Sunday, January 13, 2013

Bersanding Seorang Diri

Sebenarnya cerita ini krole nak update semalam tapi... disebabkan beberapa faktor yang tak boleh nak ditepis terpaksalah krole tahan dulu entri ni, ok... sebenarnya semalam sahabat baik krole melangsungkan perkahwinannya yeah! tahniah! korang ingat tak imam muda Ali Khairuddin yang dari sabah tu? (program realiti imam muda) hah! kalau ingat... yang kahwin ni adik dia a.k.a sahabat karib dari kecil, disebabkan rumahnya tak jauh (berhadapan dengan rumah krole) so krole dan Mrs. krole jalan kaki saja pergi sana. Waktu dalam perjalanan tu sempat lagi ambil dua tiga biji gambar dengan Mrs. krole hihihi... tujuannya nak bagi korang semua cemburu! hahaha! mantap tak? tema kitaorang "hitam merah". 

Sampai saja dikenduri kahwin sahabat krole tu pergh! macam biasalah, lepas salam dengan penyambut tetamu terus pergi ke seksyen permakanan hahaha! memang terbaik hidangannya kerana kebanyakkan menunya terdiri daripada masakan kampung (terbaik!). Ohya! nak tengok rupa pengantinnya tak hah! tu yang kat atas tapi... terima kasih krole ucapkan kepada pakcik diatas kerana waktu aku nak snap gambar barulah kau muncul entah dari mana? cuma yang kasihannya sahabat krole bersanding seorang diri? ok-ok jangan terkejut babun ya? betul! semalam dia bersanding seorang diri, kerana isterinya tidak berapa sihat...? so dia bersanding di pelamin, isterinya bersanding di bilik? pelik kan? tapi bagi krole unik juga hahaha! tak pernah dibuat orang lagi. Apa-apa tahniah krole ucapkan dan moga isteri beliau cepat sembuh, ok happy blogging semua.


p/s : terbaik!

12 comments:

  1. lagi romantika d amur kalau die pon sama2 sanding lam bilik kan....:)

    ReplyDelete
  2. hahaha . ingat bini lari .

    apapun smoga bahagia buat mreka :)

    ReplyDelete
  3. eh eh imam ali nye bile lg ? hihi

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannyer bersanding seorang diri

    ReplyDelete
  5. moga2 isterinya cepat sembuh ~ hihi . kecian sang suami :)

    ReplyDelete
  6. ala kesiannya.. selamat pengantin baru dan cepat2 la sembuh ya...

    ReplyDelete
  7. alahai..cian tul sanding sorg2..klu tau,leh eca gantikan!.hahaha


    duduk mana?

    ReplyDelete
  8. asmidar : tol wak..heran jgk..mngkn ibubapa yang suru kot?

    Bolat : la...adeke plak camtu hihi~

    ReplyDelete
  9. Mar : huhu coming soon kot wak..nape?bermnt kew? hihihi

    Puteri kasih : huhu tu r wak..tak pnah dbuat dek orang~

    ReplyDelete
  10. deqja : tu r wak...huhu cian kan..kan~

    Mia Liana : tu r..hrp beliau cpt cmbuh~

    ReplyDelete
  11. salam bro....kesian kat pengantin lelaki,takpa depa boleh sanding kat dlm bilik lps kenduri tu..

    ReplyDelete
  12. shaiful : huhu tu r bro..nak bat camne kan~aha..mmg tu pong dorank bat

    ReplyDelete