Saturday, December 31, 2011

Azam Baruku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger yang ada diluar sana... Hari ini merupakan hari penutup iaitu hari terakhir tahun 2011 ini, syukur alhamdulillah dapat juga krole menyambut tahun baru ini bersama isteri yang tercinta yeah!!! bila ditanya kepada semua mesti ramai yang menyatakan mereka mempunyai azam baru untuk tahun 2012 tahun hadapan. Begitu juga dengan krole hihihi, azam krole pada tahun 2012 ni krole nak memajukan lagi diri krole berbanding sekarangni, menjadi seorang pemimpin rumah tangga yang berjaya didunia dan di akhirat, buka perniagaan, dan pergi umrah.

Pergh!!! dan bagi dunia blog pula krole nak majukan lagi blog ni iaitu dengan membuat lebih banyak entri-entri yang boleh memberi ikhtibar kepada kita semua, tapi bila berazam jangan hanya azam sahaja. Usaha kena ada, insyallah... krole doakan moga korang juga akan terus mengejar azam anda dan berjaya melaksanakannya, amin. Oklah isteri krole dah panggil tu, krole undur diri dulu, jumpa lagi di entri akan datang, happy blogging semua.



p/s : happy new year!!!

Friday, December 23, 2011

Untuk Sementara Sahaja

Wuah!!! hari ini meriah pula rumah krole ni dengan kehadiran kawan-kawan rapat yang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada krole hehehe... walhal flight krole esok? hihihi tapi tak apalah mungkin diaorang takut tak sempat esok kan? lagipun mereka semua berkerja esok!!! thanks guys. Apa-apa pun setakat ini krole rasa semua barang-barang penting yang krole nak bawa balik kampung telah berjaya dimasukkan ke dalam kotak!!! tapi petang ni rasanya krole kena double check! mana tahu ada lagi barang-barang yang krole terlepas pandang. Ohya sebenarnya krole ada pengumuman penting nak bagitahu semua.

Mesti ramai yang perasan kan? ruang chat di dalam blog ini telah di buang tapi korang semua jangan silap ianya hanya untuk sementara diatas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakan. Krole mohon maaf diatas segala kesulitan ini, namun ini bukannya bermaksud krole nak stop blogging atau apa-apa pun? krole tetap akan selalu update blog ini dikala ada kesempatan harap korang semua masih lagi sudi datang ke teratak karya krole ni hihihihi.

Ni krole nak kongsi gambar duit terbaru yang dikeluarkan bank negara kita, nak dijangka akan mula diedar pada tahun 2012 pergh!!! siap ada note RM20 (warna kuning), sebenarnya krole dapat tahu pasal ni pun waktu blogwalking kat blog member-member. Ramai dah tahu rasanya kan? apa-apa pun happy blogging semua.



p/s : duit-duit!!!

Thursday, December 22, 2011

Kasihku Telah Pergi

Tengok tajuk tu pergh!!! memang dah pasrah gila. Hari ini kasihku telah pergi meninggalkan diriku, argh!!! selama ini kemana krole pergi mesti dia akan turut serta tak kira waktu, hujankah? panaskah? kitaorang selalu bersama. Banyak kenangan yang kami bina bersama, tapi hari ini krole terpaksa melepaskannya. Walaupun hanya untuk seketika pergh!!! terasa juga dengan pemergiannya hari ini. Macam manalah krole nak meneruskan hidup selepas ini? aik? mesti ramai yang pelikkan??? kenapa krole pasrah tiba-tiba ni???

Ayat kat atas tu saja buat suspen krole harap korang jangan marah ya hehehe ok begini ceritanya. Pagi tadi krole pergi ke lapangan terbang LCCT untuk menghantar motor kesayangan krole ni balik ke sabah, dalam banyak-banyak barang krole kat sini, ini je yang krole tak dapat nak jual? banyak sangat kenangan dengan motor ni tak sanggup nak jual. Lagipun inilah kenderaan pertama krole yang beli guna duit sendiri pergh!!! walaupun motor krole tetap bangga hehehe.

Inilah rupa kesayangan krole ketika sedang ditimbang beratnya bagi mengetahui kos untuk penghantaran ini? tak sangka motor krole yang ramping ni boleh mencecah 108kg pergh!!! berat juga ya, tapi setelah uncle penimbang tadi buat kiraan serta memberi "diskaun kawan-kawan" akhir sekali kos yang krole perlu bayar untuk penghantaran ini adalah sebanyak RM620 wuah!!! nasib baiklah dapat diskaun kalau tak boleh sampai RM700 juga katanya, betul atau tak... tak tahulah krole janji dah setel.

Beginilah rupa owner yang kesedihan kerana motornya sudah terbang balik ke sabah? hehehe macam tak sedih pun kan??? hahaha!!! krole sedih bukan apa... motor balik kampung awal dari tuannya hihihi... Oklah krole ni pun nak sambung kemas-kemas barang, so happy blogging semua.



p/s : uwah!!!

Wednesday, December 21, 2011

Terlibat Dalam Kemalangan

Huh!!! letihnya hari ini... barulah krole dapat relak-relak kat rumah, sepanjang hari ini krole di wad kecemasan hospital kajang, kawan krole terlibat dalam kemalangan hari ini. Al-kisahnya bermula begini, awal pagi tadi semasa beliau hendak keluar membeli juadah pagi rasanya dalam lingkungan jam 8:30AM kot (menaiki motor), beliau dilanggar dari sebelah belakang hingga menyebabkan beliau hilang kawalan dan jadi di tempat kejadian serta merta. Nasib baiklah waktu kes tersebut terjadi ada member yang ternampak, so member tu telefon krole pergh!!! kelam-kabut krole bersiap.

Sampai je tempat kejadian krole dapati member krole dah tak ada, dan melalui maklumat yang diberikan oleh pakcik-pakcik yang berada disana mereka menyatakan yang AMBULANS telah membawa member krole pergi ke hospital pergh! lagilah krole bertambah cuak! kalau dah melibatkan AMBULANS ni mesti dah parah kan? so krole and the gang pun terus pergi ke wad kecemasan hospital kajang. Waktu sampai tu ada masalah pula, abang sekuriti tak bagi masuk. Tak boleh salahkan dia juga sebab dah tugas dia? krole pun slow talk kat abang sekuriti tu dan akhirnya dia member kebenaran seramai 2 orang masuk ke dalam.

So krole dan seorang member pun masuk, waktu masuk tu memang terbayang juga perkara-perkara yang dahsyat kat member krole tadi. Tapi sekali krole tengok ya Allah... cedera tu memang cedera tapi waktu krole masuk tu dia tengah bertekak dengan doktor? topiknya adalah berkenaan masuk wad. Member krole tadi tak nak masuk wad tapi doktor tadi berkeras juga untuk memasukkannya ke dalam wad bagi membuat pemeriksaan menyeluruh. Hahaha!!! ada juga kes macam ni kan? member krole tu bukan apa dia tak suda masuk wad? boring katanya. Last sekali setelah kitaorang pujuk dan doktor menjanjikan untuk menahannya di wad selama sehari, dia pun mengalah dan redha dengan semua ini hihihi.

Oklah krole nak telefon isteri krole dahulu, langsung tak inform beliau pasal ini lagi, apa-apa pun happy blogging semua~




p/s : doakan moga member krole tadi cepat sembuh ya...amin~~

Tuesday, December 20, 2011

Cari Kotak

Alamaks tak sangka pula barang krole yang nak dibawa balik kampung terlampau banyak, sampai tak muat dah beg krole ni. Hari ini krole kena beli beberapa kotak untuk isi semua barang yang masih ada ni, dan dalam kegembiran krole ni tersirat kerisauan juga iaitu berkenaan perbelanjaan nak balik kampung ni, pergh!!! banyak makan kos juga. Mana nak hantar motor dan barang-barang lagi pergh!!! porgh!!! prang!!! hahaha!!! nasiblah boleh claim dengan jabatan semua ni nanti.

Wednesday, December 14, 2011

Bila Aku Sakit

Aduh!!! sakitnya kepala krole sekarangni, dari petang tadi sampai ke malam ni!!!. Berdenyut-denyut kepala ni, dari tadi krole cuba lelapkan mata tapi kecewa, kerana usaha krole tak membuahkan hasil pergh!!! ayat tu!!!. Pusing sana pusing sini last sekali on lappy terus update blog ni ahaks~ tapi rasanya krole macam nak demam je ni. Harap-haraplah tak demam sebab baru je sembuh dari demam plus selsema minggu lalu. Kencing pun masih lagi bau ubat ups sorry terkantoi sudah. Kalau macam ni lah nampaknya esok krole kena keluar berjogging bagi keluar peluh, bagi krole ubat demam ni satu je, iaitu keluarkan peluh.

Saturday, December 10, 2011

Sedih Atau Gembira

Krole pun tak tahu perasaan krole waktu ini? sedih atau gembira? hari ini patut menjadi hari yang paling berbahagia dalam hidup krole kerana dapat bercuti balik kampung tapi tiba-tiba pagi tadi krole di telefon pegawai atas menyatakan yang cuti krole yang dah lulus sebelum ini terpaksa di potong so sepatutnya krole balik bercuti ni selama seminggu tapi disebabkan dipotong dapat balik 3 hari sahaja? 3 hari??? pening kepala krole waktu ni, macam mana nak terangkan kat isteri nanti. Namun begitu krole tetap bersyukur sebab daripada tak dapat balik terus kan lagi teruk? cuma krole memang terkilanlah sangat dengan pengurusan jabatan ni. Senang-senang saja buat begitu, ingat gaji krole ni RM10K kah? ingat tiket flight tu harga dua tiga ringgitkah?.

Friday, December 9, 2011

Esok Balik Kampung

Sebelum krole mulakan entri hari ini krole mahu menjerit terlebih dahulu argh!!! tapi korang jangan salah sangka ya? krole menjerit ni bukannya kerana tension? tapi kerana terlampau happy sangat sebab esok krole balik kampung!!! diulangi krole balik kampung!!!. Hahahaha!!! seronoknya hati ini, pakaian semua dah siap packing dalam beg, barang-barang yang nak dibawa balik kampung pun dah setel. Huh! betul-betul krole teruja sekarang tak sabar nak jumpa keluarga di kampung. Lagipun member serumah krole akan berkahwin pada hari ahad ini di kuala penyu, sabah. Dapatlah krole pergi tengok yeah!!!.

Thursday, December 8, 2011

Suatu Ketika Dahulu

Alamak! bila terjumpa gambar ni tadi rindu pula krole dengan kenangan masa lalu (dibangku sekolah) ohya sebelum terlupa krole yang kat tengah tu! fesyen rambut tu memang tak boleh blah hahaha! mesti korang ada kenangan-kenangan waktu dibangku sekolah dulu kan? begitu juga dengan krole pergh! waktu tu krole jadi rebutan awek-awek dalam kelas, tiap hari ada je yang nak berkenalan tapi krole jual mahal bro! langsung tak layan hahaha! (ketawa jahat). Seronok sangat melayari alam persekolahan bersama rakan-rakan, sampai mati pun krole tak akan lupakan. Tapi waktu sekolah dulu memang tak sabar nak tinggalkan sekolah.

Wednesday, December 7, 2011

Jom Berzuma

Dikala orang ramai masih lagi hangat dengan fenomena "angry bird" dan semakin hari semakin ketagih dengan permainan tersebut, lain pula ceritanya dengan krole. Orang lain sibuk dengan "angry bird" krole sibuk pula dengan permainan "zuma" yang rasanya tak ramai sangat orang minat, krole kenal game ni pun melalui laman sosial "muka buku", rasanya dalam 1000 lebih member-member krole kat sana hanya dua tiga kerat je yang main game ini (tak popular). Tapi tak tahulah hari berganti hari krole semakin menyukai game ini, seronok layan o0o0!. Bila kebosanan, stress, dan bermacam-macam lagi perasaan melanda komfirm krole main game ini. Tapi kadang-kadang gara-gara game ni krole tension hahaha.

Karipap Inti Lalat

Sebelum krole mulakan entri hari ini krole nak muntah terlebih dahulu buweeekk!!! minta maaf ya heee. Pagi tadi balik dari kerja krole ada singgah sebuah warung ni untuk bersarapan hidangan disana memang terbaik, nasi lemak dia memang betul-betul haw liaw! disebabkan terlampau lama bersembang dengan member-member tadi krole pun ambil beberapa biji karipap yang dijual dikedai tersebut memang sedap karipap tu. Tapi tak sangka pula karipap yang krole sangka isinya kentang bercampur dengan lalat aduh! fail betulah! kalau ikutkan hati nak juga krole buat kecoh tadi, tapi bila difikirkan tak baik juga so krole panggil tauke warung tersebut.

Tuesday, December 6, 2011

Sudah Beli Tiket

Yeah! yaho! horay! antara perkataan-perkataan yang dapat mengambarkan hati krole yang tengah berbunga-bunga waktu ni hahaha! yeah! krole dah beli tiket balik kampung untuk 10 haribulanni, alhamdulillah syukur kerana dipermudahkan kerana ramai juga member krole tak dapat balik kampung hujung tahun ni? kerana kebanyakkan tiket yang dijual sudah habis. Ramai juga yang pasrah. Alhamdulillah mungkin rezeki krole kot? lepas beli tiket tu terus krole telefon isteri tersayang dikampung, hahaha! kalau krole gembira dapat balik kampung apatah lagi isteri krole? sampai menangis kegembiraan dia tadi? lama juga kitaorang sembang hingga krole terlupa yang krole belum mandi sejak balik kerja tadi (kerja malam).

Monday, December 5, 2011

Kelebihan Syurga Firdaus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger yang ada diluar sana, hari ini krole nak kongsi sedikit ilmu yang krole peroleh semalam. Seperti yang kita tahu syurga fidaus merupakan tingkat syurga yang paling tinggi darjatnya iaitu betul-betul dibawah arasy Allah S.W.T, serta segala apa yang ada didalamnya adalah amat indah sekali. Namun kelebihan utama syurga firdaus ini adalah dimana penghuninya dapat melihat Allah S.W.T dua kali sehari iaitu diwaktu pagi sekali dan petang sekali, ya Allah! beruntunglah kepada penghuni syurga firdaus kerana dapat melihat penciptaNya. Korang cuba bayang sedangkan kita bila dapat jumpa wakil rakyat atas artis dah teruja gila-gila! inikan pula kalau dapat bertemu dengan Tuhan kita yang satu.

Sunday, December 4, 2011

Ceritera Tok Bomoh

Nak kata cerita ni baru dah balik-balik masuk suratkhabar tapi kenapa masih ada lagi yang terkena dengan helah-helah yang digunakan oleh individu yang mengelar diri mereka "tok bomoh". Angin satu badan krole bila terbaca topik utama kat suratkhabar metro pagi ini, dimana satu pasangan ditipu oleh pakar urut tradisional a.k.a "bomoh RM10K" tapi krole bukannya angin kat bomoh tu tapi angin kat pasangan tu! krole tahu niat mereka hanyalah untuk berubat tapi biarlah berpada-pada. Kalau dah tengok cara yang digunakan mereka merapu-meraban serta mengunakan jampi serapah yang entah apa maksudnya, jangan tunggu lama terus angkat kakilah~ nanti tak pasal-pasal percuma dapat dosa, syirik tu doe.

Saturday, December 3, 2011

Alahai Batuk

Khok... khok... khok... aik? macam bunyi ayam berkokok pula hehehe... disebabkan semalam hujan lebat habis tengelam kajang huh! pertama kali krole tengok kajang dilanda banjir sepanjang krole bertugas disini. Teruk betul semalam, ramai yang terperangkap dan banyak juga kereta yang tenggelam pergh! kena "overhaul" jawapnya. Semalam waktu nak pergi kerja pun krole terpaksa berbasah, pergh! korang bayangkanlah masuk kerja dalam keadaan basah, tak selesa, rimas, dan segala-segalanyalah? apa boleh buat itulah nasib "mat motor" macam krole ni, bila hujan kita berbasah. Hari ini pula, pergh! teruk juga batuk krole dari pagi tadi, siap ada kahak lagi (euw), terus krole pergi klinik.

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Semalam mesti ramai yang menyerbu ke panggung-panggung wayang yang berdekatan untuk melihat cerita kat atas tu kan? "ombak rindu", bila krole search kat internet memang rata-ratanya memuji jalan cerita yang diadaptasi dari novel ini? malu krole sebab baru tahu pasal ni, maklumlah krole ni bukan kaki baca novel (namun bila ada masa krole baca juga). Untuk cerita ini mereka juga mengunakan barisan pelakon-pelakon yang popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, dan Lisa Suryani pergh! baru kejap tadi krole tengok trailer cerita ni kat youtube! teringin pula nak tengok bila ada masa nanti.

Thursday, December 1, 2011

Bila Ajal Tiba

Hari ini krole bertugas di hospital kajang, menjaga banduan yang ditahan di wad. Tapi krole bukan nak cerita pasal itu ya, ada pengalaman yang krole tak akan lupakan hingga hujung hayat krole. Hari ini buat pertama kalinya dalam hidup krole melihat seorang insan menemui ajalnya, begitu rupanya bila nyawa kita dicabut oleh malaikat maut! memang tak boleh digambarkan langsung dengan kata-kata. Lagipun arwah tadi kalau ditengok dari segi umur rasanya krole lebih tua berbanding dirinya, begitulah ajal bila tiba ia tak mengenal waktu dan usia. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara atas izin Allah Azza Wajalla. Terasa singkat pula masa bila krole mula berfikir seperti ini.