Wednesday, August 14, 2013

Gara-Gara Facebook Rumah Kena Pecah

Dalam keseronokkan menyambut raya pertama hari itu... kalau korang perasanlah kan? ramai yang update kat facebook tentang dirinya sekeluarga balik kampung. So habis semua sudut rumah dia ambil gambar, dari kunci manga ke pintu rumah hingga ke ruang dalam rumah. Lebih upgrade ada yang update macam ni "balik kampung seminggu, will miss you my dear house - at Tmn. Wawasan Lot.541" pergh! siap letak alamat lagi. Pengguna facebook harus peka? sebenarnya update seperti ini boleh diibaratkan satu jemputan kepada perompak, pencuri, penjahat, dan penyangak kat luar sana.

Diaorang pun seperti kita... up to date, so kena hati-hati... tak pasal-pasal balik dari beraya kat kampung rumah dah tunggang-langgang jadinya. Bukan apa... kes ni dah kena kat seorang rakan krole, dia bekerja kat Kota Kinabalu so raya ni balik kampung dengan family... sebelum balik tu dia updatelah facebook macam krole kata tadi. Semalam krole dapat tahu dari beliau sendiri rumah dia kena pecah... macam-macam barang hilang... katanya kalau dianggarkan boleh mencecah ribuan ringgit aduh!. Jadikanlah pengalaman rakan krole ini pengajaran bagi kita semua. Moga Allah permudahkan urusannya... oklah nak rehat dulu ni, perut masih meragam... happy blogging semua.



p/s : hati-hati dengan update anda~

17 comments:

  1. Uikkkk memang bahaya sangat ni krole...

    ReplyDelete
  2. sabar je la.. memang bahaya tu..

    ReplyDelete
  3. Bahaya betul kalau salah guna internet ni.. Terlalu bangga dengan rumah.. Sebab tu pencuri pun suka.. Ada kawan Erin tu dia siap tunjuk-tunjuk barang emas dia kat FB.. sekali kena ikut dengan orang yang dicurigai.. Ada jugak yang tunjuk gambar-gambar duit.. konon banyak duit.. sekali jadi perhatian perompak.. dah nak pi mana pun takut.. terpaksa upah bodyguard pulak..

    ReplyDelete
  4. Ya betul.. Byk juga kes begini kann. Sbb tu Vee slalu update SELEPAS event. Mcm pg melancong, lepas melancong bru kasi tau org, baru upload gambar. Hihi. Demi keselamatan juga kann. Duina, meragam lagi perut tuu. Get well soon yaa :) Krim slm sama baby Zahrah :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualikum...krole,

    mcam2 sekarang nie,,,kecanggihan teknologi sekarang,,, membolehkan pecah masuk rumah orang...pehh.. pencuri pun IT juga,,

    mselim3

    pls: update facebook berhati2 k.. kepada mselim3 dan kekawan k..

    ReplyDelete
  6. hadoi, idok le nak update alamat umah mcm tu.

    bahaya lah

    -___-

    btw

    Selamat Hari Raya krole

    :D

    Maaf jika ada terkasar bahasa ye

    ;)

    ReplyDelete
  7. betol tu bro Krole..kecuain tnpa kita sedar..last2 hlang cmtu je yg pd dasarnya salah kita sndri..bnyk brlaku perkara cmni..bgga kot boleh update cmtu hu3 =)

    ReplyDelete
  8. kalau update siap bg no rumah mmg bahaya tul tuh :)

    ReplyDelete
  9. ini namanya memang mengundang masalah sendiri, sebab tu kalau nak berkongsi apa2 biar berpada kan?

    ReplyDelete
  10. ini namaenye saje nak cari masalah ..ishh mcm2

    ReplyDelete
  11. memang update yang mengundang tetamu yang tak diundang lah tu..biasa sangat berlaku ni...awaslah lepas ni kalu nak update facebook..

    ReplyDelete
  12. berhati-hatilah ..setiap perbuatan kita.. jgn smpai memakan diri sendiri

    ReplyDelete
  13. tu la krole kn.. abis semua update dlm fb.. dunia mkin canggih kn..berhati2 la

    ReplyDelete
  14. aah kan..bahaya klo letak details secara terperinci ni
    siapambek pic pelbagai sudut lg tu
    menarik mereka yg berhati jahat di luar sana

    jemput baca & komen entry yumida ni krole:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete
  15. alamakkk kes naya cam ni
    nak update kat fb
    umah lak kena pecah
    bahaya tul
    skun ni mcm2 boleh jd

    ReplyDelete
  16. kesian betol.. mesti pencuri tu budak2 yang dalam friendlist jgk tu.. Siap kena guna FBI tu untuk menyiaat.ehehe

    ReplyDelete
  17. salam,owh seriau betul baca entri ni,yelah yang orang tu pun pergi update status sampai tunjuk foto manggalah itulah inilah alahai....saja perangkap diri sendiri huhu...

    ReplyDelete