Friday, August 23, 2013

Rindu Nak Mandi Pantai

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, hari ini tak tahu kenapa... mungkin krole tersalah kentut kot? hahaha! tiba-tiba mengidam nak mandi pantai. Amboi! lain macam saja kan? kalau teringin tu kira biasa, ni mengidam... pergh! kira terlampau rindulah katakan. Waktu krole kecil dulu... boleh kata setiap hari mandi kat pantai? bukan apa... rumah dekat dengan pantai hahaha! buka pintu... adalah dalam 100 meter lebih begitu dah nampak pantai yang indah seindah jerawat batu yang melekat kat pipi krole sekarangni hahaha!. So korang boleh bayangkan kan? kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran macam tu... memang tak boleh nak dipisahkan dengan pantai ni beb!.

Ohya! rumah kat tepi pantai tu rumah arwah nenek krole... waktu kecil dulu arwah yang tolong jaga krole yang nakal ni... Al-Fatihah untuk arwah nenek, moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. Ohya! esok krole nak bawa Mrs. krole balik ke kampungnya... rumah mertua krole dekat dengan pantai so mungkin esok boleh lepaskan rindu nak mandi pantai ni hahaha!. Itupun kena tengok cuaca juga? sebab sekarangni angin kuat kat sini... Oklah... krole nak dodoi baby Zahrah kejap, so happy blogging semua.



p/s : kalau ada rezeki nak mandi pantai puas-puas :)

16 Komen:

Sura Mohd said...

memang best mandi pantai..mesti Krole ni terer berenang..hihihi..sura x pandai..kalau berenang kot orang ingat dugong pulak..huhuhu..:)

Syazana said...

lama gak eh tak mandi pantai

Farah Waheda Wahid said...

lama juga tak mandi pantai, tapi dah preggy2 macam ni dengan perut ni takkan lah nak mandi pantai pulak ye tak?

Unknown said...

jb musim hujan >.<

norhasnizakhalid said...

mama tak larat mandi pantai.. hitam legam mama.. hihi

Cikrosecute said...

akak rindu jugak nak mandi pantai...tapi takut tsunami hihihi

Cikrosecute said...

follow sini tq..

Unknown said...

Saya pulak dibesarkan ditepi sungai..tu kadang2 mengidam nak berenang dlm sungai atau kolam..

Akupenghibur.com said...

acik pon suka pergi pantai ..tenang je :) ishh rasa nak pergi pantai jgk la

Khariatul Hakmah said...

salam..jom g pantai PORT DICKSON..klau ke sana rojer lah..latest follower...follow me back tq :)

Unknown said...

beznye klo mandi kat beach
angin sepoi2 bahasa
bawak bekal..picnic la...

caliph shuriken said...

klau sy x bole sbb fobia...

PeRdU cINta said...

mesti seronok berumah di tepian pantai..angin sepoi sepoi bahasa..pandangan luas saujana mata memandang..tenang..subhanallah..nikmat kurniaan Allah..moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat dunia untuk peroleh kelazatan akhirat ^_^

Vee said...

Wahh. Best derr rumah dekat pantai. Kalau sy kan, sy mau tinggal ats air. Dekat Sabah byk kan rumah atas air. Seronok. Boleh lepak2 dekat jambatan, kaki rendam dlm air yang biruu. Wahhh.. Sabah mmg kesukaan sy ;D Ada waktu sy pg sana kita berjumpa, dgn baby Zahrah skali! :D

Mizz Aiza said...

aiza pun dah lama tak pergi beriadah dan mandi-manda di pantai..
p.s: al-fatihah untuk arwah nenek krole..

Fais-SKA said...

samalh kita bro krole =) lama dh xmndi kt pntai..kira mgidam juga la ni he3..Al-fatihah bt nenek krole