Mengumpat... mengumpat ni senang dilakukan sama ada kita sedar ataupun tak sedar. Maksud paling mudah... mengumpat ni adalah menceritakan atau menyebut keburukkan seseorang kepada orang lain. Menurut agama islam, mengumpat ni disamakan seperti memakan daging saudara seagamanya aduh! sedangkan dalam keadaan kita waras huh!... nak makan daging manusia ni memang jauh sangat, inikan pula nak makan daging saudara sendiri. Dosa mengumpat lebih besar daripada zina, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan olehNya... walaupun si pelakunya bertaubat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad). Nampakkan? betapa bahayanya dosa mengumpat ni... tapi zaman sekarangni mengumpat terlalu biasa dilakukan, hinggakan ia tidak lagi dirasa sebagai satu perbuatan dosa, entri ini bertujuan untuk renungan kita bersama ya, happy blogging semua.
p/s : katakan tidak kepada umpat~
terima kasih di atas peringatan tu krole.. betul tu.. dosa dengan Allah kita boleh minta ampun dari-Nya.. tapi jika dosa dengan manusia hanya manusia itu yang dapat ampunkan kita..
ReplyDeletemmg pun mengumpat ni kdg2 kita x sedar..tp cepat2lah bermuhasabahkan diri sendiri
ReplyDeletelepas ini tak nak mengumpat dah hehe
ReplyDeletejgn beckp kalau x de benda pntg...kekekekkeke :)
ReplyDeleteterima kasih saling ingat mengigatkan
ReplyDeletemengumpat kira dosa sesama manusia la kan..kn mntak maap kat org yg kta umpat tu ye...waaa jauhi mengumpat...dosa²...
ReplyDeleteuiiii.. tak baik tau.. mengumpat... dosa...
ReplyDeletenauzubillah..mgumpat ni dosa besar, sama2lah kta jauhinya..hm betol la 2 bro krole..hya org yg kta umpat je yg boleh ampunkn kita..
ReplyDeletetu lah.. aku pun banyak dah lakukan banyak dosa mengumpat ni..nak kena hentikan tabiat tak elok ni
ReplyDeletesama-sama kita jauhkan dari dari umpat mengumpat ni. Thanks bro krole sebab mengingatkan :)
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan itu.. saya pun kadang2 tak sedar diri dah mengumpat orang.. huuu.. apa2 pun sama2 la kita muhasabah diri.. katakan tidak kepada mengumpat :D
ReplyDeleteKebetulan tengah kebengangan jgk ni.. hmm apakan daya kita..mulut orang, hati orang.. tak sempat kita jaga kesemuaannya.
ReplyDeletekadang-kadang kita sendiri tak sedar kita termengumpat...
ReplyDeleteastagfirullah..
terfikir sejenak..
ReplyDeletealahai.. di luar sedar la kalau mengumpat2 ni.. kadang2 kita xmengumpat pun tapi perkara tu dikategorikan mengumpat. faham x faham x? hehe
ReplyDeleteperkongsian yg sgt baik drp krole...
ReplyDeletemoga kita dihindarkan dari dosa mengumpat.