Thursday, July 25, 2013

Maksud Sungkai

Hari ini tak dapat krole nak blogwalking sangat... Kelajuan internet hari ini memang mengecewakan aku. Terasa macam nak pijak-pijak saja modem baru ni tapi... itu semua hanya imaginasi krole hahaha! tak sanggup beb! baru beli tu!. Hm... inilah dugaan bagi seorang blogger kan? tanpa internet siapalah blogger? eh? macam... boleh buat tajuk entri saja ni?. Tapi serius beb! traffic blog krole memang meletop gila dua tiga hari ini. Mungkin disebabkan entri yang berkaitan bulan ramadan kot?.

Itupun all thanks to all of you... Ohya! tadi sebelum berbuka krole sempat update kat facebook... update gambar dan ucapan selamat berbuka saja. So tertarik dengan soalan seorang sahabat facebook krole ni yang berasal dari semenanjung. "krole... apa maksud sungkai ni?" katanya. Sebenarnya sungkai ni membawa maksud berbuka, dan ayat ni hanya digunakan pada bulan ramadan. Kalau waktu biasa... orang kat sabah ni tak guna perkataan sungkai ni ya. Harap korang faham ya. So esok bolehlah update kat facebook "selamat bersungkai semua" hihihi. Ok! happy blogging semua.


p/s : sungkai = berbuka

24 comments:

  1. aduuh acik baru tahu sungkai tu apa :) hehehe wahh makin hebat blog krole

    ReplyDelete
  2. mat jo teringin la makan makanan yang pic pertama tu, sagu kan, hari tu kuar kat tv, macam bes je, cuma tiada peluang untuk mencuba lagi makanan tu, he

    ReplyDelete
  3. sarawak pun sama jugak... sungkai/sungkei.. hehehe..

    ambuyat! ni yg teringin nk makan ni. hehe

    ReplyDelete
  4. ooo baru tahu
    Sungkai kat Perak pun ada tp nama tempat... hehehe

    ReplyDelete
  5. sungkai tu area kampung ak kat perak. hahaha. jadi, makna kampung tu, kampung berbuka..hehe

    ReplyDelete
  6. kalau tak salah bunda kat serawak pun orang panggil 'sungkai' jugak kan? bunda dah tahu lama dah makna sungkai ni bagi orang serawak...rupanya kat sabah pun sama..

    ReplyDelete
  7. yang tomato tahu sungkai ialah nama salah sebuah daerah di perak :D

    ReplyDelete
  8. Sabo2 jangan di pijak2nya modem tu..nti merajuk dia..hee..=D
    Ooo..duk tngok depa tulis sungkai..tak tau maksud apa..
    dah tahula maksud dia skrg..hee=D

    ReplyDelete
  9. Ingat lagi entry Krole sblm ni pasal bersungkai ni..

    ReplyDelete
  10. baru el tahu
    igt nama sungkai je kat ipoh je
    sungkai pun ada makna kat sabah ea
    teringin nak mkn pic yg 1st tu
    mrs krole tau buat x..sure tahu ni ye dok

    ReplyDelete
  11. boleh la guna perkataan sungaki nie ye..

    ReplyDelete
  12. selamat bersungkai.. eh baru pukul 10.20 pagi.. hahahahaha

    ReplyDelete
  13. baru aiza tahu juga.. kalau di semenanjung di negeri perak memang ada tempat yang bernama 'sungkai' ni..

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Aha, baru nak sebut sungkai yang ada kat Perak..mizz aiza dah sebut dah.

    Lana pun baru tahu maksudnya krole.. baru bbrpa hari lepas baca entry kat blog mana tah, maksud sungkai ni..

    ReplyDelete
  15. he3..ok =) nk guna pkataan 2..slmat bersungkai bro krole..Salam Jumaat..

    ReplyDelete
  16. Ingatkan sungkai yg kat perak tu... huhuhuhu...
    Gambar 1st tu tak silap "ambuyat" betul ke ejaan tu... pernah makan masa kat sabah dulu... tapi beli bawak balik semenanjung... x jadi plak masaknya...

    ReplyDelete
  17. selamat bersungkai :D ahah..baru tahu..

    ReplyDelete
  18. sodapnye....dah dekat buka ni selamat berbuka hihihih

    ReplyDelete
  19. hana duduk di sarawak. baru hana tau bersungai tu apa.. hehe

    teringat berbuka di sekolah dengan murid2. tengah sibuk2 melayan tetamu

    "cikgu dah bersungkai"
    "haa... apa?"
    "dah berbuka cikgu"

    Hana dah tau dah bersungkai ni apa tapi bila dah gelabah2 xingat sudah maksud bersungkai. hehe

    ReplyDelete
  20. Jom bersungkai nasi bamboo di sungkai.. 😁

    ReplyDelete
  21. Bagus kita boleh guna bersungkai UTK berbuka puasa.Mudah dan padat.

    ReplyDelete