Monday, July 30, 2012

Yang Berwarna-Warni

 Yang berwarna-warni sentiasa menjadi pilihan utama krole apabila menyerbu bazzar-bazzar yang berdekatan untuk mendapatkan juadah tambahan untuk berbuka nanti, tapi gambar kat atas tu macam tak kena saja dengan entri ini kan??? hahahaha lantaklah yang penting krole suka sangat tengok gambar itu wuah!!!! krole pun tak tahu nak kata kenapa krole suka pilih juadah-juadah yang berwarna-warni kat bazzar ramadhan tu? mungkin sebab nafsu kot??? selalunya benda yang berwarna-warni ni kan manis dan sedap. Macam hari ini krole habiskan masa hampir sejam di bazzar untuk mencari juadah yang berkenaan dihati hihihi...
Akhirnya tada!!! inilah juadah yang krole pilih pergh!!! sebenarnya nama ABC ni panjang lagi tapi krole tak ingat hahahahaha!!! yang penting berbuka kang benda ni lah yang pertama masuk perut krole hahahaha!!! oraitz guys and gurlz krole ciowlu ya, salam~


p/s : yummmyyy~

Thursday, July 26, 2012

Jangan Marah-Marah

 Dalam bulan ramadhan yang barakah ni krole tengok kebanyakkan member-member krole mudah sangat marah-marah, melenting tak tentu pasal, cepat merajuk dan yang sewaktu dengannya hihihi... Mungkin disebabkan kelaparan tahap gaban kot hahahaha!!! sebenarnya dalam bulan ramadhan ini kita digalakan untuk bersabar (sabar itu satu daripada iman), bukannya bersabar dengan menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja malah kita kena perlu sentiasa bersabar dengan sikap marah kita, bersabar dengan nafsu kita. Dan yang paling penting kita kenalah perbanyakkan ibadat.

Apalah nak marah-marah... nanti kena jual baru tau hehehehe... agaknya sekarangni krole agak ketinggalan sedikit dengan maklumat-maklumat terkini prihal dunia bloggers ni, korang nak tahu krole baru je tahu semalam yang blogger Hanis Zalikha dapat tawaran berlakon kalau tak silap krole tajuk movienya "Gangster Celup". Pergh!!! tahniah pren... moga lebih berjaya dimasa akan datang~ Oraitz, krole nak ciowlu, nak serbu bazzar dengan member-member... tata~ Happy blogging semua.



p/s : wuahh!!! laponye!!!

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Dalam Sudutku

 Alhamdulillah syukur at last!!! krole dapat juga update hari ini yeah!!! hari ini merupakan hari ketiga kita berpuasa dalam bulan ramadhan ni. Syukurlah bagi kami yang berada di timur Malaysia kitaorang ada dalam sejam lebih lagi nak berbuka yeah!!! hahahaha!!! bagi yang duduk di semenanjung di harap bersabar ya miahahaha!!!. Bagiku ramadhan kali ini amat bermakna kerana berlakunya satu perkara yang teramat-amat besar dalam hidup krole yang biasa-biasa saja ni, hemmm,,, tapi belum lagi kot krole boleh cerita tentang tu hihihi ala saja nak bagi surprise!!! bila masa tiba krole akan kongsi dengan seluruh dunia pergh!!! macam benda besar je kan.

Apa-apa pun dalam bulan ramadhan ini banyak-banyakkanlah beribadah dan jauhkanlah perkara-perkara yang membatalkan puasa insyallah. Oklah krole nak pergi bazar dulu... salam


p/s : salam ramadhan~