Thursday, March 31, 2011

I'm Joining Lonesome Writer's Bloglist

Kali ini krole nak join peraduan bloglist yang dianjurkan oleh blogger kamaryeah pula~ mesti semua member-member kenal akan blogger ni kan??? blogger yang menulis entrinya dalam bahasa inggeris perghhh!!! krole memang dah lama mengikuti perkembangan blog ni~ memang kagum dan respek kat owner dia iaitu blogger kamaryeah kerana bagi krole untuk menulis/ menaip entri dalam bahasa inggeris adalah suatu perkara yang sukar tapi bagi krole bagus juga beliau membuat entri sedemikian rupa, kerana bagi orang yang lemah bahasa inggeris seperti krole ahaks~ dapat lagi mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris terutama dari segi penulisan dengan kerap membaca entri-entri daripada beliau, hah!!! siapa yang PMR atau SPM tahun ini kerap-keraplah jenguk blog ni komfirm dapat A+ lah nanti heeee~ so apabila blogger kamaryeah membuka anjuran bloglist dalam blog beliau krole rasa rugi sangat kalau terlepas peluang ini.

Contest Natural Beauty : Abg Stalker

Abang stalker adalah satu nama yang tidak asing lagi didunia berblogging ni... kalau tak silap krole beliau merupakan salah seorang blogger yang tengah hot buat masa ini ahaks~ puji lebih nampak!!! ok-ok hari ini projek krole adalah mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh blogger abang stalker ni best o0o0o0!!! syarat-syarat yang diletakkan pun untuk mengikuti pertandingan ini tidaklah susah sangat, bagi member-member yang baru mengetahui akan anjuran ini dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik sini ya~ untuk terus keblog beliau, so kalau ada yang tak paham tanya dia terus...hah!!! tapi bro krole tengok entri kontest ni dari tadi atas kebawah langsung tak dak cerita pasal hadiah??? so nak tahu sangat pasal hadiah dia!!! ngeee~ bolehkah???

Wednesday, March 30, 2011

Rindu Pantai

Uwahhh!!! pagi-pagi ni termenung sekejap krole kat belakang rumah tadi bertemankan pemandangan indah yang rata-ratanya adalah jalan raya ahaks??? lansung tak menenangkan jiwa~ rasa rindu pula nak pergi pantai... dengan tiupan angin bayu membelai, bunyi ombak yang berdendang digegendang telinga, bunyi burung yang merdu, bunyi ranting pokok yang bergoyang, dan bau air laut yang melazatkan... aik??? melazatkan ke??? merapu je krole ni kan?? hehehe... kalau duduk kat kampung perghh!!! pantai ni tak payah nak ceritalah 70 meter je dari rumah krole hah!!! lupa nak beritahu krole ada 2 kampung di sabah satu di beaufort satu lagi di kota belud kampung halaman mak krole, disana krole suka sangat sejuk je... buka pintu hadapan nampak pantai, buka pintu belakang nampak gunung kinabalu perghh!!! sejuk mata memandang~ tapi kenapa kat kajang ni tak dak pantai!!! uwahhh!!! krole nak mandi pantailah!!!

Tuesday, March 29, 2011

Krole dan Twiiter

Malamni krole nak sembang pasal twitter pula huhuhu... laman sesawang twitter yang anda selalu gunakan itu akan ditutup secara rasminya pada malam esok!!! dimana krole tahu??? huhuhu saja krole buat-buat cerita ngeee~ gurau je, cerita sebenarnya begini boleh kata sekarangni krole addictedlah dengan twitter ni. mula-mula tu memang tak paham langsung tapi sekarangni alhamdulillah bolehlah, tak dak lah paham sangat tapi best juga main twitter ni senang nak promote entri terkini, dan yang paling penting senang nak promote iklan dari churp-churp perghhh!!! memang berbaloi, akaun churp-churp krole yang kosong selama ini dah menjadi berangka dah... hah berapa??? seratus??? seribu??? heheeh baru 40 posen je~ tapi bolehlah kan??? lama-lama banyaklah tu!!! korang biasa main twitter tak??? kalau biasa silalah follow krole kat sana ya... kita bagi gempak!!! ohya lupa pula, kalau nak follow sila klik sini ye~

Gunting Rambut

Wuahhh letihnya kerja hari ini!!! perghhh!!! boleh kata hari ini adalah hari yang paling malang buat krole mana taknya malang??? tadi masuk kerja lewat, lupa nak set jam perghh!!! kaw-kaw kena marah dengan bos awal pagi, lepas tu tadi sebelum nak balik boleh pula bos krole yang baik hati tadi panggil krole, dengan keberanian tahap gaban krole pun masuk ke ofisnya dan bertanya "apa hal tuan???" tuan tadi dengan relaksnya menjeling krole dengan jelingan manja ahaks~ taklah... jelingan maut o0o00o~ dan berkata "cantik rambut kamu", krole pun tersipu malu dan sambil menundukkan kepala krole jawap "terima kasih tuan" hehehe~ terus tuan tadi bangun setelah mendengar jawapan krole dengan muka agak kemerah-merahan perghh!!! dalam hati krole krole risau dah ni~ ni mode bertarung dah ni ahaks~ sebelum dia sempat membuka mulutnya terus krole kata "ok tuan saya akan gunting rambut petang ni" heeee~ krole tahu dah memang dia nak sound rambut krole pasal krole tengok pun dah agak panjang.

Monday, March 28, 2011

Kelaparan Dikala Malam

Waktu macam ni korang semua mesti tengah lepak-lepak kat rumah bersama keluarga yang tersayangkan??? krole nak cerita ni tapi sedih pula nak bagitahu kat semua, tapi krole gagahi jua dengan menulis entri kali ini~ perghhh!!! macam serius je kan??? begini korang tengok jam korang sekarangni, hah!!! krole baru balik kerja je ni adus sedih betullah, balik-balik je dengan kepenatan yang teramat ini krole terus masuk kedapur, membuka periuk nasi~ seperti yang krole duga periuk nasi itu kosong!!! krole terus mendapatkan member serumah krole yang tengah lepak dibilik beliau dan bertanya "sayang~ kenapa tak dak nasik dan lauk ni, tak masak ke???" dengan slumber beliau menjawap~ "gas habis, so nak masak nasi buat apa???" aik!!! macam tu pula, uwahhh!!! dengan kelaparan krole yang tahap ultraman taro sekarangni perghh!!! rasanya ikan paus pun boleh cekik hehehe aik!!! ikan paus boleh makankah??? ah!!! lantaklah, nasib baiklah ada biskut chipmore dan roti kalau tak kebulur krole malamni.

Semalam Yang Menyakitkan Jiwa

Huishhhh~ dasyat betullah tajuk tu!!! hehehe... ok-ok ni krole nak cerita sikit berkenaan kesulitan yang krole hadapi semalam, dalam jam 9:00pm begitu seperti biasa krole akan menghidupkan lappy kesayangan untuk menjenguk blog kesayangan krole heeee~ tapi malang memang tidak mengeluarkan bau, CBOX krole ada masalah!!! (padan muka ko krole~) sekali Error dah~ so disini krole nak beritahu kepada semua yang meninggalkan jejak semalam, bukan krole tak nak balas jejak korang cuma atas masalah diatas tu je krole tak dapat nak berBW... krole nak buat entri semalam tapi tak tahu macam mana akaun blogger krole tak dapat nak login semalam adus~ cuak juga krole memikirkan masalah ini pada mulanya, so krole mengambil keputusan untuk mengoffkan lappy kesayangan dan berharap masalah ini akan pergi dengan sendirinya~ dan alhamdulillah pagi ini dah ok, yeahhh!!! kalaulah krole ni seorang programer perghh!!! kalau ada masalah macam ni senang je nak setel kan?

Sunday, March 27, 2011

Tutorial Button Up

Rasanya dah lama kot krole tak buat tutorial blogspot didalam blog ni kan??? so hari ini secara berbesar hatinya krole ingin membuat tutorial button up... nak ke tak!!! apa!!! tak dengar..!!! nak ke tak!!! aha ok-ok~ korang mesti dah tahu kan berkenaan benda ini kan??? tapi bagi member-member yang belum mengetahui ok krole nak terangkan secara simple ya~ benda ini sebenarnya adalah alat untuk scroll ke atas secara automatik, so kepada member-member yang suka menulis entri panjang-panjang amat sesuai untuk meletakkan widget ini kedalam blog anda~ bagi memudahkan pengunjung anda membaca entri daripada anda dan tak susah untuk scroll semua keatas hehehe... harap korang faham ya dengan penerangan krole ni~ ok seperti biasa krole akan buat tutorial ini sesimple dan seringkas yang boleh agar ia mudah difahami oleh semua, jom kita mulakan!!!

Rumah Baru Krole

Akhirnya setelah berhempas pulas berjuang semalam akhirnya krole dapat menyiapkan rumah baru untuk krole ahaks~ perghhh!!! memang pening o0o0o0 tambah-tambah lagi dah lama tak tengok koding-koding ni... naik juling mata krole~ tapi atas berkat dan sokongan daripada rakan-rakan semua krole gagahi juga dan melepasi segala rintangan yang datang, cheee~ macam cerita orang pergi berperang je~ padahal duduk dalam bilik je ngeee. krole harap rumah baru krole ini dapat diterima oleh member-member semua, bukan apa krole ni memang dah lama nak buat rumah warna hitam ni, cuma tak dak idea dan masa, kebetulan semalam idea tiba-tiba datang, so krole malas nak buang masa~ sory juga ya semalam kurang BW dengan semua, tapi hari ini jom balas dendam BW sampai lebam!!! yeahhh~ ohya sedar tak sedar dah tengaharilah~ korang semua dah makankah??? hah!!! belum??? wahhh!!! kenapa makan lambat ni??? tak takut perut tu masuk angin ke??? hehehe saja merapu kejap :p

Saturday, March 26, 2011

Nak Tukar Template

Semakin hari krole tengok semakin membosankan layout yang krole gunakan buat masa sekarangni, tapi rasanya layout ini adalah yang kedua terlama yang krole gunakan selepas layout krole yang pertama~ rasanya member-member yang mengenali krole sejak dari awalnya masih ingat tak layout krole macam mana??? hah!!! tak ingat~ ok-ok krole ingatkan korang, kan dulu krole gunakan layout ala-ala gothic gitu, warna hitam semuanya~ ngeee... tapi atas nasihat daripada redmummy pada waktu itu, krole ubah template krole kepada warna yang lebih cerah dan happening~ tapi sekarangni terasa rindu pula krole nak gunakan layout warna hitam, dan sejak dari petang tadi krole cuba mengedit template baru untuk blog krole, tapi perghh!!! lama tak tengok koding ni pening juga mula-mula, pusing-pusing kepala krole hihihi, by the way krole nak bagitahu template yang krole buat dah 80% siap, tak lama lagi bolehlah guna, tapi kali ini krole buat simple-simple je, malas nak buat lebih-lebih... nanti blog berat pula~ hehehe... tak sabar pula rasanya nak siapkan~

Kenapa Hati Ini Sakit

Cinta merupakan perkataan yang mudah disebut, "aku cinta kau", "i love you", "wo ai ni" dan macam-macam lagilah!!! cinta boleh membawa kita kepada kebahagiaan dan sebaliknya sekiranya kita menyalahgunakan cinta aik!!! macam mana tu??? cuba bayangkan anda disituasi ini... anda selama ini setia dengan si dia, tapi tak dak ribut tak dak petir tiba-tiba si dia meminta putus dengan anda tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah~ dan si dia memberitahu anda dengan memesej anda bukan dihandphone tapi difacebook... kalau situasi ini berlaku kepada anda, apakah perasaan anda??? sedih... pasrah... marah... persoalan ini biarlah korang saja yang jawap ye~ dalam bercinta pasangan kenalah ada tolak ansur antara satu sama lain, berilah mereka sedikit ruang untuk masa untuk mereka sendiri, jangan terlampau mengongkong~ kadang-kadang ada yang jawap "itu tandanya sayang", memang tak salah tapi kalau dah 24 jam asyik tanya apa pasangan buat... perghhh!!! boring juga dia kan???

Friday, March 25, 2011

Dosa Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan salam jumaat sebagai pembuka kata~ dipenghulu segala hari ini seperti biasa krole ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang krole ketahui dengan korang semua, niat krole hanyalah untuk memperingati sesama kita termasuk diri krole sendiri tidak lebih dari itu, bukan apa takut juga nanti ada yang kata krole ni berlagak pandai ahaks~ adakah??? tak apalah dah memang kita semua diciptakan berbeza so mesti berlainan pendapat walaupun rambut sama hitam belum tentu semuanya hati ada taman kan??? ups~ apa pula krole merapu ni adus, ok-ok berbalik kepada topik kita pada hari yang mulia ini, solat??? solat 5 waktu merupakan ibadat yang amat dititik beratkan didalam ajaran islam dan wajib ditunaikan oleh muslimin dan muslimat sejagat~ namun masih ada diantara kita yang masih lagi mengambil remeh tentang perihal solat ini, "sembahyanglah kamu bersungguh-sungguh seperti kamu akan mati pada keesokkan harinya", adakah ia memberi makna kepada anda??? disini krole sertakan apa yang yang akan anda dapat sekiranya meninggalkan solat.

Thursday, March 24, 2011

Giveaway zalin onceitalk.com

Cuba tengok banner kat atas tu~ hihihi... cumil je krole tengok ahaks... pandai orang yang membuatnya~ korang nak tahu ke siapa yang buat banner tu??? yahhh!!! betul ia adalah hasil kerja daripada blogger zalin empunya kepada blog "bila aku bercakap noktah com" hihihi atau dalam bahasa inggerisnya onceitalk.com~ ini merupakan GiveAway yang pertama dianjurkan oleh beliau so krole sebagai penyokong tegar blog ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjoinkan diri didalam GA ini yeahhh!!! sory ya bro lambat sikit join, kebizian melanda daku ngeee, dan krole nak ucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan GA yang menarik, kerana krole tengok ramai dah yang join (alamak boleh menangke ni???)~ ok kepada member-member semua disini krole ingin menyeru (wuahh!!! cam berpolitik pula) kepada semua untuk join GA ini, kerana... pertama adalah kerana syarat-syaratnya amat mudah, kedua adalah kerana hadiahnya yang mantap, ketiga kerana krole seru anda hehehe gurau je.

" Giveaway BCSH 3rd Anniversary "

"Tak Banyak Cakap, Tapi Banyak Nak Tulis", wuahh!!! suka dengan ayat ini~ nak guna??? dah terlambat ahaks~ ayatni krole dapat dari header seorang blogger iaitu blogger syufa. Kenal tak??? mesti kenalkan??? kalau ada yang tak kenal sila klik sini untuk berkenal-kenalan dengan beliau, huhuhu... ok hari ini secara rasminya krole ingin mengikuti GA yang dianjurkan oleh blogger syufa ini dan untuk pengetahuan semua GA ini dianjurkan bertujuan untuk memperingati hari anniversary blog beliau, wuahh!!! mesti happy blog dia kan??? ada owner yang perihatin. Tapi mula-mula membaca entri GA yang beliau anjurkan memang terkejut gorilla krole, nak tahu kenapa??? GA ini dianjurkan sempena anniversary ke-3 blog beliau wuahh!!! memang respeklah kat blogger syufa ni!!! mana taknya respek??? kalau ini merupakan anniversary yang ke-3 bermaksud beliau sudah mempunyai blog sendiri seawal usia 18 tahun kerana pada tahun ini beliau berumur 20 tahun, perghhh!!! krole waktu umur 18 memang tak tahu langsung benda-benda macamni ahaks~

Ceritera Kahwin

Kahwin atau dalam bahasa orang putihnya married~ wuahh!!! kalau sembang pasal kahwin ni perghhh!!! memang bestla!!! hah!!! apa yang best??? jawapannya adalah dapat makan free...!!! yeahhh!!! hihihi... semalam krole tak sempat nak update blog ni, uhu~ sedih sangat... bukan apa semalam krole menhadiri majlis perkahwinan 2 orang member krole, seorang melangsungkan majlis perkahwinannya didewan serbaguna penjara, dan seorang lagi dikajang perdana, perghhh!!! memang puas makan nasi minyak semalam hihihi~ tapi bila tengok member-member krole ramai dah kahwin terasa sunyi pula~ hihihi mana taknya sunyi, dulu boleh lepak malam ramai-ramai tapi bila dah kahwin susah dah nak lepak macam tu lagi, maklumlah dah ada tanggungjawap ngeee~ memang terasa o0o0!!! tengok domo kat atas tu??? hah!!! domo pun dah kahwin!!! sampai hati domo wuahhh!!! kau curang!!! ups terlebih sudah.

Tuesday, March 22, 2011

Ingin Jadi Hebat Seperti Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua~ hari ini krole ingin menunaikan janji krole kepada seorang member blogger kita yang telah menganjurkan sebuah kontes/pertandingan yang amat menari iaitu kontest nukilan seorang teman. Hah!!! korang tahu tak blogger mana yang menganjurkan kontest yang best ini??? kan krole ada buat entri hari itu~ sebelum krole balik kampung... aha~ bagus-bagus korang ingat juga hihihi... merapu je... dia tanya dia jawap... janji happy kan??? ohya blogger tersebut adalah blogger norhayati rostam owner kepada blog cahayamylife... mesti ramai dah tahu kan??? tapi kalau ada yang masih tak tahu sila klik sini untuk menerjah blog beliau, kalau korang masuk blog warna pink ha!!! betullah tu... ok awak~ krole nak join kontest wak hari ini, harap apa yang krole buat ini tak keluar daripada tema ye~ dengan lafaz bismillah~ krole mulakan .

Monday, March 21, 2011

10 Fakta Menarik

Korang semua biasa baca buku mastika tak??? kalau biasa kira samalah dengan krole, ahaks~ krole suka sangat baca majalah mastika ni banyak cerita-cerita yang memberikan pedoman dalam hidup serta info-info menarik... so hari ini krole nak kongsi beberapa fakta yang menarik yang krole jumpa sewaktu membaca majalah ini tadi, tapi sebelum krole memulakan bicara pada petang ini~ mula-mula krole ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi ikuti perkembangan blog krole dari masa ke semasa... krole tengok krolezone fans setiasa bertambah dari sehari ke sehari, ada yang krole dapat follow balik tapi ada yang tak dapat... so kepada member-member yang krole belum follow balik sila beritahu kat krole dengan kadar segera ye~ agar krole boleh follow balik, sebab bagi krole rasa macam tak adil pula kalau krole tak follow balik, so jangan malu-malu just live your URL kat ruangan komen ataupun shout corner ikut mana yang menyenangkan~ ye. so berbalik kepada topik kita pada petang ini.

Buffered Earning dari Nuffnang(12)

Wuahhh!!! rasanya lama juga krole tak update cerita berkenaan encik nuffnang dalam blog ni ahaks~ tapi hari ini krole ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik nuffnang kerana sudi memberikan peluang sekali lagi kepada krole untuk mengiklankan iklan BE didalam blog ni yeahhh!!! tapi baru krole perasaan kebanyakkan BE yang krole dapat semuanya daripada syarikat Digi perghhh!!! memang pemurahlah Digi ni~ dan untuk pengetahuan Digi... krole selama ini hanya mengunakan khidmat talian daripada anda sahaja(huhuhu~saja nak bagitahu), kot-kot boleh jadi duta Digi lepas ini ahaks~ angan-angan je lebih!!! korang semua pun mesti ramai yang dapat BE baru-baru ni kan??? perghhh!!! kadang-kadang tu memang jeles sangat bila tengok member-member semua ada yang da dapat BE sampai 20x+++ tapi best juga kalau kita ambil dari segi positif benda ini boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk lebih maju lagi dimasa akan datang~ tapi persaingan itu biarlah sihat ye~

Sunday, March 20, 2011

Kenapa Perlu Kerja

Kenapa perlu kerja??? hehehe... sila abaikan soalan krole ni ahaks~ bukan apa tadi bangun tidur je terus terfikir perkara ni(ups kantoi~). bukan apa korang pun tahu kan mingguni krole kerja malam... hah!!! tak tahu??? tu entri kat bawah tu!!! biasalah kalau kerja malam mood memang kurang sikit... dimana mengantuknya, penatnya... mental juga o0o0... tapi apakan daya kalau tak kerja tak dapatlah gaji dan kalau tak dapat gaji tak dapatlah bayar bil, beli baju, beli barang makan, beli domo... ahaks, dan banyak lagilah!!! waktu krole taip entri ini sebenarnya krole sedang bersiap-siap nak pergi kerja dah~ adus, rasa macam tak semangat pula nak masuk kerja malamni, kalau krole ni kaki emce dari semalam dah ambil emce... ohya dari pagi tadi kunjungan keblog krole amat memberangsangkan... meningkat secara mendadak traffic blog ni dari semalam berbanding sewaktu krole bercuti... mungkin kerana waktu cuti tu krole kurang sikit update blog ni, bukan kerana malas cuma ada beberapa alasan tertentu~ thanks ya semua korang memang best.

Saturday, March 19, 2011

Terima Kasih Awak

Terima kasih awak~ sepanjang perkenalan kita krole memang sentiasa senang dan selesa dengan awak~ awak juga merupakan salah satu sumber inspirasi krole didalam dunia blogging yang penuh panca roba ini...perghhh!!! terlebih sudah~ begini sebenarnya sewaktu krole tengah berBW pagi tadi menerjah member-member semua krole terjumpa satu entri yang membuatkan krole terharu sangat iaitu entri daripada blogger lady miza atau lebih mesra dikenali sebagai LM, korang mesti tahukan??? blogger ben ashari ada membuat segmen saya sayang blog ini??? aha~ tahu pun... krole terharu sangat kerana rupa-rupanya blog krole amat disayangi oleh blogger LM yang famous and da bom gitu~ wuahh!!! teruja dan terharu sangat, dan disini krole ingin awak tahu bahawa krole pun amat sayang dengan blog wak yang tak pernah kering gusi dengan entri-entri yang menarik. Krole harap wak akan terus berblogging sampai bila-bila.

Bersihkan Rumah

Wuahhhh!!! letihnya~ aik??? apa yang letih??? dari pagi tadi aktiviti krole adalah membersihkan rumah kita orang yang semakin semak~ hihihi... maklumlah rumah orang bujangkan??? main lempar sana-sini... walaupun letih tetapi bila dah siap perghhh!!! memang berbaloi, kalaulah rumah krole selalu bersih dan kemas seperti ini... tengok domo kat atas tu??? hihihi... dia pun semangat bersihkan rumah seperti krole ahaks~ lagipun kebersihan ni kan penting??? bagi mengelak anasir-anasir luar daripada berkampung kat rumah kita contohnya seperti nyamuk, lalat, jentik-jentik, tikus, dan banyak lagilah!!! ohya... semalam terima kasih krole ucapkan kepada member-member blogger yang menyambut kepulangan krole~ ahaks.... menyambut kat mana??? hihihi bukan kat airport ya!!! tapi kat blog, perghhh!!! terharu sekejap krole~ apa tak nya, ramai o0o0o0 wish kepulangan krole semalam(you all are terbaik!!!), hanya doa dan traffic je krole boleh balas jasa korang tu ahaks~

Friday, March 18, 2011

Kuala Lumpur Aku Datang!!!

Kuala Lumpur aku cabar kau...!!! cheeee~ nampak sangat tiru trade mark cerita KL menjerit ngeee~ assalamualaikum semua, apabila korang tengah baca entri ini... krole dah selamat berada diairport LCCT kuala lumpur ni!!! yeahhh!!! perasaan krole sedikit sedih bercampur gembira sekarangni~ biasalah meninggalkan kampung halaman demi tugas diperantauan uwahhh!!! nak menangis dululah!!! hehehe gurau je... adus sekarangni krole tengah pening nak pilih sama ada nak naik teksi or bus balik ke kajang~ tengah mengira-gira budget sambil pekena zinger burger kat KFC ni hehehe saja nak bagi korang jelez ngeee~ jangan marah hah~ ohya jutaan terima kasih krole ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sering singgah keblog krole ni walaupun tak ada entri terkini dari krole perghhh!!! krole memang sayang koranglah!!! lepas ini krole janji akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat entri-entri yang berkualiti untuk anda semua yeahhh!!!

Monday, March 14, 2011

5 Day In Counting

Hadussss!!! waktu nak balik kampung terasa lama je hari yang dinanti-nantikan, tapi bila dah kat kampung wuahhh!!! rasa kejap je hari berlalu... krole ada 5 hari lagi lepak kat kampung ynag tecinta ni~ uwahhh!!! rasa macam nak nangis pun ada... macam mana tak sedih??? kat sini mak selalu masakkan untuk krole~ ayah pula selalu marah krole ahaks... marah-marah sayang katakan~ lagipun kat kampung ni ramai member-member dari zaman tv takdak color dulu hehehe kira member zaman sekolahlah~ hehehe... lagipun duduk kampung ni korang semua mesti tahu kan??? sunyi je, udara pun nyaman... sangat jauh suasananya dengan dibandar yang setiap harinya sibuk, bunyi bising dari kenderaan-kenderaan yang lalu lalang, udara yang tak berapa nak nyaman hasil pencemaran daripada asap-asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, dan perokok-perokok tegar ahaks... jangan marah hah!!! ngeee.

Wednesday, March 9, 2011

Mak dan Dapur

Wuahhh!!! baru tiga hari krole duduk kampung rasanya berat badan krole dah meningkatlah!!! hehehe macam mana krole tak kata begitu, asik makan je kat sni hehehe~ yang bestnya semuanya masakan dari mak yang tersayang... realy love it~ Pagi-pagi ni mak buat lempeng perghhh!!! aromanya kat dapur memang boleh membuatkan kaki krole ni goyang ngeee... tadi krole nak bantu mak, tapi mak kata tak payah!!! krole dan ayah langsung tak dibenarkan masuk dapur... lagipun memang dah cara mak, kalau mak terlampau fokus nak menyediakan resepinya, dia tak suka diganggu... pelik tak??? hehehehe...bagi krole biasa je~ alamaks ayah panggillah!!! krole janji nak basuh kereta ayah pagi ni, sory guys and gurlz... krole nak main air dulu yeahhh!!! tapi terima kasih juga krole ucapkan kepada semua member-member yang masih lagi sudi menjenguk blog krole ni, nak krole cakap lagi tak??? korang memang best!!! hehehe... alamak ayah dah marah!!! krole datang ni...!!! sekali sekala kena marah best juga ahaks.

Sunday, March 6, 2011

Selamat Tinggal Semua

Hari ini sebelum subuh krole dah bangkit semata-mata nak update blog ni je, sebenarnya hari ini krole akan berlepas ke negara atas angin da~ hehehe gurau je, ok-ok kali ini serius ya... hari ini krole bangun awal bukan apa!!! cuti yang krole mohon hari itu dah lulus!!! yeahhh!!! jom ramai-ramai melompat dengan krole!!! hehehe minta maaf semua ya, otak tak berapa nak berfungsi dengan betul pada waktu-waktu macamni~ hehehe... so start jam 7AM atau 8AM nanti krole akan memulakan kembara ke lapangan terbang LCCT kerana flight yang krole boking akan berlepas pada jam 11AM, so krole minta maaf sangat sekiranya langsung tak terupdate blog ni sepanjang krole balik kampung, tapi insyallah sekiranya krole ada pergi mana-mana cybercafe kat kampung krole akan cuba dengan sedaya upaya mengupdate cerita-cerita terbaru yang ingin krole kongsikan bersama anda semua~ adakah korang masih sudi mai sini sepanjang peninggalan krole ni??? hehehe... ohya kepada blogger iEyla nanti krole belikan ole-ole yang wak minta tu!!! hahaha!!!

Saturday, March 5, 2011

Vote Krole: Pencarian 10 Blog Tercantik

Korang semua masih ingat tak krole pernah buat entry berkenaan nak join "pencarian blog tercantik" hah!!! tak perasaan??? adus~ dipendekkan cerita krole tercalon didalam peraduan ini dan disini krole mohon jasa baik member-member semua untuk mengundi krole sekiranya korang semua rasa krole layak mendapat gelaran ini ahaks~ dari pagi tadi krole perasan akan entri-entri yang dibuat oleh member-member blogger yang tercalon dalam peraduan ini dan krole tengok sambutan yang mereka dapat amatlah memberangsangkan, ini kerana bila krole tengok sendiri blog mereka, perghhh!!! memang superb!!! rasanya kalau dibandingkan dengan blog krole ni... jauh ketinggalanlah!!! tapi krole sentiasa berpegang kepada prinsip ni "lain orang lain minatnya" so sekali lagi krole nak menyeru kepada semua member-member diluar sana undilah krole sekiranya korang rasa blog krole cantik ya~ bagi yang dah undi krole, terima kasih krole ucapkan... korang memang terbaik!!! hehehe. Ohya sebelum krole terlupa, sekiranya korang ingin mengundi sila klik sini.

CahayaMyLife: Kontest Entry Menarik

Sebelum krole memulakan bicara pada tengahari ini, krole nak bagitahu kat semua... baru kejap tadi krole makan pizza ahaks~ saja bagi korang jeles, hehehe jeles tak???ok,entri ini bertujuan untuk mempromote kontest daripada member krole iaitu blogger norhayati rostam iaitu owner kepada blog "cahayamylife"... tu~blog beliau kat atas tu, surf guna ipad lagi heeee~ ok,kontest ini bertujuan untuk mengupdate bloglist didalam blog beliau yang setelah lama belum lagi terupdate, dan melalui pemantauan krole keatas kontest ini...mmmm~ teramat senanglah... hehehe syarat-syarat yang diletakkan untuk menyertai kontest ini juga tidaklah terlalu susah, anda hanya perlu membuat entri yang menarik dan mempunyai pesanan/ pengajaran untuk tatapan bersama, bukan itu sahaja hehehe belum habis lagi!!! penganjur juga akan menyediakan hadiah yang belum diketahui lagi apakah benda tersebut??? mmm... kira hadiah misterilah ni~ mesti ramai nak join kan??? hehehe tapi penyertaan belum dibuka lagi, harap semua bersabar ya, krole tahu anda semua pengarang yang terbaik!!!.

"Contest Santai: Cerita Kelakar Anda"

Ehem... ehem... selamat pagi semua dan salam 1 blogger dari krole~ adakah anda kenal dengan blogger adah??? hah!!! tak kenal!!! mmmmm... kenal dengan blog santai tak??? ala~ blog yang header dia kaler pink tu??? hah!!! kenal!!! aik!!! pelik bin ajaib ni??? kenapa??? pasal blog tu blog blogger adah lah!!! hehehe~ minta maaf semua sedikit merapu disana ngeee. Ok krole ada benda nak bagitahu kat korang semua ni, buat julung-julung kalinya blogger adah menganjurkan satu kontest yang amat best tambahan pula hadiah yang disediakan untuk pemenang kontest ini teramatlah mantap!!! nak tahu apa hadiah dia??? cuba tengok banner kat atas tu~ hah!!!betul hadiah untuk pemenang kontest ini adalah "crochet" iaitu salah satu spesis yang ditenun dengan benang dan spesis ini dibuat oleh blogger adah sendiri~ wuahhh!!! cantiknya wak!!! krole naklah!!! ingat lagi tak komen krole ni wak??? waktu wak publish entri pasal crochet ni??? hehehe~ harap-harap dengan join kontest ni krole boleh memiliki crochet buatan dari adah~ yeahh!!!

Friday, March 4, 2011

Menghalang Kemungkaran

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada member-member blogger semua,seperti biasa dipenghulu segala hari ini krole ingin berkongsikan sendikit ilmu yang krole ketahui bersama semua~tapi sebelum itu krole ingin memohon maaf kepada semua sekiranya kurang berBW dan update blog ni(mungkin kot)kerana disebabkan krole menghadapi beberapa masalah yang sukar dielakkan buat masa ini,krole pohon member-member semua sudi mendoakan krole agar dapat menyelesaikan masalah yang krole hadapi ni~berbalik kepada topik kita pada hari ini... kemungkaran??? kemungkaran merupakan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T contohnya seperti penderaan,maksiat,dan banyak lagi.Dizaman yang serba moden ini...kemungkaran seperti menjadi satu trend kepada masyarakat setempat,dan yang sedihnya walaupun ada yang ternampak atau tahu akan aktiviti-aktiviti yang mungkar mereka hanya duduk diam sahaja seperti ianya hanya perkara yang biasa?

Thursday, March 3, 2011

"psstt..psstt...eyka domo buat bloglist la!!:)"

yahhh!!!seperti yang dijanjikan~balik dari kerja je terus on lappy dan memerah otak untuk join bloglist blogger eyka domo(sambil breakfast ni~),ahhh!!!terujanya krole!!!apa taknya krole memang dah lama kenal dengan Eyka Domo ni~orangnya sweet sangat dan kita orang mempunyai minat yang sama iaitu tak lain dan tak bukan "we love domo!!!!" ahaks~kalau krole tak cakap pun rasanya korang semua perasaan kot,tengok kat blog dia je...penuh dengan domo hehehe~cute miut je krole tengok...macam ownernya juga ahaks,jangan marah ye wak~saja nak gurau-gurau dengan wak pagi-pagi ni...lagipun krole teringin sangat nak jadi sebahagian daripada blog awak~(uikkk!!!)...mmmm...i mean nak ada dalam bloglist awak???adus macam mana nak terangkan ni ek???ahhh!!!buat-buat paham sajalah!!!ngeee~korang semua tak nak joinke???rugi o0o0o0???lagipun syarat-syarat yang ditetapkan untuk join bloglist ini tersangatlah mudah dan sempoi gitu,kalau korang semua tak percaya cuba klik sini.

Wednesday, March 2, 2011

Kenapa Tak Malu Dia Orang Ni?

Adoi......!!!bila krole baca paper sekarangni perghh!....!!tak sah kalau tak dak kes-kes samun,curi,rompak dan yang sewaktu dengannya...tapi bukan kerana kes cikgu berlagak jadi doktor tu ya(i think you know what i mean???)malas nak komen pasal tu~kenapa manusia sekarangni suka mencari rezeki atau kemewahan dunia dengan cara yang mudah contohnya dengan mengikuti MLM ataupun pelaburan dan kadang-kadang tu ada yang sampai sanggup melakukan perkara-perkara yang salah iaitu yang melanggar undang-undang negara dan hukum syarak~tak malukah dia orang ni dengan masyarakat setempat???keluarga???dan yang penting tak malukah dengan Allah~kadang-kadang krole baca paper sekarangni sedih sangat bila mangsa ragut , rompak , samun dan curi ini melibatkan golongan emas ataupun OKU,perghh!!!memang berjiwa binatanglah penyanggak-penyanggak ni.Kenapa tak cari rezeki dengan cara yang betul???

Risau Tak Lulus

Adus mood hari ini memang tak berapa nak ok....bukan apa krole baru balik dari pejabat pengurusan jabatan kita orang tadi....krole risau sangat pasal tak lulus lagi~hah??? peperiksaan??? hehehe ~ bukan...yang tak lulus tu sebenarnya cuti krole ~ krole ada mohon cuti pada bulan MAC ni , nak balik kampung....masalahnya tarikh semakin dekat , harga tiket pun semakin naik cuti pula tak lulus lagi,adus pening...pening...pening kepala krole fikir pasal benda ni,krole tak tahu nak buat macam mana lagi~sekarangni hanya doa dan tawakal je yang krole boleh buat,takkan nak krole melutut depan pegawai kita orang pula,huuuu~jauh sekalilah nak buat sampai begitu.tadi krole baru je cek harga tiket untuk bulan MAC ni...perggghh!!!ada dah yang sampai RM1000+++,gulp!!!mampuslah krole kalau lambat beli tiket flight ni,korang pernah tak kena situasi macam krole ni~cuti belum lulus padahal tarikh yang kita nak balik tu dah dekat sangat???

Tuesday, March 1, 2011

Benci Dengan Virus

Akibat bermandikan hujan pagi tadi...hidung krole ni asik mengeluarkan mukus je~macam tak pandai habis,walaupun krole dah buang beberapa kali(euwwww),hehehe kata happy tadi~dalam happy-happy tu rupanya Allah berikan ujian kepada krole.Walaupun selsema~krole alami perkara yang best tadi sewaktu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan,nak tahu apa dia???krole kena puji dengan doktor tau!!!ngeee...begini ceritanya~lepas doktor tu cek je keadaan krole yang hanya mengalami selsema ni,doktor tersebut menawarkan krole emce untuk hari ini,dalam hati ini happy juga...tapi bila krole fikir balik,sekarangni kan awal tahun lagi??takkan nak ada rekod emce dah???so krole tolak tawaran doktor tersebut dan menyatakan bahawa krole masih mampu untuk pergi kerja malam ni(shif malam),perghhh!!!doktor tu puji krole,dia kata selalu kalau staff kerajaan dapat emce ni tak pernah sekali pun menolak,so dia puji dengan sikap krole~ahaks

Pagi Yang Indah

Wuahhh....!!!kenapa krole kata pagi ini pagi yang indah??? ups...lupa pula , selamat pagi semua...!!! hehehe...macam mana krole kata tak indah hari ini , buat julung-julung kalinya krole diberi balik awal dari kerja~yeahhh!!!hahaha...best pula , sebenarnya krole bergurau dengan incharge krole semalam , kata nak balik awal kalau boleh???~ sekali incharge bagi da ~ wuahhh!!!happynyaaaa!!!terima kasih!!! (macam bunyi aleycats) , keluar-keluar je dari tempat tugas krole terus pergi ke cafe yang terletak tak jauh dari tempat tugas krole,memang biasa buka awal tauke kedai ni , perghh!!!komfirm kaya!!!ngeee~masing-masing punya rezeki kan???aikk!!!keluar topik pula,ok lepas breakfast kat sana tadi~krole perasaan cuaca berubah menjadi mendung,wuahhh!!!ni tak boleh buang masa ni...kena gerak awal kalau tak kuyup aku(kata krole pada diri sendiri).krole pun apa lagi start enjin motor.