Saturday, March 16, 2013

Aku Bergelar Ayah

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana menganugerahkan kami rezeki yang tiada tandingannya. Pada 13.03.2013 hari rabu tu Mrs. krole selamat melahirkan anak kami di Hospital Likas. Kalau diikutkan waktu cik doktor sendiri kata kat krole yang besar kemungkinan Mrs. krole kena lahirkan anak secara pembedahan (sebab berat baby berat -eh? betulkah ayat aku ni-)... tapi waktu tu juga krole kata kat cik doktor "semuanya terletak ditangan Allah, insyallah kalau Allah ingin permudahkan... biar apa pun teknologi kata... insyallah semuanya ok". Alhamdulillah pada hari itu tepat jam 2 pagi Mrs. krole selesai bersalin... dan syukur beliau bersalin secara normal.

Lihat wajah Mrs. krole... gambar ni krole snap keesokkan harinya... walaupun penat, wajah beliau tetap berseri-seri krole tengok... eh? lihat tu wuah! baby...!!! eh? lupa nak beritahu kat korang... anak kitaorang perempuan ya dan namanya Nur Zahrah (cantik tak nama tu?). Pergh! serius beb! pengalaman iqomatkan baby zahrah sampai bila-bila krole tak akan lupakan. Waktu krole selesai memberi iqomat, dua kalimah syahadah dan doa selamat kepada baby zahrah tiba-tiba terukir sebuah senyuman dimulutnya. Pergh! tanpa ku sedari air mata kegembiran berlinangan waktu tu.

Gambar ni waktu pertama kali baby zahrah buka mata hihihi. Keluarga kata mata baby zahrah ikut krole (cepet) huhuhu... ala... manakan tumpah kuah kalau tak ke bawah? aik? macam salah saja bunyi. Oklah sebenarnya krole banyak lagi nak cerita ni tapi hm... seperti masa tak mengizinkanlah... Sebab sekarangni krole dan Mrs. krole duduk kat rumah mertua a.k.a keluarga Mrs. krole hihihi, Mrs. krole nak berpantang kat sana so sebagai suami yang baik dan macho, krole penuhi permintaannya ala... kat sama saja kan... janji beliau gembira. Oklah krole nak gerak ni... tak sabar nak jumpa Mrs. krole dan baby zahrah... so happy blogging semua.



p/s : Nur Zahrah binti Md. Khairul Mukhlis

21 comments:

  1. Tahniah en.krole...tomei anak dia ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah...eh seronoknya...selamat menjadi bapa.

    ReplyDelete
  3. tahniah en. Krole. bestnya dapat baby, comel pulak tu ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah !! leh jd calon gurlfrens irfan ni..hehe

    ReplyDelete
  5. patutla krole lama xupdte dh agak da.. mesti mrs krole dah bersalin ! hihi alhamdulillah, tahniah krole !! tahniah2, comel sgt zahrah, suke nm tu.. smg mnjdi anak yg solehah ye sygg :)

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah..tahniah untuk mr and mrs krole ye atas kelahiran baby dirl..so cute..barakallah..bersama2 kelahiran permata hati itu Allah sertakan ujian dan nikmat..juga tiket ke syurgaNYA..didiklah dia sebaiknya kerana dia bakal menentukan nasib kita di sana kelak..semoga baby Nur menjadi anak yang soleh..brjaya di dunia,,cemerlang di akhirat..aunty and uncle always doakn baby Nur..doakan kami agar dikurniakan baby juga..amin..

    ReplyDelete
  7. congrate krole! :) nama macam nama mak zizie tapi nama mak zizie zaharah la.. hehehe... semoga zahrah akan menjadi anak yang solehah :D

    ReplyDelete
  8. yeayy ! congrate ! omeeiii anak krole. baby zahrah omeeiii ~ hihi :)

    moga baby zahrah cepat membesar, kuat dan sihat + comei ! hihi :)

    ReplyDelete
  9. el dah agak sure mrs krole dah bersalin sbb lama x npk hang bw..
    congrat both of u
    welcome to the world nurzahrah
    comey anak hang

    ReplyDelete
  10. salam..tahniah krole. comelnya Nur Zahrah.

    ReplyDelete
  11. slm n morning.alhamdulillah dot baby girl comel betul mcm chinese.nama pun sedaplah.kami doakan wife n baby sht,wife cpt sembuh dan slmt berpantang.bro krole pun kenalah kungfu silat bagai...tlg jg baby tau,bg wife rht ^^

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH Krole.. semoga berbhagia selamanya bersama isteri dan anak..

    ReplyDelete
  13. tahniah krole... cantik namanya... tarikh lahir dia pun cantik jugak... semoga menjadi anak yang solehah...

    ReplyDelete
  14. Nur zahrah... sedap namanya ;)
    Semoga mnjadi anak yg solehah :)

    ReplyDelete
  15. yeah...akhirnya...tahniah en.Krole..comel baby!

    ReplyDelete
  16. waa tahniah ye abg krole . dah jadi abah dah ni . nanti kena panggil 'pacik krole' la ye . hihihi .

    comelnyee baby zahrah . putih bersih ! bella suka bau baby . wangi je kan :D

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah,

    tahniah bro!

    ReplyDelete
  18. wah ! canteknye tarikh XD

    tahniah cik krole , akhirnya dapat cahaya mata , alahamdulillah , setingi2 kesyukuran pada ALLAH swt kan , hehehehe

    comel la :D

    ReplyDelete
  19. Congrats abg!!!
    comelll baby zahra!! geram tgk!!

    ReplyDelete
  20. to all : terima kasih atas wish ya...alhamdulillah berkat doa daripada korang semua...semua urusan kitaorang dipermudahkan olehNya...amin...terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete