Sekarangni kat daerah tempat tinggal krole iaitu Beaufort memang tengah panas dengan kempen-kempen ahli politik yang ingin meraih undi. Kalau nak bercerita pasal bendera pergh!!! sepanjang jalan kalau tak nampak memang tak sah, krole ni tak adalah pandai sangat mengenai benda politik-politik ni... cuma tak berapa suka dengan sikap segelintir pihak (yang memasang bendera), kalau nak pasang bendera tu pasanglah saja tapi, ni ada yang sampai gaduh-gaduh aduh!!! apa cerita ni? tak kiralah kau parti mana sekalipun tak payahlah nak berlagak samseng. Ni silap pasang sikit gaduh, itu ini gaduh.
Bukan apa, sebenarnya hari tu krole lepak-lepak kat rumah kawan, tengah kitaorang lepak tiba-tiba ada kekecohan berlaku di jalanraya depan rumah kawan krole tu, benda pertama dalam kepala krole waktu " ni memang kemalangan ni" tapi... setibanya kitaorang di tempat kejadian (pergh!!! ayat). Rupa-rupanya ada dua kumpulan tengah bertekak waktu tu, bila kitaorang dengar betul-betul apa yang mereka gaduhkan hek eleh!!! rupanya berebut kawasan nak pasang bendera parti masing-masing... Adoi!!! tak bolehkah runding cara elok-elok? kan luas tempat tu... Dahlah bergaduh siap jerit-jerit lagi, rasanya dia nak beritahu satu kampung kot? dah tu krole tengok orang yang terlibat tu macam bangga pula bila orang ramai makin berkumpul, sepatutnya malu dan segan? hm... inilah manusia kan? macam-macam perangai. Happy blogging semua.
p/s : gambar diatas tidak ada kaitan dengan cerita ini ya~