Tuesday, December 11, 2012

Gula Naik

Ok... untuk pengetahuan umum hari ini krole bukan nak cerita pasal harga gula naik kah apa? ya. sebenarnya minggu lalu (hari khamis) krole bawa Mrs. krole pergi ke klinik ibu dan anak di pekan membakut untuk membuat pemeriksaan darah (kadar gula, kolestrol, dan semua kadar yang ada). Hari itu kami berdua dikejutkan dengan keputusan pemeriksaan yang dibuat oleh cik doktor yang bertugas, pergh! bacaan kadar gula Mrs. krole naik mendadak iaitu sebanyak 8.4 kalau krole tak silap? mengikut istilah sains bila jadi macam ni itu tandanya individu tersebut kurang sihat, tapi yang peliknya Mrs. krole tak rasa macam tak sihat pun? (katanya waktu itu). So lama juga cik doktor memberi penerangan kepada kita orang tentang permakanan sihat, rehat, dan semua yang sewaktu dengannya.

Disebabkan kadar gula Mrs. krole naik mendadak so hari ini cik doktor membuatkan temujanji pemeriksaan kadar gula di hospital beaufort kerana disana peralatannya lebih canggih katanya. Pemeriksaan ini pula bermula dari pagi sampai ke malam nanti pergh! terbaik!. Cuma krole risau juga, disebabkan kes ni Mrs. krole macam takut-takut nak makan dah, ini tak boleh itu tak boleh... katanya takut gula naik, takut kolestrol naik, takut... nasib baiklah Mrs. krole masih lagi terima pujuk rayu dari krole kalau tak memang tak makan dah. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepada isteriku, berikanlah kekuatan kepadanya, permudahkanlah semua urusannya, amin. Oklah kejap lagi krole kena bawa Mrs. krole pergi buat pemeriksaan darah lagi so happy blogging semua.





p/s : dapat juga update blog ni ciow~

12 comments:

  1. \(^_^)/ datang pun encik Krole menulis, anyway jangan risau, kadang-kadang faktor pembawakan bayi or stuff, nanti insyaallah ok.

    ReplyDelete
  2. sementara je. . InsyaAllah Okla tu....

    ReplyDelete
  3. pengalaman..kita rasa kita sihat tapi kandungan gula, kolestrol tinggi.

    Ritu hana hana secara try test kolestrol. Peh. dalam kalangan kawan2 hana, hana paling tinggi. kurus 2 pun ada kolestrol kan.

    tu kadang2 malas nak test2 semua tu. nanti jadi xbest.hehe

    ReplyDelete
  4. uih tinggi juga tu..harap semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
  5. uu.. tinggi tu..
    mmg kta x trsa bla kna cmtu..
    sbgi cth, kawan miss kecik je badan dia, at last wat check up
    kolesterol tggi tuu

    ReplyDelete
  6. Bolat : wahai bolat..bukan ibu krolelah..my wife~

    Crack : insyallah bro~

    shaiful : thank bro~

    Hnahdy : huhu tu r wak..rsau jgk krole jadinye~

    ReplyDelete
  7. belalang : yew bro~

    kaishin : tu r bri..hrp2 smuanya ok~

    M.zahirah : pergh!!! kena jg2 r camni~

    ReplyDelete
  8. suruh wife banyakkan minum air kosong bro..

    ReplyDelete
  9. Ingatkan harga gula naik.Hurm...semoga wife krole baik2 hendaknya.InsyaAllah.Amin.

    ReplyDelete
  10. mati-mati aku ingat gula naik
    dekat2 pilihanraye ni
    hoh

    ReplyDelete