Monday, July 11, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Sebelum krole mulakan entri kali ini saja nak beritahu kat korang semua, minggu ini krole kerja malam uwah!!! so masa untuk online agak kurang, kerana masa yang selalu digunakan untuk online diisi dengan aktiviti tidur hahaha!!! ok, disini krole ingin mengucapkan billionan jutaan terima kasih kepada member-member semua yang mengucapkan tahniah kepada krole dalam entri yang sebelum ini, dan disini krole ingin memperbetulkan beberapa perkara~ krole baru saja melangsungkan majlis pertunangan ya bukannya kahwin hehe... kerana ramai yang sangka krole melangsungkan perkahwinan pabila melihat gambar yang krole muat naik hari itu??? dan krole ingin memberitahu kepada semua, kerana ramai yang tanya??? krole akan bernikah pada tanggal 30/09/2011 sekiranya tiada halangan (krole harap tiadalah apa-apa halangan). so kepada member-member yang nak datang nanti amat krole alu-alukan.

Lagi best kalau ikut sekali menjadi rombongan krole ahaks~ kepada blogger-blogger negeri dibawah bayu jangan malu-malu pula nak datang nanti ya~ dan kepada blogger-blogger semenanjung pergh!!! kalau korang datang komfirm terharu krole, siapa yang datang nanti krole belanja kaw-kaw!!! belanja makan nasi kenduri hahaha!!! ok-ok sebelum krole merapu lebih banyak krole ingin mengundur diri kerana ada sedikit urusan yang krole kena selesaikan disini so happy blogging semua!!!.



p/s : huhuhuhu~

10 Komen:

Lydia Miza said...

tahniah sekali lg dr saya..moga semua perancangan berjalan lancar.mmg tgk gmbr kat fb tu nmpk cam gmbr kawen..sbb klu kampung saya pihak lelaki tak dtg masa bertunang tu yag sedikit keliru.

Unknown said...

selamat bertunang..
jaga2..masa bertunang ni la ujian nak datang..
hehehe

Flo Christy Ellen said...

wah..Krole...Ellen akan cuba datang ya...kat mana Krole..kat Beaufort juga ka..nanti gtau ellen jer lokasinya ya...hehee

Selamat bersiap sedia nak jadi Laki orang...hehheee

eikieyn said...

congrats krole~ ^_^

krole said...

LM=owhh..hehe sje krole bat gempak..siap ade plamin g hahaha~

krole said...

diana=thanks utk peringatan..insyallah ok~

krole said...

ellen=huhu ye..nnt krole inform ellen..msti dtg tau~

krole said...

eikieyn=huhu thanks wak~

Anonymous said...

lamenye x dtg sini. wahhh pakcik krole ni dh bertunang ye. x lame lg plak nak kawin. alahai seronotnyeeee. dpt makcik la silah nanti . haha perasan!

tahniah pkcik. smoge semuenye berjalan lancar..

krole said...

silah=huhuhu~thanks silah pakcik hargai sgt