Wednesday, December 5, 2012

Menonton Dalam Gelap

Satu saja tabiat krole yang Mrs. krole tak berapa sangat nak suka, iaitu menonton dalam gelap... boleh kata dalam banyak genre diluar sana... jiwa kelelakian krole ni lebih minat kepada yang seram-seram. Kalau nak cerita tentang koleksi CD cerita seram krole hahaha! senang cerita Mrs. krole pun boleh geleng kepala. Entahlah kan? tabiat menonton dalam gelap ni hadir sendiri dalam sanubari krole (aduh ayat tu), dan rasanya dah lama kot? sebab krole pun dah tak ingat sejak bila lagi?. Waktu krole bujang dahulu, maklumlahkan tinggal rumah bujang, duduk serumah tu kadang-kadang boleh sampai 10 orang. So adalah seorang dua tu tak berapa nak masuk dengan tabiat krole ni.

Waktu tu macam-macamlah dia orang kata kat krole, kata bela sakalah, itulah, inilah... aduh! susah juga kan bila tinggal ramai-ramai ni. Bagi krole yang meminati cerita-cerita seram ni kepuasan tu terletak kepada kesan cerita itu ke atas diri kita, hm...? ada yang tak fahamkah? oklah contohnya cerita "wujud" ala~ yang cerita cari-cari hantu tu (kira macam seekers juga), kan best kalau tengok cerita begitu dalam gelap, "feeling"nya lebih hahaha!. Argh!!! lantaklah itu cerita lama hahaha! (rindu pula waktu tu). Sekarangni krole lebih tertumpu kepada cerita seram berunsurkan "zombie" a.k.a mayat hidup, pergh! seronok beb! cerita-cerita begini. Oklah malas nak bebel panjang... Mrs. krole dah panggil kat dapur so happy blogging semua.



p/s : hohoho seram tak?

16 comments:

  1. menonton wayang dalam kegelapan memang terasa feelnya kan bro :)

    ReplyDelete
  2. hana suka filem seram jugak. kita serupa laa

    ReplyDelete
  3. kadang2 nonton jugak tv dlm gelap...mmg feel la klu kena pula dgn cerita yg ada unsur kegelapan... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Memang feel kalau menonton dlm gelap. terutama bila cerita hantu...... hehehe.

    ReplyDelete
  5. -_-" Saya suka tengok movie seram dalam gelap...tapi kan...masalah akan timbul bila nak tekucil...nak ke toilet tuh..errrr...wkakakakakak

    ReplyDelete
  6. sy xsuka tengok cerita seram. prefer cerita kartun or funny movie, action, fantasy. seram dan kisah cinta tu yang ditolak. arh...

    ReplyDelete
  7. hahaha.mulut puaka.siap cakap ko bela saka lagi.hakhakhak

    ReplyDelete
  8. aisey, klau sy lebih suka tgk citer yakuza ^^

    ReplyDelete
  9. klu miss menonton dlm gelap best..
    mslhnya mata pun ikut mlyan jgk..
    last2 tertidur.. hahaha

    ReplyDelete
  10. gelabahnya membe krole tuh , panggung wyg tuh gelap perrr , tak kire la citer hantu kerr , romanti ker , sedih kerr , takkan semua tgk wyg tuh bela :P

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya tak elok tengok tv dalam gelap. Boleh rosakkan mata tu.

    ReplyDelete
  12. donnyien : hahaha tau takpa bro~

    hnahdy : hahaha!!! le r lepaq2 skali skala.

    belalang : hohoo terbaik kan bro~

    ReplyDelete
  13. atien abern: sronok tak terhingga~

    crack : hohohoho..tu la kepuasannya bro~

    wen : hahaha!!! len org len mntnye kan wen~

    ReplyDelete
  14. boni : tu r bro..puaka tol mulut~

    caliph : huhuhu mnt jgk ngan ceta gtu~

    M.zahirah : huhuhu kalo camtu..pastikan len kali onkan lampu tu~

    ReplyDelete
  15. CP : tu r wak..tak tahu r...mngkn dia tngok muke krole ni da cam zombie kot~

    hazmin : huhu tau bro...tp tu yg slalu...cam kes krole ni...smnggu 2 or 3 times hihihi~

    ReplyDelete