgah tempat ni ye, memang berbaloi.

Inilah individu yang menjadi mangsa hari ini iaiatu adik ipar krole merangkap "angkat barang, tukang ambil gambar, kejar rayyan, dan segala-galanya" hahaha!!! (gurau je). Oklah krole nak sambung jalan-jalan kejap so happy blogging semua.




p/s : sempat lagi update blog hihihi~