Sunday, August 18, 2013

Kes Sembelih Di Lahad Datu

Astagfirullah... istigfar banyak-banyak... semalam daerah Lahad Datu digemparkan lagi dengan satu kes besar, sebelum ini dengan kes pencerobohan... tapi kali ini pasal kanak-kanak disembelih oleh ayah kandungnya sendiri. Huh! terkejut juga waktu krole dapat tahu cerita ni semalam... kalau nak diikutkan sebenarnya krole nak share cerita ini semalam... cuma kesempatan tu tak ada. Heboh dah cerita ni kat laman facebook... macam-macam respon krole nampak.

Kebanyakkannya marah dan sedih... begitu juga dengan diri krole ni... Ya Allah... tergamaknya si bapa menyembelih anaknya hidup-hidup seperti itu. Nak menitis air mata ini bila baca kat suratkhabar... selepas si bapa menyembelih anaknya yang berumur 7 tahun dia menghirup darah anaknya itu. Ya Allah... Astagfirullah... kejamnya si bapa... sekarang ini ada yang kata kes ini melibatkan ilmu hitam dan ada pula kata si bapa tak siuman? bagi krole mungkin si bapa ni tak siuman... Doakanlah agar keluarga mangsa dipermudahkan dan diberi kekuatan olehNya. Banyakkan berdoa agar dijauhkan dari perkara seperti ini. Amin Ya Rabb,


p/s : terkejut...

24 comments:

  1. YA allah... erm... apa sudah jadi... orang gila je sanggup bertindak sedemikian..

    ReplyDelete
  2. aduiii ngerinya tengok tajuk.... bukan senang nak lahirkan seorang anak ke ke dunia....

    ReplyDelete
  3. hurmm...rasukan abaslasa , anak jd mangsa..trajis sungguh !

    ReplyDelete
  4. masya-Allah..saban hari berita kat negara kita mengenai ,tembak, bunuh membunuh..

    ReplyDelete
  5. salam Krole.. ana pon terkejut bila baca psl ni.. hurmmm :(






    slm aidilfitri Krole & keluarga :)

    ReplyDelete
  6. Mungkin sakit mental..mungkin jugak kena rasuk syaitan ni..

    ReplyDelete
  7. Inalillah pada arwah kanak2 tu. apalah yg merasuk sampai jadi begini. Astaghfirullah.

    ReplyDelete
  8. inalilah....apa nak jadi... anak jadi mangsa...sedihnya

    ReplyDelete
  9. astaghfirullah.. org zmn skrg ni mmg pelik2 dh kan. xwaras bersepah2. kalau org normal, ada akal, ada iman xbuat keje gile cmtu. huhu. smg kt smua dijauhkan dari penyakit gile :/

    ReplyDelete
  10. astaghfirullah.. org zmn skrg ni mmg pelik2 dh kan. xwaras bersepah2. kalau org normal, ada akal, ada iman xbuat keje gile cmtu. huhu. smg kt smua dijauhkan dari penyakit gile :/

    ReplyDelete
  11. mental prob rasanya si bapa tu. inalillah..

    ReplyDelete
  12. Mcm2 dh jadik skrg. Mudahnya nak mati. Itulah tanda-tanda akhir zaman juga. Tak perlu tggu tua sgt...sakit sgt...bila2 masa dan sesiapa saja skrg ni sgt mudah utk mati.

    ReplyDelete
  13. Kejam betul si bapa sehingga sanggup menyembelih si anak.

    ReplyDelete
  14. Assalammualikum...karole,

    ada2 aje kes bunuh sekarang nie,,,

    mselim3

    ReplyDelete
  15. ciannya..manusia kalau dah hilang kewarasan mmg mcm ni..adda tag krole..jom join contest ni..selamat hari raya.. ))

    ReplyDelete
  16. kasihan anak dia.. kejam betul bapanya..

    ReplyDelete
  17. tahu jugak kisah ni..hm cian dak 2 dapat ayah yg xsiuman cmni :(

    ReplyDelete
  18. inalilahhh kesian anak tu
    kenapa anaknya jd korban

    ada masalah mental ke bapa dia tu

    xboleh lah bc cerita2 cam ni mengaitkan kanak2

    ReplyDelete
  19. ni dah terpesong jaoh sangat ni..harap la dia sempat bertaubat :(

    ReplyDelete
  20. Teringat pada satu filem, The Conjuring - ibunya dirasuk oleh roh/syaitan dan memaksanya membunuh anak sendiri.

    ReplyDelete