Tuesday, September 17, 2013

Berhenti Kerja Part Time

Assalamualaikum semua, pergh! masalah line internet bertambah teruk kat tempat krole ni. Tapi tak apa... dah buat laporan kat TM tadi. Ok! korang ingat tak entri krole pasal kerja part time kat carwash tu?. Kalau ingat tahniah! beri tepukan yang gemuruh kepada diri korang sendiri hahaha!. Ok! atas nasihat dari Mrs. krole... hari ini secara rasminya krole letak jawatan kat carwash tu... "pergh! ayat macam berhenti kerja gred tinggi-tinggi je...". Disebabkan keputusan pemeriksaan tekanan darah krole kebelakangan ini tinggi mengunung so Mrs. krole jadi risau... katanya krole kena banyak berehat. Krole ni kalau boleh... tak sekali pun nak buat hati Mrs. krole risau akan diri ini.

Wife knows best... believe me... i know, because i'm married hahaha!. Sebenarnya seronok juga kerja part time kat carwash tu. Bosnya kira kawan krole juga... so krole kerja tak tentu masa (kira ikut suka hati bila nak datang) sebab gaji krole dia kira ikut berapa buah kenderaan yang krole cuci. Itupun selalunya dia bagi lebih... macam tak percaya kan? tapi ini semua betul... bukan cobaan tau. So tadi krole jumpa dia dan beritahu akan keadaan krole yang tak berapa nak mengizinkan sekarangni. Syukur sangat... walaupun tak lama, dapat juga pengalaman kerja carwash... manalah tahu satu hari nanti dapat buka carwash sendiri, InsyaAllah... Oklah happy blogging semua.



p/s : dalam misi untuk menurunkan tekanan darah yang tinggi~

13 comments:

  1. keputusan yg terbaik tu..istri mana la yang tak risau kepada suaminya kn..hehehe

    ReplyDelete
  2. lepas ni bykkn berehat krole
    jgn pikirkan benda yg runsing/berat
    yg penting pemakanan kene jaga
    bahaya jugak kalau darah tinggi ni
    sama2 kita jg kesihatan

    sure buih2 cinta rindu kat krole..hehe
    isi tabung sini

    ReplyDelete
  3. :) isteri tahu yang terbaik untuk suami.naluri isteri ye.:)

    ReplyDelete
  4. aiza dulu pernah kena darah tinggi juga.. makanan memang kena jaga.. setuju sangat dengan mrs krole..

    ReplyDelete
  5. xpelah..kesihatan tuh lagi penting..rehat je kat rumah..boleh luangkan mase lebih sikit dengan anak..hehe..betul tak..betul tak?

    ReplyDelete
  6. take a rest! jaga pemakanan..

    paling penting, jangan stress! sebab bila kita stress kita akan jadi -ve dan badan pun akan bertindak negatif jugak..

    ReplyDelete
  7. kuasa perempuan =) he3..xpelah bro krole..adalah 2 rezeki Allah bg..Dia dh tntukan segala2nya..take a rest n get well soon =)

    ReplyDelete
  8. isteri yang peyayang.. dia pastinya mahu tengok krole sehat

    ReplyDelete
  9. itu tandanya isteri tu perihatin...dia mahu yang terbaik untuk suaminya...

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya!!baguslah dengar ckp isteri tu..isteri mana yg tak sayang laki oii..:)
    dengan pengalaman yg dah ada..semoga satu hari Krole dapat bukak carwash sendirik..

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah..dpt lah krole berehat skit...mslh line internet lagi..keje part time lg..ngan bb zara lg kan..so berehatlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :)

    ReplyDelete
  12. Ishh muda2 dah kena darah tinggi.. ayyoo.. jaga kesihatan skrg untuk 20tahun akan datang.. utk isteri dan anak2..

    ReplyDelete